Sejarah Penubuhan
Mengikut catatan sejarah silam, Khalifah
Aziz Billah telah menubuhkan universiti Islam yang pertama di dunia iaitu
al-Azhar. Lebih kurang setahun selepas pembukaan Mesir dan perasmian Kaherah
sebagai ibu negara , kerja-kerja pembinaan masjid al-Azhar mula dijalankan
iaitu pada 4 April 970 Masihi bersamaan 24 Jamadil Awal 359Hijrah.
Pembinaan masjid dimulakan oleh
Jauhari as-Saqoli , seorang panglima di zaman Fatimiyyah.Usaha mulia ini
selesai pada hari Jumaat , 22 Jun 972 Masihi bersamaan 7 Ramadhan 361 Hijrah
dan merupakan hari yang pertama didirikan solat Jumaat . Pada tahun 378 H (988
M) , seorang wali kerajaan Abbasiyah di Mesir , Ya’kub bin Kals telah
mencadangkan kepada Khalifah al Aziz Billah untuk menjadikan masjid tersebut
sebagai Jamiah , institusi pendidikan yang menawarkan pelbagai ilmu pengetahuan
. Maka bermulalah penumpuan umat Islam ke tempat tersebut dan masjid itu
dinamakan Jami’ al-Azhar .
Mercu Azan
Masjid al-Azhar mempunyai tiga
mercu azan yang dibina pada tiga zaman . Setiap mercu mempunyai keistimewaannya
yang tersendiri hasil paduan seni tiga zaman kesultanan Islam.
Gempa Bumi di-Mesir
Satu bencana alam yang dahsyat
telah berlaku pada tahun 1315 Masihi bersamaan 702 Hijrah. Al-Azhar juga
kehilangan sebahagian besar binaannya ketika gempa bumi tersebut. Kerja-kerja
pembaikan dijalankan dan kali ini keluasannya bertambah beberapa kali ganda.
Pada detik inilah bermulanya pengajian di masjid Al-Azhar dan Madrasah Al-
Tibrisiah.
Matlamat Al-Azhar
Pada Oktober 1798, terjadi satu
pemberontakan besar yang pertama dalam sejarah Mesir. Tragedi ini berlaku di
persekitaran Al-Azhar dan Hussein. Selepas tamat krisis itu, Mesir berada di
dalam keadaan aman dan nama Al-Azhar semakin mekar di jambangan dan tersebar
namanya di serata dunia.
Al-Azhar pada zaman pemerintahan
Ayyubiyah ( 567-648 H ) ( 1171-1250 M ) Salahuddin Yusof bin Ayyub amat
menekankan pendidikan dan memperbaiki keberkesanannya. Beliau meneroka
ilmu-ilmu naqli seperti Tafsir, Hadis, Ilmu Fiqh, Ilmu Kalam, Bahasa Arab dan
sastera. Di samping itu , ilmu aqli seperti falsafah, mantik,
sejarah,kesihatan,perubatan dan lain-lain turut diajarkan.
Gambar: Pemandangan Dari Luar Jalan Masjid Al-Azhar, Kaherah Mesir.
Pengajian Di Al-Azhar
Sejarah pengajian di Al-Azhar selari dengan sejarah
jami’ah yang telah melalui liku-liku perjalanan yang masih jauh. Pengajian
dimulakan dengan menggunakan kitab I’tisar yang mengajar fiqh Syi’ah sebaik
saja ia dibina pada tahun 365 H ( 975 M ). Di bawah kerajaan Ayubiyyah, Sultan
Salahuddin yang telah berjaya menghapuskan pengaruh Syi’ah telah mengemas
kinikan sistem pembelajaran berdasarkan mazhab Ahli Sunnah Wal Jama’ah dengan
membawa masuk fiqh empat mazhab. Al-Azhar memainkan peranan secara langsung dalam
pembentukan muslimah selepas perubahan besar undang-undang Al-Azhar pada tahun
1961.
