Monday 30 January 2012

Kelebihan Air Zam-zam


Sabda Nabi Muhammad S.A.W:

مَاءُ زَمْزَمَ لِمَا شُرِبَ لَهُ
Ertinya: Air Zamzam itu diminum mengikut apa yang diniatkan atau dikehendaki."
(Diriwayatkan dari Jabir, lbnu Abbas, lbnu Umar dan Muawiyah)

Adab Minum Air-Zam

1. Menghadap kiblat.
2. Menyebut nama Allah Subhanahu wa Taala sebelum minum.
3. Bernafas sebanyak tiga kali ketika minum dan ketika bernafas itu hendaklah di luar bekas atau gelas itu (yakni tidak minum dengan sekali teguk sehingga habis, bahkan minum dengan berhenti sebanyak tiga kali).
4. Minum sehingga kenyang, kerana orang munafiq tidak meminumnya sehingga kenyang.
5. Mengucapkan syukur kepada Allah Subhanahu wa Taala setelah selesai minum.
6. Setiap kali mengambil nafas ketika minum air zamzam, melihat ke arah Kaabah.
7. Sunat masuk ke tempat perigi zamzam dan melihatnya.

8. Memperbanyakkan doa ketika minum dan mengharapkan kebaikan di dunia dan akhirat.


 Doa ketika minum air zamzam: Riwayat daripada Saidina Abdullah bin Abbas R.A:

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ عِلْمًا نَافِعًا وَرِزْقًا وَاسِعًا وَشِفَاءً مِنْ كلِّ دَاءٍ وَسَقَمٍ بِرَحْمَتِكَ يَاأَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ
 
Ertinya: "Ya Allah Ya Tuhanku, aku mohon padaMu ilmu yang bermanfaat, rezeki yang luas dan sembuh daripada segala penyakit."

No comments:

Post a Comment