Friday, 20 December 2013

Syeikhuna Sahibul Fadhilah Dato Nik Abdul Kadir (Timbalan Mufti Negeri Kelantan).


Majlis Daurah Bulanan Pengajian Ilmu Hadis Secara Talaqqi Bersanad Di Pondok Darul Ilmi Bukit Gading, Tanah Merah

Perasmi Majlis Daurah Ilmiah: Mudir Pondok Bukit Gading, Tanah Merah (Ustaz Hj Mohamad Bin Awang)



Syeikhuna Ustaz Hj. Hamzah Muhammad Bukit Tanah, Kelantan (Anak Murid Syeikh Sayyid Amin Kutubi al-Makki)

                                                      Bacaan Hadis Sunan Ibnu Majah
                                                   Syeikhuna Ustaz Hj. Hamzah Muhammad


Biodata Syeikh:
Syaikh Sayyid Muhammad Amin Al-Kutbi Al-Hasani Al-Makki Beliau adalah Muhammad Amin bin Muhammad Amin bin Muhammad Shalih bin Muhammad Husein Al-Kutbi Al-Hasani Al-Hanafi.
Tahun 1338 beliau berhasil menghapal Al-Qur’an ditangan Syaikh Hasan As-Sanari Al-Maki, kemudian masuk ke Madrasah Al-Falah dan belajar kepada Syaikh-Syaikh sampai selesai tahun 1346 H. Beliau kemudian diangkat menjadi pengajar disana.
Guru-guru beliau :
Syaikh Muhammad Al-Arabi At-Tabani
Syaikh Muhammad Yahya Aman Al-Hanafi
Syaikh Ahmad Nadhirin
Syaikh ‘Isa Rawas
Syaikh Salim Syafi
Syaikh Muhammad Thayib Al-Markasyi
Syaikh Sayyid Abdullah Hamdawah
Syaikh Umar ibn Hamdan Al-Mahrusi
Syaikh Abdul Ghani Al-Hanafi
Syaikh Muhammad Abdulbaqi Al-Kanawi
Syaikh Amin Faudah
Syaikh Sayyid Abdullah ibn Thahir Al-Haddad
Syaikh Ahmad At-Taiji
Syaikh Mushtofa Al-Hamami
Syaikh Abdulqadir Syalabi
Syaikh Sayyid Mushtofa Al-Muhdhor
Syaikh Muhammad Abu Khair Al-Maidani
Syaikh Muhammad Abdulhay Al-Katani
Syaikh Sayyid Muhammad Ibrahim Al-Fasi
Syaikh Sayyid Ahmad Asy-Syatiri
Syaikh Muhammad Ali ibn Husein Al-Maliki
Syaikh Sayyid Muhammad Al-Marzuq Abu Husein
Syaikh Sulaiman Ghazawi dan lainnya
Kegiatan Ilmiah :
Beliau mengajar di Masjidil Harom bersama para ulama lainnya, juga di Madrasah Al-Falah, Madrasah Tahdhir Al-Ba’atsat dan di Ma’had ‘Idad Al-Mu’alimin.
Tulisan beliau :
Diantara tulisan beliau adalah Diwan Nafih Al-Thib Fi Madah Al-Habib Shallallahu ’alaihi wasalam, Basyir Al-Karam ‘Ala Bulughul Marom dan lainnya.
Lahir :  
di Mekkah Al-Mukaramah tahun 1327 H. 
Wafat :
Hari Isnin tanggal 4 Muharram 1404 H dan dikuburkan di samping makam sahabatnya, Syaikh Alawi.


Sumber : Biografi Ulama Sunnah

CERAMAH KHAS: AMALAN RUQYAH AYAT 33 SEBAGAI PERISAI MUKMIN DI MASJID WAKAF BHARU, KELANTAN


Syeikhuna Ustaz Wan Hj. Abdul Rasyid Bin Hj. Wan Muhammad(Keturunan Syeikh Tok Wan Ali Kutan)



SYEIKH WAN ALI KUTAN PENYUSUN LUM'ATUL AURAD
Syeikh Wan Ali Kutan - Guru Para Ulama Melayu

