(1) MAKAM SAYYIDAH AISYAH BT JAAFAR
AS-SADIK
Merupakan Ahlul Bait
Rasulullah S.A.W.
Wafat pada tahun 145 H
Sebahagian masyarakat
mempercayai bahawa makam beliau sebagai salah satu tempat yang 'Mustajab Doa
sehingga ada yang bersyair:
"
BAGI AISYAH ITU CAHAYA DAN KECANTIKKAN DAN KUBAHNYA PADANYA DOA
DIPERKENAN"
(2) MAKAM
SHEIKH JALALUDDIN AS-SAYUTI
- Nama penuhnya ialah Abdul Rahman bin Abu Bakar bin Muhhammad
bin Sabiqudin bin
Al-Fakhr Usman Al-Khudairi As-Sayuti .
- Seorang cendiakiawan dan
ulamak agung Al-Azhar.
- Dilahirkan pada tahun 749 H(
6 tahun sebelum kawafatan
Ayahandanya)
- Seorang mujadid untuk abad
ke 9H.
- Antara kitabnya: Jamie'
Saghir, Ashbah wa Nazair, Ar-Rahman,Al-Itqan,Tafsir Jalalain, Tadrib Ar-Rawi
dan lain-lain.
- Mempunyai karamah yang cukup
banyak. Imam Sya'rani pernah berkata; ' seandainya Allah Taalatidak
mengurniakan kepadanya keramat-keramat
yang lain, memadailah dengan karya-karyanya yang begiru banyak yang beliau
hasilkan sebagai salah satu keramat yang membuktikan kekuasaan Allah
Taala".
- Wafat pada tahun 933 H
(3) MAKAM
IBN ATAILLAH AS-SAKANDARI
Khalifah Tarikat Syazaliyyah
yang ke-3
Nama penuhnya ialah Ahmad
bin Muhammad bin Ataillah Tajuddin As-Sakandari Al-Maliki.
Anak murid Abu Abbas
Al-Mursi.
Menghasilkan karya yang
banyak antaranya yang berharga yang telah beliau tinggalkan ialah:
Al-Hikam,Tajul Arus, Allah Al-Qasdul Mujarrab, Laitul Manan.
Kitab beliau Al-Hikam adalah
kitab yang paling banyak disyarahkan oleh alim ulamak Islam. Merupakan juga
kitab tasauf yang paling banyak disyarahkan sehingga sebahagian ulamak mengira
bahawa Syarah Kitab Al-Hikam mencapai angka 30 buah kitab.
Merupakan guru kepada Syeikh
Taqiyuddin As-Subki.
(4) KAMALUDDIN
MUHAMMAD BIN AL-HUMAN
- Merupakan ahli Fuqahak Mesir
dari mazhab Imam Husaini.
- Menghasilkan banyak karya
antaranya At-Tahrir ( mengenai Usul Fiqh), Fathul Qadir(mengenai Fiqh).
- Wafat pada tahun 681 H/ 1458
M.
- Nesannta sentiasa berbau
wangi asli
(5) WALI KECIL
- Nama beliau ialah Ashraf
Rifai Al-Husaini.
- Ketika berumur 3 tahun telah
menghafal Al-Quran dan telah di dengar
(tasmie') oleh sheikh-sheikh Al-Azhar dan mendapati bahawa bacaan beliau tiada
salah.
- Wafat ketika berumur 4
tahun.
(6) MAKAM
ABDULLAH ABI JAMRAH AL-ANDALUSI AL-MURSI
- Merupakan Imam Al-Qudwah
Ar-Rabbani.
- Kuat berpegang dengan Sunnah
Rasulullah S.A.W..
- Seorang yang terkenal dengan
sifat ikhlas, sentiasa membuat persediaan untuk menghadap maut dan menjauhkan
diri dari manusia.
Menurut
satu cerita, orang yang mengingkari akan pengakuannya bahawa beliau pernah berjumpa dan
bercakap-cakap dengan Rasulullah dalam keadaan jaga akan ditimpa malapetaka.
- Diceritakan Dari Sheikh Tajuddin Ibnu Ataillah
As-Sakandari bahawa beliau pernah bermimpi berjumpa Rasulullah S.A.W. .Rasulullah telah berkata kepadanya: " Aku telah menziarahi sultan yang menguasi timur dan barat ".
Lalu beliau bertanya: " Wahai Rasulallah , siapakah yang menguasai timur
dan barat itu ?".Lalu Rasulallah S.A.W.
menjawab:"Dia ialah Abdullah bin Abi jamrah".
- Wafat pada tahun 675 H.
(7) MAQAM
AS-SYAHID HASSAN AL-BANNA
- Nama penuhnya ialah Hassan
bin Ahmad bin Abd Rahman Al-Banna.
- Dilahirkan pada tahun 1906
M, di Bandar Mahmudiah.
