Thursday 22 August 2013

ZIARAH MAKAM ULAMAK KELANTAN- TOK BACHOK

                                      Kubur Tok Bachok, di Berhadapan Pantai Irama Bachok


                                                  Kubur Tok Ayah Zain di Badak,Bachok


SEJARAH TOK BACHOK:

Uthman bin Haji Muhammad (1868 – 1953) atau lebih dikenali sebagai Tok Bachok merupakan salah seorang tokoh ulamak di nusantara yang terkemuka. Uthman bin Haji Muhammad atau nama penuhnya Haji Uthman bin Haji Muhammad merupakan salah seorang daripada ulamak Melayu yang bertanggung jawab mengembangkan syiar Islam di nusantara.

Ulama tersebut yang diberi nama julukan Tok Bachok dan tinggal di Bachok, Kelantan Darul Naim. Nama sebenarnya adalah Uthman bin Hj Muhammad.Tok Bachok adalah seorang guru agama yang seangkatan dengan Tok Kenali, Tok Selehor dan beberapa orang lagi yang bergiat aktif di Kelantan dalam keagamaan. Beliau pernah menubuhkan sekolah pondok untuk mengajar agama. Sehingga sekarang tapak tinggalan pondok tersebut masih boleh dilihat di sekitar tapak perkuburan besar Bandar Bachok

Keluarga Tok Bachok
Pada hayatnya, Tok Bachok telah berkahwin dengan beberapa orang, antaranya ialah Che Membunga (TOK JI), Hjh Zabidah dan Che Embun

Anak beliau adalah seperti berikut :
Yasin (Ustaz Yasin), Che Mariam, Hj Mohd Amin (BABA), Hj Mustaffa, Hj Mohd Zain (Allahyarham Tok Ayah Zain), Hj Mohd Nor, Abd Aziz (Pak Jid), Hj Hassan, Hj Hussin, Hj Abd Khir, dan Hj Mohd Rashidy.

Mereka yang bertaraf ulamak biasanya pernah melanjutkan penggajian ke Semenanjung Arab seperti di Mekah, atau Universiti Al-Azhar. Di sana mereka juga terdedah kepada kebudayaan Parsi, Rom dan Turki sebagaimana yang dapat dikesan dalam sastera golongan istana seperti Hikayat Amir Hamzah, dan juga oleh kebudayaan China seperti mana yang terdapat dalam Hikayat Hang Tuah, dan Syair Siti Zubaidah.

SEKOLAH PONDOK
Pendidikan Islam Peringkat Awal 

Pendidikan atau Pengajian Islam di Kelantan dipercayai bermula seawal-awal abad ke 16 Masihi untuk anak-anak keluarga Diraja, anak-anak pembesar dan orang ramai dengan menggunakan kitab-kitab dari Mekah.  Pendidikan Islam pada peringkat awal adalah dititikberatkan kepada soal Fardu Ain, Rukun Iman, Rukun Islam dan lain-lain bersabit dengan ibadah seharian.
Pendidikan Islam di Kelantan bermula di Istana kemudian di surau-surau, madrasah dan  masjid-masjid.  Masjid-masjid yang terawal yang dibina di Kelantan adalah Masjid Kg. Laut, Masjid Muhammadi dan juga Masjid Langgar.  Memandangkan Masjid Kg. Laut berusia lebih 300 tahun, adalah dipercayai pendidikan Islam di Kelantan bermula sejak 300-400 tahun yang lalu.
Adalah dipercayai Syeikh Haji Abdul Halim adalah orang yang paling awal menyampaikan pendidikan Islam di Kelantan, setelah menamatkan pelajaran di Mekah. 

Perkembangan Pendidikan Pondok Sebelum 1910
Sistem Pendidikan Pondok telah bermula pada awal abad ke 19 Masihi.  'Pondok' dalam konteks pendidikan bererti satu institusi pendidikan Agama Islam yang bersedirian dan berasrama. Dipercayai pondok pertama di Kelantan wujud sekitar tahun 1820 Masihi oleh Hj. Abdul Samad bin Abdullah di Pulau Chondong.  Beliau dikenali sebagai Tok Pulai Chondong.  Pendidikan Pondok dipercayai berasal dari Pattani (Selatan Thai).  Kebanyakan guru-guru dan alim ulama di Kelantan pada abad ke 19 adalah lepasan daripada pondok-pondok di Pattani, contohnya:-
            i)      Haji Abdullah Kasim (Dikenali Syeikh Abdullah Kasim   Senggora Al-Fatani)
           ii)     Haji Daud bin Abdullah (Dikenali Syeikh Daud Abdullah Al-Fatani)
           iii)    Haji Muhamad bin Ismail Daud (Dikenali Syeikh Muhamad 
                   Al-Fatani) dan lain-lain lagi.


Di antara pondok-pondok yang didirikan di Kelantan sebelum tahun 1910 di antaranya: Pondok Tok Pulai Chondong didirikan oleh Hj. Abdul Samad bin Abdullah (1820), Pondok Tok Bachok didirikan oleh Hj. Othman bin Hj. Muhamad sekitar 1900, Pondok Hj. Ab Malek, Kg. Sungai Pinang, Tumpat didirikan oleh Hj. Ab. Malik bin Hassan (1907), Pondok Hj. Yusof, Pulau Ubi, Tumpat (1908), Pondok Kubang Pasu, Kota Bharu, Pondok Sungai Budur, Pondok Kg. Banggol, Pondok Tuan Padang dan Pondok Tok Semaian.

SUMBER RUJUKAN:
http://tokbachok.blogdrive.com/

3 comments:

  1. alfatihah kpd tok bachok ...dan anknya Tok ayah zain kg kemudi.2 tokoh ilmuan suatu ketika dlu.info berguna terutama kpd sy antara generasi kedua TOK BACHOK

    ReplyDelete