RIWAYAT ini masih dalam rangkaian ulama yang mempunyai hubungan dengan pengajian pondok di Sungai Dua, Seberang Perai, Syeikh Jalaluddin bin Muhammad Yusya' bin Abdul Ghafur al-Jawi al-Kalantani yang dipercayai adalah saudara sepupu ulama yang dibicarakan ini. Nasab ke atas sampai kepada nama Wan Abdul Ghafur yang dianggap sahih kerana tercantum dalam salah sebuah karangan Syeikh Wan Ali al-Kalantani. Penyelidikan penulis yang terkini mendapati bahawa ada orang meriwayatkan ayah Wan Abdul Ghafur itu bernama Syeikh Wan Ali bin Syeikh Wan Izzuddin. Syeikh Izzuddin ini mempunyai dua nama, yang satu lagi ialah Syeikh Wan Taqiyuddin. Tentang ini masih belum dipandang sahih.

Keluarga Besar
Sebagaimana Syeikh Jalaluddin al-Kalantani mempunyai hubungan keturunan yang luas, demikian pula halnya Syeikh Wan Ali al-Kalantani, kerana Syeikh Wan Ali al-Kalantani mempunyai beberapa orang adik beradik. Mereka ialah: 1. Haji Wan Seman, 2. Wan Bulat, 3. Wan Hawa, 4. Wan Kaltsum, 5. Wan Siti Hajar, dan yang bungsu ialah Syeikh Wan Ali. Haji Wan Seman bin Wan Abdur Rahman mendapat tiga orang anak, iaitu Nik Sah, Wan Timun dan Nik Wan Zainab. Melalui anaknya Wan Timun, anak perempuan Wan Timun bernama Wan Embong, anak perempuan Wan Embong bernama Nik Wan Zainab kahwin dengan Tengku Hamzah Tengku Setia Maharaja, anaknya bernama Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li). Wan Hawa binti Wan Abdur Rahman berkahwin dengan Wan Muhammad bin Wan Musa, memperoleh 4 orang anak. Salah seorang di antaranya Wan Salamah yang berkahwin dengan Wan Ya'qub bin Wan Sulaiman, memperoleh anak bernama Wan Kaltsum yang kahwin dengan Wan Ahmad Hakim bin Ibrahim (Hakim di Besut, Terengganu), keturunannya di Terengganu. Di antara anaknya ialah Wan Muhammad Ali, ayah kepada Haji Wan Abdur Rahim Kamil, salah seorang tokoh perbankan Islam. Wan Kaltsum binti Wan Abdur Rahman berkahwin dengan ulama bernama Haji Abdus Shamad Kutan, yang kemudian dikenali dengan gelar Tuan Tabal. Beliau adalah guru kepada Bentara Guru Haji Wan Saleh, iaitu Dato' Bentara Guru Mufti Terengganu. Mengenai Tuan Tabal yang bererti saudara ipar kepada Syeikh Wan Ali Kutan diperoleh maklumat daripada keluarga ini di Terengganu, secara terperinci akan diceritakan pada siri-siri berikut dalam judul yang tersendiri.

Wan Siti Hajar binti Wan Abdur Rahman mempunyai anak iaitu Haji Muhammad Sa'id. Beliau berhijrah ke Langkat, belajar dan berkhidmat kepada Mursyid Thariqat Naqsyabandiyah yang terkenal, iaitu Syeikh Abdul Wahhab Rokan di Besilam perintis tarikat Nakshabandi di Langkat. Akhirnya Haji Muhammad Sa'id menjadi murid kesayangan dan orang kanan ulama yang terkenal itu. Haji Muhammad Sa'id memperoleh enam orang anak, di antaranya ialah Khalifah Haji Abdul Hamid. Anak beliau ialah Haji Muhammad Saleh Hamid, Ketua Majlis Ulama Indonesia, Kabupaten Langkat dan Drs. Haji Usman Hamid, bekas dosen/pensyarah FPOK, IKIP, Medan, Sumatera Utara.