- Salah seorang pencetus dan
pejuang Islam di abad ini.
- Kemudian berhijrah ke Bandar
Ismailliyah dan mendirikan markaz Ikhwan Al-Muslimun yang pertama.
- Dengan perkembangan yang
berlaku, pihak pemenrintah khuatir akan lebih ramai lagi yang terpengaruh
dengan gerakan beliau. Lalu mereka telah mencuba sedaya upaya untuk mengagalkan
kerja-kerja beliau ini.
- As-Syahid sedikit pun tidak
merasa gentar akan ugutan demi ugutan dari pihak pemerintah. Malah semakin
lantang menyuarakan bahawa Islam itu adalah aqidah, ibadah, negara, bangsa,
kekuatan, akhlak, politik, undang-undang dan sebagainya.
- Beliau telah menerbitkan
akhbar harian Ihkwan Muslimun yang menjadi lidah rasmi Ihkwan dalam
perjuangannya.
- Ketika krisis Mesir-Israel,
tentera-tentera Ikhwan Muslimun adalah yang paling berani dan gagah. Dan jika
tidak kerana pngkianatan yang dilakukan oleh pemerintah Mesir ketika itu, sudah
tentu mereka telah berjaya memasuki Tel Aviv(ibu negara Israel sekarang).
Selepas Mesir berjaya menawan Semenanjung Sinai, tentera-tentera Ikhwan ramai
yang telah dibunuh tanpa mengenal erti budi dan kihdmat bakti yang telah
dicurahkan.
- Pada tahun 1949 M, As-Syahid
telah ditembak oleh orang upahan Raja Faraok dihadapan Persatuan Pemuda-Pemuda
Islam. 2 jam kemudian, pergilah As-Syahid menemui tuhannya Rabul Izza.
- Antara hasil karyanya yang
terkenal ialah : Ad-Dakwah wa Daiyah, Majmuk Rasail, Allah Fi Aqidah Islamiah
dan banyak lagi.
(8) MAQAM
SYUHADA PAKISTAN
- seramai 15 orang yang telah
gugur syahid ketika membantu Mesir mendapatkan Semenanjung Sinai.
- Sebagai mengenang jasa
mereka, maka pihak kerajaan Mesir telah mengurniakan saru kawasan tanah
perkuburan khas untuk mereka yang syahid.
(9) MAQAM
AD-DANRAWI ABU ABBAS
- Seorang ahli tasauf yang
terkenal di Mekah pada awal abad ke-20.
- Memimpin Tarekat Ahmadiah
Ad-Dandarawi setelah kewafatan bapanya iaitu Sidi Muhammad bin Ahmad
Ad-Dandarawi pada tahun 1327 H/1909 M.
- Di Mekah, beliau telah mengajar dan melatih
murid-muridnya sehinggalah pada suatu masa yang memaksanya untuk keluar dari
bumi Mekah. Perkara ini adalah disebabkan oleh sikap kaum Wahabi yang kurang
senang melihat kegiatan beliau. Akhirnya beliau memilih Mesir sebagai tempat
tinggal dam markaz gerakan untuk mengembangkan tarekatnya.
- Beliau telah meninggal dunia
pada tahun 1953 M.
(10) MAKAM
IMAM WAQIE'
- Nama penuhnya ialah Waqie'
bin Jarrah bin Malik bin Adi Al-Kufi.
- Gelarannya ialah Abu Sufiyan.
- Guru kepada As-Syafie.
- Wafat pada tahun 196 H
ketika pulang dari menunaikan haji di Mekah.
(11) MAKAM
IMAM AS-SYAFIE
- Nama penuh beliau ialah Abu
Abdullah Muhammad bin Idris bin Al- Abbas bin Usman bin Syafei bin As-Sa'id bin
Abid bin Abd. Yazid bin Hasyim bin Abd. Mutalib bin Abd. Manaf bin Qusai.
- Nasab beliau bertemu dengan
Rasulullah S.A.W. pada Abd. Manaf .
- Dilahirkan di Ghazza pada
tahun 150 H. Iaitu tahun di mana Imam Abu Hanifah meninggal dunia.
- Ketika berusia 2 tahun,
ibunya membawa beliau ke Mekah.
- Merupakan seorang ahli Fiqh,
Hadis, Lughah, Penyair, Sasterawan dan pengasas ilmu Usul Fiqh.
- Wafat pada malam Jumaat
bulan Rejab tahun 204 H.
- Di dalam masjid Imam Syafie
juga kelihatan 2 buah maqam yang muktabar iaitu makam Syeikh Zakaria Al-Ansari
dan Muhammad bin Abdullah Al-Hakam.
(12) MAKAM
ZAKARIA AL-ANSARI.
- Beliau ialah Sheikhul Islam
Abu Yahya Zakaria Al-Ansari.
