Saturday, 5 January 2013

Kelebihan Selawat Munjiyyah




Artinya: "Ya Allah, limpahkanlah selawat atas junjunan kami, Muhammad, dengan suatu selawat yang menyebabkan kami selamat dari semua ketakutan dan malapetaka, yang menyebabkan Engkau menunaikan semua hajat kami, yang menyebabkan Engkau menyucikan kami dari semua kejahatan, yang menyebabkan Engkau mengangkat kami ke derajat yang tinggi di sisi-Mu, dan yang menyebabkan Engkau menyampai semua cita-cita kami berupa kebaikan-kebaikan dunia dan akhirat."



Kelebihan Selawat Munjiyyah Menurut Para Ulamak:

1)       Muhadditsin Maulana Zakaria al-Kandahlawi memuatkan kisah selawat ini dalam karangannya mengenai kelebihan selawat yang berjudul "Fadhilat Sholawat".

2)       Ulama Jawi kita, antaranya oleh Tok Syeikh Wan Ali Kutan al-Kelantani menyebut dalam kitab "Lum`atul Awrad"nya yang masyhur.  

3)       Dalam kitab "Dala-il" dan syarahnya daripada al-Hasan bin 'Ali al-Asnawi bahawasanya beliau berkata: " Barangsiapa membaca doa ini ketika menghadapi kedukaan atau bala` 1,000 kali nescaya dilepaskan oleh Allah daripada bahaya tersebut dan dia mendapat segala yang dicita-citakannya."



No comments:

Post a comment