Kelahiran

Sheikh Wan Ali bin Wan Abdur Rahman merupakan saudara bongsu enam beradik yang diriwayatkan ini, oleh itu dalam surat menyurat Syeikh Ahmad al-Fathani memanggil ulama Kelantan tersebut dengan panggilan 'Pak Cu Wan Ali'. Syeikh Wan Ali adalah ayah saudara sepupu kepada Syeikh Ahmad al-Fathani. Syeikh Wan Ali al-Kalantani pula berkahwin dengan saudara sepupunya bernama Wan Aisyah binti Wan Muhammad Saleh al-Fathani, adik beradik dengan Wan Cik binti Wan Muhammad Saleh al-Fathani, ibu kepada Syeikh Ahmadal-Fathani.

Syeikh Wan Ali lahir dekat Kota Kubang Labu, di tepi Sungai Kelantan. Ismail Awang dalam majalah Pengasuh menyebut bahawa beliau lahir tahun 1253 Hijrah/1837 Masihi, tarikh inilah yang diikuti oleh kebanyakan penulis. Penulis sendiri tetap mempertikaikan tahun yang disebutkan itu, jika ditulis tahun 1235 Hijrah/1820 Masihi, barangkali lebih mendekati kebenaran. Hujah-hujah penulis adalah bahawa di kalangan keluarga telah popular cerita tentang Syeikh Wan Ali bin Abdur Rahman Kutan al-Kalantani adalah sebaya umurnya dengan Syeikh Wan Muhammad Zain bin Mustafa al-Fathani.

Selain itu, antara beliau terjadi tukar menukar ilmu pengetahuan dengan Syeikh Abdul Qadir bin Mustafa al-Fathani (adik Syeikh Muhammad Zain al-Fathani). Adapun hubungan Syeikh Muhammad Zain al-Fathani dengan Syeikh Wan Ali Kutan itu adalah berbirasan, kerana isteri kedua-duanya adalah adik beradik. Isteri Syeikh Wan Ali Kutan bernama Wan Aisyah binti Wan Muhammad Saleh al-Fathani dan isteri Syeikh Wan Muhammad Zain al-Fathani bernama Wan Cik binti Wan Muhammad Saleh al-Fathani. Syeikh Ahmad al-Fathani mencatat tahun kelahiran ayahnya itu pada tahun 1233 Hijrah/ 1817 Masihi dan ibunya lahir pada tahun 1241 Hijrah/1825 Masihi. Sedangkan dalam riwayat bahawa Wan Cik al-Fathani itu walaupun menjadi kakak ipar kepada Syeikh Wan Ali Kutan, namun Syeikh Wan Ali Kutan lebih tua daripada Wan Cik. Wan Aisyah adik Wan Cik pula dilahirkan pada tahun 1243 Hijrah/1827 Masihi, sedangakn Wan Ali Kutan adalah lebih tua daripada isterinya itu.

Dengan fakta-fakta tersebut di atas, penentuan tarikh lahir Syeikh Wan Ali Kutan adalah pada tahun 1253 Hijrah/1837 Masihi (yang bererti lebih muda sekitar sepuluh tahun daripada isterinya) itu adalah suatu kekeliruan. Diharapkan kepada para pengkaji sejarah dapat meneliti kembali tahun-tahun yang tersebut itu, mudah-mudahan sejarah yang tepat dapat menjadi pegangan yang tidak menjadi keraguan lagi.

Pendidikan
Pendidikan ketika di Kelantan tidak jelas, yang dapat dikaji dimulai dari umur 12 tahun, kerana ketika usia itulah beliau dibawa ke Mekah untuk belajar di sana. Pendidikan di Mekah itu merupakan penentuan bahawa Syeikh Wan Ali al-Kalantani dapat dikategorikan sebagai ulama besar yang lengkap dengan pelbagai ilmu pengetahuan keIslaman. Di antara gurunya di Mekah dapat dicatat ialah Syeikh Muhammad bin Sulaiman Hasbullah al-Makki, Syeikh Muhammad Haqqi an-Nazili an-Naqsyabandi. Kedua-dua ulama ini sangat terkenal.

Selain itu, Syeikh Wan Ali al-Kalantani belajar pula kepada Syeikh Ahmad As'ad ad-Dihan, Syeikh Abdus Shamad Pulau Condong seorang ulama sufi yang sangat berwibawa Kelantan dan lain-lain. Di Madinah Syeikh Wan Ali belajar kepada Syeikh Muhammad Amin bin Sayid Ridhwan al-Madani, terutama sekali menerima ijazah Shalawat Dalailul Khairat dengan sanad yang bersambung sampai kepada pengasasnya Syeikh Sulaiman al-Jazuli.