Nama-Nama Al-Azhar
Antara senarai Nama Syeikh Al-Azhar hingga 1417 H
1)Imam Muhammad bin Abdullah Al-Khuraisyi :
Lahir di desa Abu Khuraisyi Shubra Giza Mesir .Usianya
dari tahun 1010 – 1101H (1601-1690M ).
2) Imam Abdul Baqi Al- Qulaini. Lahir di Qulain Kafr
Syeikh Gharbiyah.
Syeikh Al-Azhar tahun 1120 H ( 1708 M ) Meninggal 1132 H ( 1719 M ).
Syeikh Al-Azhar tahun 1120 H ( 1708 M ) Meninggal 1132 H ( 1719 M ).
3) Syeikh Muhammad Al-Hufny. Lahir di Hufnah Syarqiyah
tahun 1100 H ( 1689 M ) – 1181 H ( 1767 M ). Syeikh Azhar tahun 1171 H ( 1757 M
).
4) Syeikh Abdullah As-Syarqawy. Lahir di desa Thuwailah
Syarqiyah tahun 1150 H ( 1737 M )-1227 H ( 1812 M ).Syeikh Azhar tahun
1208H (1793 M ) Terkenal sebagai salah
seorang anggota “Diwanul Kaherah”.
5) Syeikh Hassan Al-’Atthar. Berasal dari keturunan
Moroco.
Lahir tahun 1182 H ( 1768 M ) di Kaherah.Orang tuanya adalah pedagang rempah ratus ( ‘Atthar ).Terkenal sebagai pemimpin ulama’ ulama’ terkenal . Menerbitkan kitab “Al-Waqai Al-Misyriyah” Mengadakan halaqah yang dihadiri oleh pemimpin Mesir.
Lahir tahun 1182 H ( 1768 M ) di Kaherah.Orang tuanya adalah pedagang rempah ratus ( ‘Atthar ).Terkenal sebagai pemimpin ulama’ ulama’ terkenal . Menerbitkan kitab “Al-Waqai Al-Misyriyah” Mengadakan halaqah yang dihadiri oleh pemimpin Mesir.
6) Syeikh Abdul Rahman An-Nawawi. Lahir di Nawawi tahun
1255 H ( 1839 M ) Menjadi Syeikh Azhar tahun 1317 H hanya sebulan kerana wafat.
7) Syeikh Abul Fadhl Al-Gizawy. Lahir di desa Warraq
El-Hadhl Giza tahun 1847 H – 1927 M. Menjadi Syeikh Azhar tahun 1335 H.
8) Syeikh Mustafa Abdul Raziq. Lahir di Abu Guraq tahun
1885 H-1947 M. Pernah menjadi “wazir Al-Awqaf ” beberapa kali . Syeikh Azhar
tahun 1945 M.
Gambar: Pemandangan Dari Jalan Luar Masjid Al-Azhar, Kaherah Mesir. (Zahmah=Kesibukan Jalan).
Gambar: Pemandangan Dari Sudut Atas (Menara) Masjid Al-Azhar, Kaherah Mesir.
Gambar: Pemandangan Dari Sudut Atas (Sutuh) Masjid Al-Azhar, Kaherah Mesir.
Gambar: Pemandangan Ruang Solat Masjid Al-Azhar, Kaherah Mesir.
Gambar: Pemandangan Ruang Solat & Tiang dalam Masjid Al-Azhar, Kaherah Mesir.
Gambar: Pemandangan Ruang Tengah Terbuka dalam kawasan Masjid Al-Azhar, Kaherah Mesir.
Gambar: Pemandangan Ruang Tengah Terbuka dalam kawasan Masjid Al-Azhar, Kaherah Mesir.
Gambar: Pemandangan Keunikan Senibina Masjid Al-Azhar, Kaherah Mesir.
Gambar: Pemandangan kedai-kedai perniagaan berhampiran Masjid Al-Azhar, Kaherah Mesir.
No comments:
Post a Comment