Tuesday, 3 April 2012

KAEDAH UNTUK MENGESAN JIN DALAM BADAN PESAKIT


Kaedah Pertama: Merenung mata pesakit (PESAKIT LELAKI SAHAJA)

Cara ini berbeza dari kaifiat yang digunakan oleh para bomoh dan pengguna khadam jin kerana mereka ini dengan hanya cara merenung mata pesakit sahaja akan dapat mengetahui berapa ekor jin yang tinggal di dalam badan pesakit. Tetapi cara yang digunakan oleh para perawat di Mesir hanyalah untuk menyakitkan jin perosak tanpa mengira berapa ekor jin yang sedang ‘bersarang’ di dalam badan pesakit. Kaedah ini boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja tanpa memerlukan sebarang ijazah.

Caranya:

a) Tutup mata kanan atau mata kiri pesakit dengan menggunakan tangan anda atau dengan menggunakan benda-benda yang lain.

b) Perintahkan pesakit agar merenung dan memandang mata anda.

c) Seterusnya anda ‘tenung tajam’ mata pesakit sambil membaca ayat-ayat ruqyah dengan suara yang keras.

d) Jika ada jin, ia akan mengalihkan pandangannya dengan segera atau terjadi mana-mana perkara yang menunjukkan adanya tanda-tanda gangguan jin.

e) Jin kafir suka berada di sebelah kiri pesakit, sebaliknya jin Islam suka yang sebelah kanan. Ada kalanya jin kafir atau jin Islam duduk di mana-mana bahagian badan ………………..


Kaedah Kedua:

Caranya:

a) Minta kepada pesakit supaya duduk, kalau boleh di atas kerusi.

b) Tutup mata pesakit dengan menggunakan kain atau suruh ia pejam matanya sendiri tanpa sebarang penutup.

c) Arahkan pesakit supaya meletakkan kedua-dua telapak tangannya di atas lutut yakni telapak kanan di lutut kanan dan begitulah sebaliknya.

d) Tangan jangan digenggam pada lutut dan jari-jari hendaklah dilunjurkan dengan tenang tanpa dikeraskan.

e) Anda baca ayat-ayat ruqyah dengan suara yang keras sambil memandang kedua-dua belah telapak tangannya.

f) Jika ada jin, jari-jemarinya akan bergerak sendiri tanpa disedari oleh pesakitnya walaupun ia di dalam keadaan sendiri kerana ia bergerak tanpa kehendak daripada dirinya sendiri. Pergerakan jari tersebut sama ada ke tepi atau ke atas atau ke hadapan, malah kadang kala  tangan pesakit jatuh tersungkur dari lututnya.

g) Buat pengetahuan anda, pergerakan ini ada kalanya melibatkan sebelah tangan sahaja atau sebahagian jari atau melibatkan jari-jemari bagi kedua-dua belah tangan.

h) Boleh jadi semasa membaca ruqyah tadi akan berlaku perkara-perkara yang menunjukkan adanya tanda-tanda gangguan jin.

Kaedah Ketiga: Tarik Nafas

Tujuannya ialah untuk melemas dan mencekik jin perasuk.

Caranya:

a) Minta pesakit agar matanya dipejam atau ia ditutup dengan kain.

b) Kemudian suruh ia menarik nafas sedalam-dalamnya sambil membaca:  (بسم الله أوله وآخره) .

c) Arahkan ia agar tidak melepaskan nafasnya melainkan setelah ia tidak tahan.

d) Setelah nafasnya dihembuskan minta ia supaya mengulang-ulangi perkara tersebut dan tugas anda ia memastikan bilangan atau tempoh penarikan dan penghembusan nafas itu, mithalnya 15 kali atau dilakukan selama 5 minit.

e) Barang kali semasa penarikan nafas tersebut dibuat, akan terjadi perkara-perkara  yang menunjukkan adanya tanda-tanda gangguan jin.

f)  Jika tiada sebarang perkara terjadi, sila nasihatkan ia supaya melakukan sendiri perkara tersebut di rumahnya untuk tempoh yang tertentu seperti selama seminggu atau sehingga ia datang semula untuk mendapatkan rawatan lanjut daripada anda agar jin tersebut akan menjadi semakin lemah.

3 comments:

  1. Semoga Allah memberkati usaha murni dan ikhlas ustaz, tak semua pengamal perubatan Islam yang sanggup menurunkan ilmunya untuk diamalkan tanpa ijazah dan tanpa sebarang bayaran. Teruskan ustaz, Allah tetap bersamamu !

    ReplyDelete
  2. salam saya ada mengamalkan ayat ruqyah sjak beerapa hari ni.. dapat dirasakan mata sebelah kiri saya terkedip2 dan beair pedih.. kemudian rasa ada macam angin berdesup keluar dari mata kiri saya semasa dengar ayat ruqyah.. di telinga juga sjak 2 bulan lpas rasa slalu bedeisngd an ada mcm angin masuk keluar serta rasa mcm ada bnda mengorek dan bergerak dlm tlinga, bila dgar ayat ruqyah saya rasa dlm telinga ada benda bergerak kekiri dan kekanan, cepat sgt, pstu rasa mcm ada angin keluar.. nak tanya adakh itu jin.. & adakah ia akan msuk lg?

    ReplyDelete
  3. salam bila saya mendengar ayat ruqyah hati dan fikiran saya biasa saja tiada tindak balas. tapi mengapa badan saya selalu bergerak2 di merata-rata. apakah itu ? tlg bls

    ReplyDelete