Dalam karangannya Lum'atul Aurad, Syeikh Wan Ali al-Kalantani menyebut bahawa beliau menerima ijazah Hizbul Bahri daripada Syeikh Ahmad bin As'ad ad-Dihan juga daripada Syeikh Abdus Shamad Pulau Condong, Kelantan. Syeikh Abdus Shamad Pulau Condong menerima daripada Syeikh Abdullah bin Muhammad Saleh, beliau menerima daripada ayahnya Syeikh Muhammad Saleh bin Abdur Rahman al-Fathani, beliau pula menerima daripada Syeikh Muhammad Saleh bin Ibrahim Mufti Syafi'ie di Mekah pada zamannya. Silsilah ini bersambung terus hingga kepada pengamal pertama Hizbul Bahri, iaitu Wali Allah Syeikh Abil Hasan asy-Syazili r.h. Syeikh Wan Ali al-Kalantani termasuk pengikut Thariqat Syaziliyah yang sanad/silsilahnya bersambung daripada Syeikh Abil Hasan asy-Syazili hingga kepada Hadhrat Baginda Rasulullah s.a.w.

Syeikh Wan Ali al-Kalantani juga belajar berbagai-bagai ilmu kepada Syeikh Abdul Qadir bin Abdur Rahman al-Fathani termasuk beliau menerima Thariqat Syathariyah kepada ulama Patani itu. Syeikh Wan Ali al-Kalantani juga termasuk pengamal Thariqat Ahmadiyah yang dinisbahkan kepada Sayid Ahmad bin Idris. Dipercayai Syeikh Wan Ali al-Kalantani telah menerima talqin bai'ah Thariqat Ahmadiyah itu daripada Syeikh Ibrahim ar-Rasyidi.

Syeikh Wan Ali bin Abdur Rahman, Kutan al-Kalantani meninggalkan beberapa karangan, yang senarai lengkapnya adalah sebagai berikut:

1. Al-Jauharul Mauhub wa Munabbihatul Qulub, 1306 Hijrah/1888 Masihi. Kandungannya merupakan terjemahan dan syarah Lubabul Hadits. Matan Lubabil Hadits adalah karya Imam Jalaluddin as-Suyuthi. Cetakan pertamanya ditashih oleh Syeikh Ahmad al-Fathani. Pada cetakan pertama tercantum puisi dalam bahasa Arab gubahan Syeikh Ahmad al-Fathani yang terdiri daripada 27 bait, dua-dua rangkap.

2. Zahratul Murid fi 'Aqaidit Tauhid, 1310 Hijrah/1892 Masihi. Kandungannya membicarakan perkara tauhid menurut pegangan Ahlus Sunnah wal Jama'ah. Cetakan pertama, juga ditashih oleh Syeikh Ahmad al- Fathani. Di bahagian muka dan belakang cetakan Mathba'ah al-Miriyah al-Kainah, Mekah, 1315 Hijrah terdapat keterangan Syeikh Ahmad al-Fathani. Kitab ini terdapat beberapa edisi cetakan di antaranya dicetak oleh Mathba'ah al-Kamaliyah, Kota Bharu, Kelantan.

3. Lum'atul Aurad, 1311 Hijrah/1894 Masihi. Kandungannya mengenai selawat, wirid dan pelbagai doa. Terdapat pelbagai edisi cetakan, di antaranya oleh Matba'ah al-Miriyah, Mekah, cetakan kedua 1314 Hijrah. Edisi cetakan Matba'ah Al-Ahmadiah, Singapura, 1346 Hijrah. Dan edisi yang terakhir ialah yang diusahakan oleh cucunya, Haji Wan Abdul Qadir Daud al-Kalantani. Edisi yang terakhir ini dicetak terus menerus dan masih beredar di pasaran kitab sampai sekarang ini. Lum'atul Aurad ini sangat banyak diamalkan oleh para ulama dan orang awam dunia Melayu, bagi pengamal-pengamalnya selalu menceritakan akan keberkesanan amalan tertentu yang termaktub dalam kitab itu setelah mereka mengamalkannya secara teratur dan rutin.

