Sunday, 27 January 2013

Produk Air Penawar Syifa' / Minyak ZAITUN Ruqyah Syifa' / Kapsul HABBATUSSAUDA'

  Air Penawar Syifa Botol Kecil 500 ml = (RM 2 Sebotol)

 Air Penawar Syifa Botol Besar  1500 ml = (RM 5 Sebotol)

                           Gambar: Air Penawar Syifa Botol Kecil 500 ml & Botol Besar 1500 ml

 

 
                                            Minyak Ruqyah Syifa' { Harga: 1 botol= RM 10 }

                                         Pil Habbatussauda { Harga: 1 botol (20 biji) = RM 10 }

                     Minyak Ruqyah Syifa' 1 botol  & Pil Habbatussauda 3 botol = HARGA RM 35


Cara-Cara Pembelian Melalui SMS

InsyaAllah selamat & sampai ke tangan anda!
 Cara beli melalui Sms 9am - 9pm
1-Sekiranya berminat untuk tempah, Sila sms produk yang ingin dibeli hantar ke 013-9950908 seperti nama produk,kuantiti dan pos samada ke semenanjung/sabah/sarawak 
seperti contoh :

Air Penawar Syifa' 1 botol besar
Minyak Ruqyah Syifa' 1 botol,
Pil Habbatusauda 1 botol.
pos ke Kuala Lumpur
2-Kemudian Admin akan replay total jumlah yang perlu dibuat
atau cara MUDAH :

1. Pilih mana-mana produk yang anda mahu beli.
 
2. KOS PENGHANTARAN BAGI SETIAP PENGHANTARAN KE SATU ALAMAT
Pembelian Semenanjung caj pos rm7.00
Pembelian Sabah/Sarawak caj pos rm10.00 

KECUALI Pembelian Air Penawar Syifa' caj 1 botol rm3.00 1 botol kecil & rm7.00 1 botol besar
3. Anda hanya perlu melihat harga produk dan campurkan harga produk serta kuantiti dan tambah postage seperti di atas

Contoh : 1 botol Minyak Ruqyah Syifa' rm10.00 + 1 botol Habbatussauda' rm10.00 = rm20.00 total barang dan tambah caj pos RM7.00, jumlah perlu bank in ialah RM20.00+RM7.00 = RM27.00

4. Sila buat pembayaran di salah satu bank kami dibawah ini.
   PENERIMA : MUNA BIN HAMZAN 
   BANK ISLAM : 03036020127932                   
 
5. Kemudian berikan detail seperti :
-Nama
-Alamat
-NO Hp
-Nama Produk & Kuantiti
-Nama Bank & Jumlah (RM)

6. PENGHANTARAN PRODUK TEMPAHAN HANYA AKAN DIBUAT SELEPAS URUSAN PEMBAYARAN MELALUI BANK IN TELAH DIBUAT.

7. PENGHANTARAN MELALUI POS LAJU HANYA DIBUAT PADA SETIAP HARI KHAMIS  {DALAM SEMINGGU}.










Sunday, 20 January 2013

Perjalanan Hidup Tuan-Tuan Guru Pondok Pasir Tumbuh, Kelantan


                                          PENGUASA 1 / MUDIR
Biodata :
Nama      : Tuan Guru Hj Hashim b. Hj Abu Bakar
Tempat lahir : Seberang Pantai Johor, Alor Setar, Kedah.
Tahun lahir    : 1923M
Pendidikan :
1.   Belajar di Darul Ulum ad-Diniah, Mekah dari tahun 1936 hingga 1939
2.   Belajar di Madrasah Irsyadiah Tuan Guru Hj Abdul Rahman Hj Abdullah, Merbuk, Sungai Petani,Kedah pada tahun 1942
3.   Belajar di Pondok al-Marhum Tuan Guru Hj Ghazali Batu 26, Bagan Datoh,Perak pada tahun 1940
4.   Belajar di Pondok Lebai Idris Hitam, Kampung Air Hitam, Jetra, Kedah pada tahun 1944 selama 2 tahun
5.   Pada tahun 1946 belajar di Pondok Bunut Payong dengan Tuan Guru Hj Abdullah Tahir sehingga tahun 1953

-Pada tahun 1953 beliau berkahwin dengan adik Tuan Guru Hj Mustafa dan Tuan Guru Hj Abdul Aziz bin Abu Bakar pengasas Pondok Pasir Tumboh.

