Monday 7 January 2013

Perjalanan Hidup Ulamak Kelantan - Pakcu Hassan Tok Wali


                                           Sejarah Hidup Tok Wali Hasan
 
Pondok Lati juga masyhur dengan Tok Wali Hassan atau lebih mesra dipanggil Pakcu Hassan. Pakcu Hassan terkenal dengan kewarakkannya dan bermulut masin. Pada setiap hari selasa, Pondok Lati dibanjiri oleh ratusan manusia dari seluruh pelosok tanah air untuk mengambil air tawar dan mengubati pelbagai penyakit secara Perubatan Islam. Pakcu Hasan juga istiqamah dengan solat berjamaah dan mendengar kuliah. walaupun ramai pengunjung menunggu.
Beliau juga anti TV kerana programnya yg banyak melalaikan orang daripada solat diawal waktu, dr berjamaah dan menonjolkan cerita-cerita yg menampil pelakon yg dedah aurat. Beliau juga menentang golongan yang menolak hukum yg telah ditetapkan oleh Allah. Pada beliau, orang yang percaya hukum Allah tidak sesuai dilaksanakan adalah keluar agama (murtad). Sembelihan tak sah, kawin tak sah, jadi wali tak sah. Pada beliau, kita sebagai muslim mesti menerima hukum Allah sebagaimana kita terima kewajipan solat dan puasa.
         
Beliau pernah bertanding dalam pilihanraya umum 1982 menentang Tengku Razali di Parlimen Gua Musang. Beliau tidak peduli dgn wang ringgit. Duit-duit yang disedekahkan kpd beliau diambil oleh saudara maranya untuk keperluan hariannya dan memberi bantuan kepada yang memerlukan. Beliau juga suka membantu orang tanpa di minta dan tanpa bayaran seperti baiki atap bocor, tanam pokok kelapa. Beliau meninggal dunia pada hari Jumaat pada tahun 1987. Kematiannya diumumkan melalui pembesar suara di Masjid Jamek Lati. Jenazahnya disembahyangkan oleh ratusan jemaah dan dikebumikan di Perkuburan Islam Lubuk Tapah, Pasir Mas. Kuburnya sentiasa bersih dan tidak berumput. Semoga Allah cucuri rahmat ke atas ruhnya. Amin.

Sumber rujukan: Hj Abd Rahman Al-Lati


                 Gambar Asal: Ketika Penamaan Calon Beliau sebagai Wakil Rakyat pada tahun 1982:
   Hj Hassan Bin Mat Saman (Pakcu Hassan Tok Wali)- Calon Pas Bagi Kawasan Parlimen Ulu Kelantan.


                                         Gambar: Bersama Waris Keturunan Pakcu Hassan Tok Wali.

 Gambar: Bersama Keturunan Pakcu Hassan Tok Wali (Mak Bidah, iaitu Anak Saudara Perempuan Pakcu Hassan Tok Wali, Kg Lati Pasir Mas Kelantan).

 Gambar: Beduk (Alat ini diketuk apabila masuk Waktu Solat) digunakan di surau peninggalan Pakcu Hassan Tok Wali, Kg Lati, Pasir Mas Kelantan).


Gambar: Sabut kelapa yang digunakan sebagai bantal semasa tidur (Contohnya seperti yang pernah digunakan oleh Waliyullah Tok kenali, Pondok Kenali Kubang Kerian, Kelantan)

4 comments:

  1. Salam Sejahtera !!!!

    Kepada golongan lelaki yang ingin kan URUTAN TRADISIONAL SELURUH BADAN HINGGA BATIN ALA URUTAN JAWA , sila hubungi saya di talian : 014-7197049 ( Azman )

    Lokasi : Kuala Lumpur , Selangor , Jerantut , Temerloh , Muar , Tangkak , Melaka , Nilai , Seremban , Senawang , manjung , Lumut , Teluk Intan , skudai , Pulau Pinang , Arau , Kangar , ipoh , Kuantan , Kajang , Sabak Bernam , Sepang DLL

    Harga : Boleh dirundingkan

    Masa : Bebila boleh buat tempahan

    SILA SMS/WHATSAPPS/ WECHAT/ CALL

    www.facebook.com/shahrulzamani.zamani

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum.
    saya mencari info rawatan di sekitar kel. (Lemal) Untuk masaalah sihir berpenjaga.info dari tuan dapat membantu.
    Sejahtera2021@gmail.com

    ReplyDelete
  3. Tubohsatu mari rumoh ust Raffi belakang loji A paloh ganu

    ReplyDelete