4. Majma'ul Qashaid wal `Awaid, 1320 Hijrah/1902 Masihi. Kandungannya merupakan kumpulan pelbagai qasidah. Cetakan pertama Mathba'ah al-Miriyah, Mekah, 1321 Hijrah.

5. Ilmu Perubatan, ditulis dalam bahasa Arab, masih dalam bentuk manuskrip.

6. Ilmu Perubatan, ditulis dalam bahasa Melayu, masih dalam bentuk manuskrip.
7. Catatan-catatan, masih dalam bentuk manuskrip.

Sumber: Artikel tulisan Almarhoum Syeikh Wan Muhammad Saghir r.a 27/09/2004


Syeikhuna Tuan Guru Hj Awang Bin Yusuf, Pondok Gelang Mas, Kelantan


SEJARAH PENUBUHAN
Pondok ini dinamakan Madrasah Yusufiah .
Diasaskan pada 1987 oleh Tuan Guru Awang Bin Yusuf (lahir pada 1949M).
 
LOKASI
Ia terletak Banggol Naim, Gelang Mas , Pasir Mas Kelantan.
Terletak kira-kira 14 km daripada pusat Bandar Kota Bharu dan kira-kira 6 km dari Chabang Empat, Tumpat.
 
MATLAMAT
Menjadikan Pondok sebagai pusat pengajian Islam secara teori dan praktikal.
Mencari keredhaan Allah serta menghapuskan kerosakan akhlak.
Melahirkan generasi berilmu, beramal, berani dan bertaqwa.
Melahirkan pelajar mahir serta memahami secara menadalam ilmu agama dengan menjadikan Islam sebagai cara hidup.
 
PENGERUSI PENTADBIR
Nama : Tuan Guru Awang Bin Yusuf.
Beliau dilahirkan di Banggul Naim, Gelang Mas. pada 10hb. Mei 1949

Pendidikan
  Pondok Apa Apa bersama - Tuan Guru Hj. Ibrahim 1959
  Pondok Pasir Tumboh - 1961 - Tuan Guru Haji Abdul Aziz Abu Bakar - Tuan Guru Haji Mustapha Abu Bakar- Tuan Guru Haji Hashim Abu Bakar

Syeikhuna Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam al-Banjarial-Nadwi al-Maliki






Al-Fadhil Syaikh Ahmad Fahmi Zamzam Al-Banjari Al-Nadwi Al-Maliki dilahirkan pada tahun 1959 di Amuntai, Banjarmasin, Kalimantan Selatan, Indonesia. Beliau memasuki alam persekolahan di Amuntai sebelum menyambung pengajian di Madrasah Darussalam Martapura, Kalimantan Selatan sehingga Tingkatan 'Aliyah. Seterusnya beliau melanjutkan pendidikan di Yayasan Pesantren Islam Bangil, Jawa Timur.

Pada tahun 1980, beliau telah meneruskan pengajiannya di India, bersama dengan ulama' terkenal asy-Syaikh Abul Hassan ‘Ali an-Nadwi di Nadwatul Ulama', Lucknow. Pada tahun 1984, beliau menamatkan pengajiannya di India dan langsung datang ke Malaysia dan berkhidmat di Madrasah Tarbiyyah Islamiyyah Derang di Pokok Sena, Kedah sehinggalah ke hari ini.Pada tahun 1988, beliau berkesempatan berguru dengan asy-Syaikh Muhammad Yasin al-Fadani dan juga as-Sayyid al-Habib Muhammad bin ‘Alawi al-Maliki al-Hasani, sehingga beliau dianugerahkan dengan gelaran keluarga "al-Maliki" pada tahun 2002.

Beliau juga merupakan Mudir, Pasentren Yayasan Islam Nurul Hidayah (Yasin) di Banjar Baru dan Pasentren Yasin di Muarateweh, Kalimantan, Indonesia yang dibuka pada tahun 2001 dan 2003. Disamping itu, beliau adalah Ketua Umum Majelis Ulama' Indonesia Kabupaten Barito Utara, Kalimantan Tengah untuk sessi 2004 – 2009.

