Saya Muna Bin Hamzan al-Kelantani menerima sanad melalui jalur SHEIKH IMAM NAWAWI daripada SHEIKHUNA
MUHAMMAD NURUDDIN MARBU AL-BANJARI AL-MAKKI:
- SHEIKH ISMAIL USMAN ZIN AL-YAMANI
- SHEIKH MUHAMMAD BIN YAHYA AL-AHDAL
- SHEIKH MUHAMMAD BIN ABDUR RAHMAN AL-AHDAL
- SHEIKH AHMAD ZAINI BIN DAHLAN
- SHEIKH ABDULLLAH HIZAJI AL-SYARKOWI
- SHEIKH MUHAMMAD SALIM AL-HAFNI
- SHEIKH SYIHABUDDIN AL-KHULAIFI
- SHEIKH SYHIHABUDDIN ABDUL LATIF AL-BITBISHI
- SHEIKH ALI BIN ISA AL-HALLABI
- SHEIKH ALI AL-ZAYYADI
- SHEIKH IBNU HAJAR AL-HAYTHAMI
- SHEIKH IMAM MUHAMMAD RAMLI
- SHEIKH KHOTIB SYARBINI
- SHEIKH IBNU HAJAR AL-ASQOLANI
- SHEIKH AL-HAFIZ BIN ABDUL RAHIM AL-IROQI
- SHEIKH ABDUL ABDUL RAHIM AL-IROQI
- SHEIKH SIRAJUDDIN UMAR RUSLAN
- SHEIKH ALAUDDIN IBNU AL-ATTOR
- SHEIKH IMAM NAWAWI
***Zun-Nun al-Misri R.A. berkata, " Tanda Ikhlas itu 3 perkara" :
1- Wujud kesamaan antara pujian dan celaan orang lain.
2- Lupa melihat amal dalam amal.
3- Menuntut pahala amal di Akhirat. “
{Kitab Bustanul A’rifin. M/S : 60}.
***Imam Al-Hafiz Abu Baqa Rahimahullah meriwayatkan Imam Abu Bakar Az-Zaqaq Rahimahullah telah berkata, : "Ilmu Sufi ini diasaskan di atas empat perkara" :
1- Kami tidak makan kecuali selepas lapar.
2- Kami tidak tidur kecuali kerana sudah tidak tahan lagi berjaga.
3-Kami tidak berdiam kecuali ketika dibimbangi salah faham terhadap apa yang kami perkatakan.
4- Dan kami tidak bercakap kecuali kerana mengambil faedah.
{Kitab Bustanul A’rifin. M/S: 74}.
***Saidina Ammar Bin Yasir Rahimahullah pernah berkata," Sesiapa dapat menghimpun tiga perkara ini, bermakna ia telah menghimpun segala bahagian Iman" :
1- Menyedari hakikat diri sendiri.
2- Menegakkan keselamatan bagi seluruh alam.
3- Suka menderma walaupun dalam keadaan fakir.”
{Kitab Bustanul A’rifin. M/S : 80}.
***Imam As;Syafie berkata : "Segala kebaikan dunia dan Akhirat terhimpun pada lima perkara" :
1- Kaya diri.
2- Menahan diri daripada segala kezaliman.
3- Mengusaha yang halal.
4- Pakaian Taqwa.
5- Tenang hati dengan Allah SWT pada setiap keadaan.
{Kitab Bustanul A’rifin . M/S : 104}.
***Imam As-Syafie Rahimahullah telah berkata : "Sebaik-baik amal itu 3 perkara" :
1-Mengingati Allah SWT.
2- Menolong kawan-kawan.
3- Orang lain tahu menghargai dirimu. “
{Kitab Bustanul A’rifin. M/S : 105}.
CARA PENERIMAAN IJAZAH &
SANAD
Menurut Syeikhuna Muhammad Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki :
Menurut Syeikhuna Muhammad Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki :
Cara mendapatkan Ijazah atau pertauliahan,
haruslah melalui salah satu daripada cara-cara tahammul (pembawaan ilmu),
iaitu:
1. Qira'ah - syeikh membaca, dan murid mendengar.
2. Sama' - murid membaca, dan syeikh pula mendengar.
3. Ijazah - syeikh berkata: "Saya ijazahkan kamu"
4. Washiyyah - syeikh mewasiatkan kepada murid.
5. Kitabah - syeikh menulis untuk murid.
6. I'lam - syeikh memberitahu kepada murid.
7. Munawalah - syeikh memberi amalan dari tangan ke tangan.
1. Qira'ah - syeikh membaca, dan murid mendengar.
2. Sama' - murid membaca, dan syeikh pula mendengar.
3. Ijazah - syeikh berkata: "Saya ijazahkan kamu"
4. Washiyyah - syeikh mewasiatkan kepada murid.
5. Kitabah - syeikh menulis untuk murid.
6. I'lam - syeikh memberitahu kepada murid.
7. Munawalah - syeikh memberi amalan dari tangan ke tangan.
Assalamu'alaikum wr.
ReplyDeleteYaa Syaikhiy, bolehkah ana yang Faqir ini meminta ijazah sanad kitab Bustanul 'Arifin di atas dari jalur antum?
Saya Mahasiswa Fakultas Tarbiyyah di Indonesia.
Ana mohon, akan ana jaga kemuliaan sanad ini.