- Dilahirkan di Sunaikah pada
tahun 826 H.
- Pada tahun 841 H beliau
telah berpindah ke kaherah dan seterusnya menetap di Azhar As-Syarif.
- Beliau pernah berguru dengan
beberapa ulamak mesir antaranya Al-Hafiz Ibn. Al-Asqalani.
- Banyak keramat yang telah
Allah Taal anugerahkan kepada beliau antaranya:
Imam
As-Sya'rani menceritakan : Pada suatu hari aku sedang membaca kitab Syarah Sahih Al-Bukhari, beliau
berkata kepadaku: "Berhenti dan ingatkan mimpimu malam tadi ". Memang
benar malam tadi aku bermimpi bersamanya di dalam sebuah kapal layar dan
talinya diperbuat dari sutera. Permaidaninya pula dari sutera hijau. Kerusi
panjang dan penyandarnya juga dari sutera. Kelihatan Imam Syafie duduk di situ.
Di kirinya pula ialah Syeikh Zakaria Al-Ansari. Lalu aku mengucup tangan Imam
Syafie. Kapal terus membawa kami belayar di tengah-tengah perut kaut.
Buah-buahannya kelihatan berjuntaian hingga ke laut. Kebunya pila dari
Zaa'faran. Setelah mendengar cerita mimpiku, beliau pun berkata : ' Jika benar
akan mimpimu itu, aku akan kebumikan berhampiran dengan maqam Imam
Syafie".. Apabila beliau meninggal dunia, nereka telah menyediakan
untuknya sebuah kubur di Bab Nasr( sebuah tempat yang jauh dari maqam Imam
Syafie). Sheikh Jamaluddin dan Sheikh Abu Bakar Az-Zahiri dating Al-Amir Khairi
Bey, Pemangku raja Mesir seraya berkata :" Raja dalam keadaan lemah dan
tidak berdaya untuk dating ke sini untuk disembahyangkan, baginda memerintahkan
supaya jenazah Sheikh di bawa ke sana untuk di sembahyangkan". Setelah di
sembahyangkan, tiba-tiba saru perintah supaya jenazah dikebumikan di tempat
berhampiran dengan maqam Imam As-Syafie. Beliau wafat pada tahun 925 H ketika
berusia 100 tahun.
- Banyak menghasilakan
karya-karya yang menjadi rujukan para pencari ilmu hari.
13) MAQAM
MUHAMMAD BIN ABDULLAH AL-HAKAM
- Dilahirkan pada tahun 183 H.
- Ibn Huzaimah pernah berkata
:"Aku tidak pernah melihat Fuqahak Islam yang lebih menegtahui
perkataan-perkataan sahabat dan dan tabi'en selain dari Muhammad bin Abdullah
Al-Hakam dan beliaulah orang yang paling alim dalam mazhab Maliki yang pernah
aku lihat"
- Selepas kewafatan Imam
Syafie beliau telah kembali ke Mazhab lamanya iaitu mazhab Maliki. Walaupun
beliau telah kembali ke mazhab lamanya tetspi sejarah hidupnya telah disebut di
dalam kitab-kitab sejarah tokoh-tokoh ulamak Syafie. Antaranya ialah Imam
Ar-Rafie pernah meriwayatkan satu masa dari beliau mengenai orang yang berpuasa
wajib membayar kifarah apabila berisimtak secara mubasyarah selain dari faraj
dan kemudian keluar mani.
- Beliau wafat pada bulan
Zulkaedah tahun 268 H. Disemadikan bersebelahan dengan maqam Imam As-Syafie.
14) MAQAM
IMAM AL-LAITH
- Nama penuh beliau ialah
Al-Laith bin Saad bin Abd. Rahman Al-Fahmi Abu Harith Al-Masri.
- Dilahirkan di Qalqasyandah
pada tahun94 H.
- Beliau pernah meriwayatkan
hadis dari Zuhri, Ataa', Nafie, dan Khalaq.
- Antara orang pernah yang
meriwayatkan hadis beliau Syuaib(puteranya) dan Ibn Mubarak.
- Beliau seorang ulamak yang
telah sampai ke darjat " Mujtahid Mutlak" sepertimana Imam Syafie,
Imam Malik, Imam Hanafi, Imam Ahmad bin Hambal.
- Beliau juga telah
mengembangkan mazhabnya sendiri serta telah mempunyai pengikut dan pengaruh
tersendiri. Akan tetapi, mazhabnya tidak dapat bertahan lama sebagaimana
mazhab-mazhab yang lain.
- Beliau pernah menulis sebuah
risalah menolak pendapat Imam Malik yang berhujah dengan amalan ahli Medina.
Didalam risalah tersebut jelas menunjukkan betapa kuat hujah, luas ilmu,
sastera dan kelebihannya.
- Beliau wafat pada hari
Jumaat, 14 Syaaban 175 H.