Beliau juga aktif didalam penulisan. Antara kitab yang beliau susun adalah '40 Hadis Peristiwa Akhir Zaman', '40 Hadis Penawar Hati' dan '40 Hadis Kelebihan Ilmu dan Ulama', 40 Nasihat Imam Zainuddin Ibnul Wardi al-Kindi. Selain itu beliau juga telah mentahqiq dan menerbitkan semula kitab-kitab karangan ulama' silam alam Melayu Nusantara iaitu kitab karangan asy-Syaikh Abdusshamad al-Falimbani seperti 'Sairus Salikin' (4 jilid) dan 'Hidayatus Salikin'. Al-Fadhil Syaikh juga aktif menterjemahkan kitab seperti, 'Bidayatul Hidayah' dan 'Ayyuhal Walad' karangan Imam Al-Ghazali, 'Bustanul Arifin' karangan Imam An-Nawawi dan Lamiyah Ibnu Wardi karangan Imam Zainuddin Ibnul Wardi al-Kindi.

Wednesday, 9 October 2013

Syeikhuna Maulana Hussin bin Abdul Qodir (ULAMAK HADIS)

-Syeikhuna Maulana Hussin bin Abdul Qodir (ULAMAK HADIS)

-Berusia tahun 50an.
-Hampir 30 tahun menetap di Malaysia.
-Maulana Hussin sangat alim Hadis , beliau memiliki Sanad Hadis hingga kepada
 Imam Bukhari, Imam Mazhab empat dan terus bersanad kepada Rasululullah S.A.W .
-Beliau sekarang mengajar di pondok-pondok sekitar Kelantandan seluruh Malaysia.
-Beliau berguru dengan anak murid kepada al-Muhaddist Syeikh Zakaria bin Muhamad bin Yahya al-Kandahlawi al-Syahranpur (Sanad Riwayat Ayat manzil).

                                                  Sanad Riwayat Hadis Daripada Ulamak India

                                  Syeikhul Hadith Maulana Muhammad Zakariyya al-Kandahlawi

RIWAYAT HIDUP:
Al-Syeikh Maulana Muhammad Zakariyya bin al-Syeikh Maulana Muhammad Yahya bin al-Syeikh Maulana Muhammad Ismail adalah dari keluarga yang memiliki asal usul yang mulia ini di mana salasilah beliau bertemu dengan Saidina Abu Bakr al-Siddq r.a seorang sahabat yang paling Nabi Muhammad s.a.w. kasihi. Beliau telah dilahirkan pada jam 11.00 malam pada malam bulan Ramadhan yang ke sebelas tahun 1315 Hijriah bersamaan 12 Februari 1898 Masihi di dalam suasana yang terbaik pada ketika itu di mana amalan soleh mengatasi kemungkaran dan masayarakat di tempatnya berpegang teguh dengan ajaran agama. Pada masa kelahiranya al-Syeikh Maulana Muhammad Yahya menjawat jawatan sebagai tenaga pengajar di Madrasah Mazahir al-Ulum, Saharanpur.

al-Syeikh Abu Hassan Nadwi memberi komentar bahawa al-Kandalawi ditaqdirkan lahir di dalam keluarga yang alim dan warak serta istiqamah dalam menjalankan seluruh perintah Allah s.w.t ini terbukti apabila mereka mempunyai jiwa yang teguh serta kental, sabar dalam menghadapi kesusahan dan bersyukur ketika menerima kurniaan yang mengembirakan. Nenek Maulana merupakan seorang hafizah al-Quran di mana beliau telah menamatkan hafalan keseluruhan al-Quran ketika mengasuh ayahanda Maulana Muhammad Zakariyya.