Perkhidmatan :
1. Mengajar di Pondok Pasir Tumboh bersama 2 orang iparnya dan menggantikan tempat sebagai Penguasa I atau Mudir  setelah kematian keduanya sehingga sekarang.
2. Beliau juga menjawat jawatan sebagai Pengerusi Pusat Pembangunan Pondok Berhad mulai 1995
3. Tokoh Hijraturrasul 1428H peringkat Kelantan
4. Menerima anugerah gelaran Dato’ Paduka daripada Pemangku Sultan Kelantan pada tahun 2010

Meninggal dunia:
Kembali ke rahmatullah pada 1 Syawal 1432H bersamaan 30 Ogos 2011M pada jam 1.10 tengahari dan disemadikan di tanah perkuburan Islam Pondok Pasir Tumboh pada jam 6.30 petang.





                           Pengasas 2 Pondok Pasir Tumboh Kelantan

              BIODATA TUAN GURU HJ ABDUL AZIZ BIN HJ ABU BAKAR 
Tarikh dan tempat lahir  : Awal Ogos 1923M di Kampung Terusan Limbat, Kota Bharu
Nama Ayahanda : Hj Abu Bakar bin Hj Abdul Latif  bin Abdul Ghani (meninggal sekitar 1966) di mana beliau pernah berguru dengan Tok Seridik, Kuala Nipah sewaktu berada di Mekah
Nama Bonda : Hajah Mariam bt Hj Daud iaitu anak kepada Tuan Guru Hj Daud b Hj Hasan (meninggal lebih kurang tahun 1957) yang merupakan seorang ulama’ di Kampung Machang Limbat yang sempat berguru dengan Hj Said Kg Lama, Besut, Hj Ismail b Hj Mahmud, Kg Atas Banggol, Kota Bharu, Hj Omar Mentuan dan Hj Nik Man Tua, Jalan Che Su, Kota Bharu.

Pendidikan
a.     Belajar asas agama dengan ayahandanya sendiri
b.     1930 bersekolah di Sekolah Melayu Kubang Keranji hingga darjah IV
c.     Pondok Tok Kenali selama 3 tahun tetapi tidak sempat belajar dengan Tok Kenali sendiri disebabkan beliau telah meninggal dunia ketika itu
d.     1940 berpindah ke Pondok Tuan Guru Hj Ali Salahuddin b Awang, Pulau Pisang selama 3 tahun setengah
e.     1943 berpindah ke Pondok Tuan Guru Hj Abdullah Tahir, Bunut Payong
f.        Beliau turut belajar dengan berulang-alik ke Masjid Muhammadi, Kota Bharu dengan mengayuh basikal untuk berguru dengan Mufti Hj Muhammad Nor b Hj Ibrahim disamping belajar dengan Dato’ Hj Ahmad Maher dirumahnya di Medan Tuan Padang dan juga Kampung Puteh
g.     1950 menyambung pengajian di Mekah selama 3 tahun 8 bulan

Antara Usaha dan Kata-kata Perangsang Daripada Ayahanda

1. Semasa kecil ayahandanya Hj Abu Bakar telah membawa beliau dan abangnya Tuan Guru Hj Mustafa untuk bertemu dengan Tok Kenali. Ayahandanya meminta agar Tok Kenali meludah ke dalam mulut kedua anaknya itu tetapi Tok Kenali tidak berbuat demikian sebaliknya bertindak meludah ke dalam bekas air lalu diberikan kepada abangnya dahulu tetapi dia enggan. Air itu diberikan kepadanya lalu diminumnya kemudian diikuti oleh abangnya
2. Ayahandanya sentiasa mengintip anaknya ini pada waktu malam sepanjang belajar di pondok di mana anaknya dapat mengetahui tentang kedatangan ayahandanya  selepas melihat adanya bekalan seperti beras, kayu api dan makanan lain yang diletakkan di atas tangga pondoknya
3. Semasa berada di Mekah maka ayahandanya sentiasa mengutus surat dan diantara kata perangsangnya ialah sebagaimana berikut :

a.     “ Wahai anakku! Ayahanda tidak akan mengaku bahawa engkau alim sehingga engkau dapat mengajar dalam Masjidil Haram”. 

