Sunday 6 January 2013

Sejarah Masjid Kampung Laut, Nilam Puri Kelantan

 Gambar Asal: Masjid Kampung Laut terletak di Kampung Laut, sebuah kampung di tepi Sungai Kelantan,  di seberang sebelah hilir bandar Kota Bharu, Kelantan.


SEJARAH MASJID KAMPUNG LAUT:

Masjid ini dipercayai dibina oleh sekumpulan pengembang (mubaligh) agama Islam yang terdiri daripada sekumpulan anak raja Jawa yang datang belayar berhampiran negeri Kelantan. Semasa dalam pelayaran tersebut, kapal yang dinaiki baginda bocor dan anak raja itu bernazar untuk mendirikan sebuah masjid sekiranya mereka selamat tiba ke darat. Anak raja Jawa itu selamat tiba ke darat dan mereka mendirikan sebuah masjid di Kampung Laut dan apabila kembali ke Jawa mereka mendirikan sebuah lagi masjid yang rekabentuk yang sama seperti Masjid Kampung Laut. Rekabentuk masjid Kampung Laut juga adalah sama dengan bentuk Masjid Agung Demak di Jawa Tengah, Indonesia.



SENIBINA MASJID KAMPUNG LAUT:

Masjid Kampung Laut dibina daripada kayu cengal dan mempunyai 20 batang tiang termasuk empat tiang seri. Masjid ini sangat tinggi dari lantai ke puncaknya. Terdapat banyak ukiran di dinding bahagian beranda, buah butong dan tiang-tiang utama dalam bahagian bangunan. Motif seni bina masjid ini dikatakan melambangkan ketuhanan dan alam semula jadi yang pada asasnya diterapkan pada bunga teratai.

Bumbungnya berbentuk tiga  lapis yang disebut bumbung tiga tingkat iaitu menyamai bentuk bumbung masjid-masjid di negeri Melaka. Menaranya juga mempunyai bentuk yang hampir sama dengan Masjid Wali Sunan Kalijaga di Jawa Tengah. Masjid Kampung Laut ini dapat memuatkan hampir 400 orang jemaah. Mimbar dan ruang dalamnya disokong oleh empat batang tiang seri.


Sumber Rujukan :

(a) Mohamed Roelan Abdul Malek, (1998). Kesan Sejarah dan tempat-tempat menarik : Negeri Kelantan Darul Naim. Petaling Jaya : Oscar Book International.
(b) Asmad, (1987). Siri Lambaian Nusa : Kelantan. Melaka : Associated Educational Distributors (M) Sdn. Bhd.




  Gambar Terbaru: Masjid itu telah dipindahkan dan dibina semula di kawasan Pusat Pengajian Tinggi Islam, Nilam Puri, di selatan Bandar Kota Bharu kerana banjir besar telah melanda Kelantan pada tahun 1966 dan menyebabkan masjid tua ini mengalami kerosakan yang menyebabkan tapak masjid ini hampir jatuh ke dalam Sungai Kelantan,
 
                    Gambar: Pemandangan masjid Kampung Laut,Nilam Puri di sudut depan (Tangga masjid).

 Gambar Masjid Kampung Laut, Nilam Puri sebelah Bangunan Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) Nilam Puri Kelantan.



PERPINDAHAN MASJID KAMPUNG LAUT:

Bagi menyelamatkan warisan yang sangat berharga ini, usaha-usaha tdah diambil oleh Persatuan Sejarah Malaysia dengan kerjasama Kerajaan Negeri Kelantan bagi memindahkannya ke temp at lain yang lebih selamat, iaitu dalam kawasan kampus Yayasan Pengajian Tinggi Islam Kelantan @ Sekarang sebagai
Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) di Nilam Puri, Kota Bharu.
Bangunan masjid ini telah dibina semula, seberapa yang boleh, menurut rekabentuk asalnya. Sekumpulan tukang¬tukang Melayu yang mahir, diketuai oleh Encik Husin bin Saleh dari Kampung Bunut Payong, Kota Bharu, telah bekerja keras membangunkannya semula.
Kerja-kerja ini tdah dimulai pada bulan November tahun 1968 dan siap sepenuhnya setahun kemudian. Pada bulan Mei tahun 1970, bangunan masjid ini telah diserahkan oleh Persatuan Sejarah Malaysia kepada Kerajaan Negeri Kelantan dalam suatu majIis penyerahan rasmi di Nilam Puri.

Sumber Rujukan:
 Ikhtisar SEJARAH KELANTAN (Tanah Serendah Sekebun Bunga), Abdul Razak Mahmud, Pustaka Aman Press Sdn Bhd., Kota Bharu, 2002.



                            Gambar: Pemandangan Masjid Kampung Laut, Nilam Puri di sudut sebelah Kiri.

             Gambar: Pemandangan Wakaf (Tempat rehat) di Masjid Kampung Laut, Nilam Puri Kelantan.

            Gambar: Pemandangan papan kenyataan yang menerangkan Sejarah Masjid Kampung Laut.

Gambar: Pemandangan Hadapan Masjid Agung Demak terletak di Desa Kauman Kabupaten Demak,
Jawa Tengah Indonesia (masjid ini dikatakan sama senibinanya dengan Masjid Kampung Laut, Nilam Puri   Kelantan). Masjid Agung Demak dipercayai pernah menjadi tempat berkumpulnya para ulamak (wali) yang menyebarkan agama Islam di tanah Jawa yang disebut dengan WALISONGO.

6 comments:

  1. siapakah tukang /kontraktor pembinaan ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
  2. Berapa saiz keluasan masjid kg laut?

    ReplyDelete
  3. Berapa saiz keluasan masjid kg laut?

    ReplyDelete
  4. Bagai manakah masjid itu dipindahkan ???

    ReplyDelete
  5. berapa kos masjid ini? pleaseee jawab seebab nak buat folio sejarah;)

    ReplyDelete