15) MAQAM
RABIATUL ADAWIAH.
- Seorang ahli sufi perempuan
yang merupakan imam bagi selueuh kaum sufi yang dating kemudiannya.
- Beliaulah yang
bertangunggjawab menaikkan taraf kehidupan ZUHUD yang telah diajar oleh Hassan
Al-Basri iaitu dari takut dan pengharapan kepada zuhud kerana cinta. Baginya,
'CINTA ' yang suci murni itu lebih tinggi kedudukannya dari takut dan
pengharapan kerana cinta yang suci tidak mengharap sesuatu.
- Imam Sya'rani pernah
mengatakan bahawa sejadah tempat beliau sujud sentiasa dibasahi oleh air
matanya.
- Beliau hidup sezaman dengan
Sufian At-Thauri ( Anak Murid Hassan Al-Basri) yang amat masyhur dan sering
bertukar-tukar fikiran dengannya.
- Antara keramatnya ialah :
Suatu hari beliau pergi menemui Syaiban Ar-Ra'ei, beliau berkata kepadanya
" Aku ingin menunaikan haji", lalu Syaiban Ar-Ra'ei mengeluarkan emas
dari poketnya untuk perbelanjaan beliau ke Mekah. Kemudian Rabiah menadahkan
pula tangannya ke langit, tiba-tiba dalam genggamamnya dipenuhi dengan emas.
Dan beliau berkata," engkau mengambil dari poket akan tetapi aku mengambil
nya dari ghaib."
- Beliau tidak pernah
berkahwin, seluruh kehidupannya dipergunakan untuk berzikir, bertilawah dan
wirid.
- Meninggal dunia tahun 185 H
bersamaan 796 M.
16) MAKAM
ZIN AL MASRI
- Beliau ialah Abul Faidh Zin Al-Masri.
- Berasal dari Naubah ( sebuah
daerah yang terletak di antara Sudan dan Mesir ).
- Beliau merupakan kemuncak
kaum sufi di abad ke-3 H. Beliaulah yang banyak menambah jalan untuk menuju
kepada Allah SWT.
- Meninggal dunia pada tahun
245 H di Jizza.
(17) MAKAM SIDI MUHAMMAD BIN AL-HANAFIAH
- Beliau ialah anak kepada
Imam Ali r.a dan isterinya yang bernama
Khaulah
binti Jaafar bin Qais dari keturunan Bani Hanafiah .
- Beliau telah didakwa oleh
segolongan dari puak-puak Syiah sebagai
imam
yang maksum.
(18) MAKAM SAYYIDAH FATIMAH AL-AINA
- Merupakan Ahli Bait Rasulullah
S.A.W..
- Nama penuhnya ialah Fatimah
Al-Aina' binti Kasin Attayyib bin Muhammad Al-Makmun bin Jaafar As-Sadiq.
- Antara keramatnya : Dapat
membetulkan bacaan Al-Quran dari dalam kuburnya ketika terdapat seorang pemuda
yang tersilap bacaan semasa membaca surah Al-Kahfi.
- Wafat pada tahun 240 H.
(19) MAKAM
SIDI UQBAH BIN AMIR AL-JUHNI
- Salah seorang dari kibar
sahabat Nabi S.A.W..
- Pernah menjadi Amir Muawiyah
di Mesir.
- Wafat pada tahun 58 H.
- Di dalam masjidnya ada
serpihan batu ka'bah yang dibawanya semasa beliau datang ke Mesir.
(20) MAKAM ABDULLAH BIN AMRU AL-ASS.
- Beliau ialah Abu Muhammad
Abdullah bin Amru Al-Ass Al-Quraisyi
Al-Sahmi.
Nasabnya bertemu Rasulullah S.A.W. pada Kaab bin Lu'ai.
- Memeluk Islam sebelum
bapanya sendiri (Amru Ibn Al-Ass).Bapanya
lebih
tua darinya 13 tahun.
- Menjadi penulis hadis
Rasulullah S.A.W. dan beliau menamakan
himpunan
hadisnya dengan As-sadiqah.
- Diriwayatkan dari Imam
Bukhari, Abu Hurairah pernah berkata:
"
Tiada seorang pun yang lebih banyak meriwayatkan hadis dariku
kecuali
Abdullah bin Amru.Maka sesungguhnya dia seorang yang pandai menulis sedangkan
aku sebaliknya.
- Hadis yang diriwayatkan oleh
Abdullah bin Amru adalah lebih kuat
kedudukannya
jika dibandingkan dengan hadis-hadis Abu Hurairah,akan tetapi kebanyakannya
tidak sampai kepada perawi-perawi hadis .
- Di kalangan para sahabat
yang berada di Mesir,maka beliaulah yang
paling
banyak sekali meriwayatkan hadis-hadis Nabi S.A.W..