 Sebelum pulang ke Malaysia pada tahun 1953, beliau sempat mengajar di Masjidil Haram sebagaimana yang dikehendaki oleh ayahnya

b.     “ Ayahanda mahukan anakanda belajar sekejap tetapi dapat menandingi ilmu orang-orang lama walau pun terpaksa menghabiskan wang” 

- Beliau menunai permintaan ini dengan belajar lebih masa serta sanggup memberi saguhati kepada 4 orang guru sebanyak RM 25.00 setiap orang sebulan

Membuka pondok
  • Setelah pulang ke tanahair pada pertengahan tahun 1953 maka beliau bersama abangnya mulai mengajar di atas balaisah kepunyaan ayahandanya.
  • 1954 dengan usaha mereka bersama bapa sepupunya Hj Yazid b Hj Yaakub b Hj Ghani , Penggawa dan orang-orang kampung maka sebuah madrasah untuk tempat berjemaah dan belajar berjaya dibina. Ia dinamakan al-Madrasah ad-Diniah al-Bakriah sempena nama ayahanda tercinta
Lantikan dan Kurniaan
  • 1950-an beliau dilantik menganggotai Jemaah Ulama’ Majlis Ugama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan sehinggalah beliau meninggal dunia
  • 1978 KDYMM Sultan Yahya Petra telah mengurniakan Pingat Bakti (P.B) kepadanya
Sakit dan Meninggal Dunia
  • Abangnya Tuan Guru Hj Mustafa telah meninggal dunia pada 19 April 1984
  • Beliau sendiri terpaksa berhenti daripada mengajar mulai tahun 1985 kerana sakit angin ahmar
  • Beliau menghembus nafas yang terakhir pada petang Rabu jam 7.10 malam Khamis 17 Jun 1987M bersamaan 20 Syawal 1407H.



                      Pengasas 1 Pondok Pasir Tumboh Kelantan
                           Tuan Guru Hj Mustafa b Hj Abu Bakar
Tempat lahir : Kampung Terusan Limbat, Kota Bharu
Nama Ayahanda : Hj Abu Bakar bin Hj Abdul Latif bin Abdul Ghani (meninggal sekitar 1966) di mana beliau pernah berguru dengan Tok Seridik, Kuala Nipah sewaktu berada di Mekah
Nama Bonda : Hajah Mariam bt Hj Daud iaitu anak kepada Tuan Guru Hj Daud b Hj Hasan (meninggal lebih kurang tahun 1957) yang merupakan seorang ulama’ di Kampung Machang Limbat yang sempat berguru dengan Hj Said Kg Lama, Besut, Hj Ismail b Hj Mahmud, Kg Atas Banggol, Kota Bharu, Hj Omar Mentuan dan Hj Nik Man Tua, Jalan Che Su, Kota Bharu.

Pendidikan
a. Belajar asas agama dengan ayahandanya sendiri
b. 1930 bersekolah di Sekolah Melayu Kubang Keranji
c. Pondok Tok Kenali selama 3 tahun tetapi tidak sempat belajar dengan Tok Kenali sendiri disebabkan beliau telah meninggal dunia ketika itu
d. 1940 berpindah ke Pondok Tuan Guru Hj Ali Salahuddin b Awang, Pulau Pisang selama 3 tahun setengah
e. 1943 berpindah ke Pondok Tuan Guru Hj Abdullah Tahir, Bunut Payong
g. 1950 menyambung pengajian di Mekah selama 3 tahun 8 bulan iaitu sehingga tahun 1953.

