Monday, 7 January 2013

Sejarah Masjid Muhammadi Kota Bharu Sebagai Pusat Penyebaran Islam Dulu & Kini

                    Gambar: Pemandangan depan Masjid Muhammadi Kota Bharu Kelantan pada tahun 1907


                              Masjid Muhammadi Kota Bahru Kelantan

Masjid Muhammadi merupakan masjid yang terkenal di Malaysia secara amnya, dan secara khususnya di Kelantan. Ia merupakan Masjid Negeri dan terletak di Kota Bharu. Nama Masjid Muhammadi diambil sempena nama Sultan Muhammad IV yang sangat berjasa kepada Negeri Kelantan. Ia juga dipanggil sebagai "Masjid Besar" di kalangan sesetengah rakyat Kelantan.
Sejarah
Pada asalnya masjid ini diberi nama sebagai Masjid Besar Kota Bharu. Masjid ini telah dibina pada tahun 1867 pada zaman pemerintahan Sultan Muhammad II (1830 - 1886) dengan menggunakan kayu-kayu yang terpilih. Pengubahsuaian bangunan masjid daripada kayu kepada struktur konkrit telah dilakukan pada tahun 1922 dan telah dirasmikan oleh oleh KDYMM Baginda Sultan Ismail Ibni Al-Marhum Sultan Muhammad IV pada 31 Julai 1931, dan dinamakan sebagai Masjid Muhammadi.
Masjid ini mengalami kerja-kerja pengubahsuaian dan pembesaran pada tahun 1959, 1968, 1976 dan 1987. Luas keseluruhan masjid kini adalah 10,600 kaki persegi dan boleh memuatkan seramai 2,400 orang ahli jemaah.
Peranan Masjid Muhammadi di dalam penyebaran dan pendidikan Islam di Kelantan amatlah istimewa. Di sinilah beberapa ulama besar Negeri Kelantan telah mengajar pelbagai ilmu agama. Di antaranya ialah Tuan Tabal (1840-1891), Haji Wan Ali Kutan (1837-1912) dan Tok Kenali (1868-1933). Sistem pengajaran di masjid ini mempunyai persamaan dengan pengajaran di Masjidil Haram, Makkah di mana pelajar akan ke Makkah untuk menyambung pelajaran mereka setelah tamat pengajian di masjid ini.
Masjid ini menjadi pusat penyebaran ilmu agama yang masyhur di Nusantara sehingga Kelantan dikenali sebagai "Serambi Mekah".

Sumber Rujukan: http://ms.wikipedia.org/wiki/Masjid_Muhammadi

           Gambar: Pemandangan bahagian sisi Masjid Muhammadi Kota Bharu Kelantan pada tahun 1940.

                     Gambar: Pemandangan sudut kanan Masjid Muhammadi Kota Bharu Kelantan.

                       Gambar: Pemandangan dari atas Masjid Muhammadi Kota Bharu Kelantan.

                            Gambar: Pemandangan sisi tepi Masjid Muhammadi Kota Bharu Kelantan.

              Gambar: Pemandangan bahagian lorong dalam kawasan & pintu gerbang mercu tanda
                                                  Masjid Muhammadi Kota Bharu Kelantan.

                     Gambar: Pemandangan Ruang Solat Masjid Muhammadi Kota Bharu Kelantan.

    Gambar: Pemandangan bahagian dalam (Tangga untuk naik ke menara) Masjid Muhammadi Kota Bharu.

                          Gambar: Beduk besar di dalam Masjid Muhammadi Kota Bharu Kelantan.

Gambar: Bank Kerapu (Sebelah Masjid Muhammadi kota Bharu Kelantan) yang kini menjadi               Bangunan Memorial Peringatan Perang Dunia II.

5 comments:

  1. apakah fungsi binaan masjid muhammadi?????

    ReplyDelete
  2. apakah tujuan masjid muhammadi ini dibina pada waktu dahulu ?

    ReplyDelete
  3. apakah tujuan masjid muhammadi ini dibina pada waktu dahulu ?

    ReplyDelete
  4. apakah kaedah masjid muhammadi

    ReplyDelete
  5. Fungsi masjid sbg tempat ibadah dan pengajian ilmu

    ReplyDelete