KELUARGA:
al-Kandahlawi dibesarkan di dalam sebuah keluarga yang zuhud dan sederhana. Ibu bapa serta neneknya sangat menyayanginya dan mempunyai aspirasi yang tinggi bagi menjadikan beliau seorang insan yang benar-benar beriman kepada Allah s.w.t dengan memiliki ilmu-ilmu agama dan tidak mencintai dunia sehingga bakhil dalam membelanjakan harta di jalan Allah s.w.t dan menjual ilmu agama bagi mendapatkan keuntungan dan kesenangan duniawi yang sementara. Ayahandanya mempunyai kaedah dan caranya yang tersendiri dalam memastikan beliau memiliki ciri-ciri kepimpinan yang intelektual, keterampilan yang progresif dengan paduan antara akhlak dan kewibawaan Rasulullah s.a.w. Tamparan, tengkingan dan pukulan yang menyakitkan lagi memedihkan daripada ayahnya merupakan perkara biasa bagi dirinya sehingga beliau menyatakan dalam kitabnya Aap Beeti berkat dan hasil daripada pukulan ayahandaya serta kesabaran dan ketabahan beliau menghadapinya adalah faktor tercetusnya kebijaksanaan dan kepakaran beliau dalam ilmu agama khususnya dalam bidang hadis. Beliau beruntung disebabkan sempat hidup sezaman dengan al-Imam al-Rabbani al-Syeikh al-Gangohi dan berpeluang bergaul serta bermuamalah dengan al-Gangohi juga ulama yang lain. Oleh itu beliau telah memperolehi keberkatan menerusi doa dan keberkatan daripada para ulama yang berpegang teguh dengan agama Allah s.w.t yang maha suci yang terdiri daripada golongan fuqaha, muhaddithin dan mereka yang hatinya hampir dengan Allah s.w.t. Oleh yang demikian keadaanya, al-Kandahlawi berpotensi besar menjadi seorang pemuda yang soleh, bertaqwa, berkarisma menarik serta memiliki hati sanubari yang suci dan murni dengan terpelihara daripada anasir-anasir yang boleh merosakkannya dengan berperisai dengan kubu yang kukuh.


Semasa beliau berumur 19 tahun Allah s.w.t telah menetapkan ayahandanya pulang ke rahmatullah pada 10 Zul al-Qacedah 1334 H yang mana beliau mewariskan kepadanya sebuah kedai buku. Dengan perniagaan buku tersebut ayahandanya menyara kehidupan mereka sekeluarga mekipun ayahandanya berkerja sebagai guru di Madrasah Mazahir al-‘Ulum, Saharanpur beliau tidak mengambil sebarang upah atau gaji bulanan walaupun telah didesak beberapa kali untuk menerimanya kerana niatnya yang suci dan murni semata-mata untuk mendapatkan keredhaan dan keampunan Allah s.w.t. Dengan kematian ayahnya juga sebagai guru dan mentornya beliau terpaksa berdikari dan mencari sumber pendapatan sendiri bagi menyara diri dan keluarganya. 