Antara Guru-gurunya:

Tuan Guru Hj Ahmad b Hj Muhammad Yusof ( Tok Bangkok )
Tuan Guru Hj Muhammad Jebing ( Anak saudara Tok Kenali )
Tuan Guru Hj Ismail Perol
Tuan Guru Hj Salahuddin b Awang
Tuan Guru Hj Abdullah Tahir Bunut Payong
Tuan Guru Hj Yaakub Kelong
Tuan Guru Hj Syihabuddin al-Mandili
Mufti Hj Mohd Nor b Ibrahim ( Mufti Kelantan )
Syeikh Daud b Sulaiman al-Kelantani
Syeikh Abdul Kadir al-Mandili
Syeikh Sayyid Amin al-Kutubi
Syeikh Yasin al-Fadani
Syed Alawi
Syeikh Ismail Kubang kali (Rantau Panjang)

Membuka pondok

Setelah pulang ke tanahair pada pertengahan tahun 1953 maka beliau bersama adiknya mulai mengajar di atas balaisah kepunyaan ayahandanya.
1954 dengan usaha mereka bersama bapa sepupunya Hj Yazid b Hj Yaakub b Hj Ghani , Penggawa dan orang-orang kampung maka sebuah madrasah untuk tempat berjemaah dan belajar berjaya dibina. Ia dinamakan al-Madrasah ad-Diniah al-Bakriah sempena nama ayahanda tercinta.

Khidmat dan Hobi:

a. Aktif dalam politik kepartian dan pernah dibacarakan di Terengganu atas tuduhan mengajar tanpa tauliah oleh musuh politiknya di mana kes ini tidak selesai sehingga beliau menghembus nafas yang terakhir
b. Suka mengumpul 40 jenis barangan besi yang berpangkalkan huruf ‘Pa’ seperti paku, Pahat. Dan lain-lain
c. Membuat tasbih sendiri menggunakan kayu-kayu daripada pokok yang tidak mempunyai teras seperti betik, ubi dan sebagainya
Sakit dan Meninggal Dunia
Tuan Guru Hj Mustafa telah meninggal dunia pada 19 April 1984.

Antara Murid-muridnya

Tuan guru Hj Abdul Latif b Abdul Rahman(Mudir Pondok Pengkalan Hulu, Keroh, Perak)
Hj Jaafar b Hj Muhammad, Madrasah Merbau Patah, Kuala Terengganu
Tuan guru Hj Muhammad b Hj Ilyas, Pondok Bukit Keledang, Triang, Pahang
Tuan guru Hj Husin b Ibrahim, Pondok Amir, Besut, Terengganu
Tuan guru Hj Abdul Rahman b Awang Kecik, Permatang Jeram, Kubang Pasu, Kedah
Tuan guru Hj Ahmad b Hj Amin, Pondok Sungai Baru, Alor Star, Kedah
Tuan guru Hj Muhamed b Mat Diah ( Pengasas Pondok Beta Hilir, Kelantan)
Tuan guru Hj Ghazali b Hj Abdullah ( Pengasas Pondok Tunjung, Kelantan )
Tuan guru Hj Awang b Yusuf ( Mudir Pondok Gelang Mas, Kelantan)
YB Ustaz Hj Daud b Yusuf (Bekas ADUN Pasir Tumboh dan Timb Pemegang Amanah 2 Pusat Pembangunan Pondok Berhad)
Prof Abdul Hayyi b Abdul Syakur , Pensyarah UM
Ustaz Hj Zawawi b Hj Abdullah ( Mudir Taman Islam, Kemaman, Terengganu)
Ustaz Mokhtar Senik ( Pondok an-Nur, Kuantan, Pahang )
YB Ustaz Taib Azamuddin ( Ahli Parlimen Baling dan bekas imam besar Masjid Negara)
Tuan Guru Hj Abdul Aziz b Hj Hitam, Tanjung Bedil, Alor Star, Kedah
Ustaz Ismail b Taib, Pondok Tembak, Kuala Ketil, Kedah
Pakda Eil, Mudir Pondok Kerasak, Thailand.




           Tok Guru Hj Wan Muhammad Wan Othman @ Ustaz Mat Tendong MUDIR PONDOK PASIR TUMBOH DARI TAHUN 2011 > SEKARANG 




Bersambung.....
Perjalanan Hidup Al-Marhum Tuan Guru Ustaz Hj Atiqullah Bin Hj Yaacob.
INSYAALLAH.