KEHIDUPAN MAULANA ZAKARIYA
Kehidupan beliau sibuk dengan perkara-perkara yang bermanfaat yang berlegar di sekitarnya. Beliau menjaga masanya setiap detik dan ketika. Selepas beliau solat fajar beliau duduk sekejap. Beliau sibuk berzikir dan berdoa dengan himpunan doa masnun. Kemudian beliau balik ke rumahnya dan duduk bersama orang ramai sambil minum teh tanpa sarapan dan makan. Kemudian beliau masuk ke biliknya dan sibuk mengulangkaji dan mengarang. Pada masa ini tidak ada sesiapapun yang menziarahinya kecuali orang yang ingin belajar atau mereka yang datang sebagai tetamu. Biliknya lengang dari segala macam perhiasan dan seseorang itu akan terasa berat hati untuk menyusahkan beliau dengan menziarahinya dan berurusan dengan kesibukannya. Selepas solat Zohor beliau sibuk dengan menulis risalah dan jarang sekali beliau tidak melakukan demikian. Kemudian beliau keluar untuk mengajar. Beliau sibuk mengajar selama 2 jam sebelum solat asar. Selepas solat asar beliau duduk bersama orang ramai dan memberi mereka minum teh dan mereka terdiri daripada bilangan orang yang besar. Orang yang menziarahinya menyangka beliau mengadakan kenduri kecil tetapi ia adalah perkara biasa. Selepas solat Maghrib beliau sibuk dengan amalan-amalan sunat dan wirid. Biasanya beliau tidak makan malam kecuali untuk meraikan tetamu yang besar. Beliau seorang yang pintar membahagiakan waktu antara masa mengulangkaji, mengarang buku ilmiah, menyambut tetamu dan lain-lain lagi. Semua itu tidak menyibukkannya dari kesibukan dengan tuhannya, berseorangan untuk beribadat, bermunajat, mendidik para pelajar dan tidak menyibukkan daripada mengahdiri perhimpunan besar jemaah tabligh serta tidak menyibukkan daripada mengarang kitab dan surat-surat di dalam pengislahan dan mengajak manusia kepada ajaran Allah yang sempurna.
PENDIDIKAN:
Pendidikan al-Kandahlawi bermula pada tahun 1325 H-1907 M hingga tahun 1336 H-1917 M. Di antara masyaikh yang telah menjadi guru dan pembimbing beliau ialah ayahandanya sendiri al-Syeikh Maulana Muhammad Yahya bin al-Syeikh Maulana Muhammad Isma’il, bapa saudaranya al-Syeikh Maulana Muhammad Ilyas, Syeikh Saharanpuri, Maulana ‘Abd al-Wahid Sanbuli, Maulana ‘Abd al-Latif dan ramai lagi. Beliau belajar membaca dengan Hakim ‘Abd al-Rahman Muzaffarnagar dan menghafal al-Quran melalui bimbingan ayahandanya serta belajar buku parsi dan asas bahasa Arab dengan bapa saudaranya al-Syeikh Maulana Muhammad Ilyas. Bapanya menitikberatkan pendidikan dan mengambil kira mengenainya sehingga al-Kandahlawi disuruh membaca setiap apa yang telah dihafalnya daripada al-Quran al-Karim sebanyak 100 kali dan melarang beliau dari bercampur-gaul dengan orang ramai. Beliau tinggal bersama ayahnya di rumah al-Syeikh Gangohi sehingga 8 tahun. Kemudian beliau bersama dengan bapanya pergi ke Mahazhir al-Ulum, Saharanpur menetap di sana di mana bapanya merupakasan salah seorang tenaga pengajar di situ. 
Sebelum memulakan pengajian hadis, bapanya al-Syeikh Maulna Muhammad Yahya akan mandi dan solat dua rakacat. Semasa berada di sini, minat al-Kandahlawi terhadap ilmu hadis semakin menebal ini menyebabkan beliau menjadikan hadis sebagai fokus dan matlamat utama kehidupan yang perlu dikuasainya seperti mana leluhurnya telah perolihi. Di bawah bimbingan dan tunjuk ajar bapanya beliau mahir dalam pengaplikasian Bahasa Arab, nahu, ilmu morfologi, kesusasteraan dan ilmu mantik. Bapanya al-Syeikh Maulana Muhammad Yahya mengajarnya kutub sittah dari pada awal hingga akhir, manakala al-Syeikh Maulana Khalil Ahmad Saharanpuri mengajarnya sahih al-Bukhari dan sunan al-Tirmidhi buat kali kedua. 


 Semasa di alam persekolahan lagi al-Kandahlawi telah mula berjinak dalam arena penulisan di mana beliau menjadi penulis dan penyunting kitab Baz al-Majhud syarah Sunan Abu Daud hasil karya al-Syeikh Maulana Khalil Ahmad Saharanpuri. Al-Kandahlawi berguru dengannya sehingga beliau meninggal dunia di Madinah al-Munawwarah pada 1346 H. Jenazah beliau dikebumikan di tanah perkuburan Baqi’. Sebelum wafat al-Saharanpuri telah menyatakan hasratnya kepada al-Kandahlawi supaya membantunya menghasilkan sebuah kitab Syarah Sunan Abi Daud yang diberi nama Baz al-Majhud ini kerana beliau tidak terdaya menghasilknya sendiri disebabkan faktor usianya yang telah lanjut dan uzur serta ganguan angota badannya yang kerap kali bergetar dan mengigil, halangan sebegini menyukarkannya menyiapkan kitab ini secara perseorangan. 
 Kitab-Kitab Syeikhul Hadis Muhammad Zakariyya

 
Hasil Karangan Syeikhul Hadis Muhammad Zakariyya

Rumah Syeikhul Hadis Muhammad Zakariyya