Friday 26 July 2013

IJAZAH/SANAD KITAB BUSTANUL A’RIFIN





Saya Muna Bin Hamzan al-Kelantani menerima sanad  melalui jalur SHEIKH IMAM NAWAWI daripada SHEIKHUNA MUHAMMAD NURUDDIN MARBU AL-BANJARI AL-MAKKI:

1.SHEIKHUNA MUHAMMAD NURUDDIN MARBU AL-BANJARI AL-MAKKI
  1. SHEIKH ISMAIL USMAN ZIN AL-YAMANI
  2. SHEIKH MUHAMMAD BIN YAHYA AL-AHDAL
  3. SHEIKH MUHAMMAD BIN ABDUR RAHMAN AL-AHDAL
  4. SHEIKH AHMAD ZAINI BIN DAHLAN
  5. SHEIKH ABDULLLAH HIZAJI AL-SYARKOWI
  6. SHEIKH MUHAMMAD SALIM AL-HAFNI
  7. SHEIKH SYIHABUDDIN AL-KHULAIFI
  8. SHEIKH SYHIHABUDDIN ABDUL LATIF AL-BITBISHI
  9. SHEIKH ALI BIN ISA AL-HALLABI
  10. SHEIKH ALI AL-ZAYYADI
  11. SHEIKH IBNU HAJAR AL-HAYTHAMI
  12. SHEIKH IMAM MUHAMMAD RAMLI
  13. SHEIKH KHOTIB SYARBINI
  14. SHEIKH IBNU HAJAR AL-ASQOLANI
  15. SHEIKH AL-HAFIZ BIN ABDUL RAHIM AL-IROQI
  16. SHEIKH ABDUL ABDUL RAHIM AL-IROQI
  17. SHEIKH SIRAJUDDIN UMAR RUSLAN
  18. SHEIKH ALAUDDIN IBNU AL-ATTOR
  19. SHEIKH IMAM NAWAWI
ANTARA PETIKAN DARIPADA KITAB BUSTANUL 'ARIFIN:

***Zun-Nun al-Misri R.A. berkata, " Tanda Ikhlas itu 3 perkara" :
1- Wujud kesamaan antara pujian dan celaan orang lain.
2- Lupa melihat amal dalam amal.
3- Menuntut pahala amal di Akhirat. “
{Kitab Bustanul A’rifin. M/S : 60}.

 ***Imam Al-Hafiz Abu Baqa Rahimahullah meriwayatkan  Imam Abu Bakar Az-Zaqaq Rahimahullah telah berkata, : "Ilmu Sufi ini diasaskan di atas empat perkara" :
1- Kami tidak makan kecuali selepas lapar.
2- Kami tidak tidur kecuali kerana sudah tidak tahan lagi berjaga.
3-Kami tidak berdiam kecuali  ketika dibimbangi salah  faham terhadap apa yang kami perkatakan.
4- Dan kami tidak bercakap kecuali kerana mengambil faedah.
{Kitab Bustanul A’rifin. M/S:  74}.

***Saidina Ammar Bin Yasir Rahimahullah pernah berkata," Sesiapa dapat menghimpun tiga perkara ini, bermakna ia telah menghimpun segala bahagian Iman" :
1- Menyedari hakikat diri sendiri.
2- Menegakkan keselamatan bagi seluruh alam.
3- Suka menderma walaupun dalam keadaan fakir.”
{Kitab Bustanul A’rifin. M/S : 80}.

***Imam As;Syafie berkata : "Segala kebaikan dunia dan Akhirat terhimpun pada lima perkara" :
1- Kaya diri.
2- Menahan diri daripada segala kezaliman.
3- Mengusaha yang halal.
4- Pakaian Taqwa.
5- Tenang hati dengan Allah SWT pada setiap keadaan.
{Kitab Bustanul A’rifin . M/S : 104}.

***Imam As-Syafie Rahimahullah telah berkata : "Sebaik-baik amal itu 3 perkara" :
1-Mengingati Allah SWT.
2- Menolong kawan-kawan.
3- Orang lain tahu menghargai dirimu. “
{Kitab Bustanul A’rifin. M/S : 105}.


CARA PENERIMAAN IJAZAH & SANAD

Menurut Syeikhuna Muhammad Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki :
Cara mendapatkan Ijazah atau pertauliahan, haruslah melalui salah satu daripada cara-cara tahammul (pembawaan ilmu), iaitu:

1. Qira'ah - syeikh membaca, dan murid mendengar.

2. Sama' - murid membaca, dan syeikh pula mendengar.

3. Ijazah - syeikh berkata: "Saya ijazahkan kamu"

4. Washiyyah - syeikh mewasiatkan kepada murid.

5. Kitabah - syeikh menulis untuk murid.

6. I'lam - syeikh memberitahu kepada murid.

7. Munawalah - syeikh memberi amalan dari tangan ke tangan.





MAQAM PARA WALI DAN SYUHADA' DI KAHERAH MESIR


     (1)  MAKAM SAYYIDAH AISYAH BT JAAFAR AS-SADIK

  Merupakan Ahlul Bait Rasulullah S.A.W.           
Wafat pada tahun 145 H
Sebahagian masyarakat mempercayai bahawa makam beliau sebagai salah satu tempat yang 'Mustajab Doa sehingga ada yang bersyair:
" BAGI AISYAH ITU CAHAYA DAN KECANTIKKAN DAN KUBAHNYA PADANYA DOA DIPERKENAN"

   (2) MAKAM SHEIKH JALALUDDIN AS-SAYUTI

-           Nama penuhnya ialah  Abdul Rahman bin Abu Bakar bin Muhhammad           
                        bin Sabiqudin bin Al-Fakhr Usman Al-Khudairi As-Sayuti .
-     Seorang cendiakiawan dan ulamak agung Al-Azhar.
-     Dilahirkan pada tahun 749 H( 6 tahun sebelum kawafatan
Ayahandanya)  
-     Seorang mujadid untuk abad ke 9H.
-     Antara kitabnya: Jamie' Saghir, Ashbah wa Nazair, Ar-Rahman,Al-Itqan,Tafsir Jalalain, Tadrib Ar-Rawi dan lain-lain.
-     Mempunyai karamah yang cukup banyak. Imam Sya'rani pernah berkata; ' seandainya Allah Taalatidak mengurniakan  kepadanya keramat-keramat yang lain, memadailah dengan karya-karyanya yang begiru banyak yang beliau hasilkan sebagai salah satu keramat yang membuktikan kekuasaan Allah Taala".
-     Wafat pada tahun 933 H

(3) MAKAM IBN ATAILLAH AS-SAKANDARI

   Khalifah Tarikat Syazaliyyah yang ke-3
 Nama penuhnya ialah Ahmad bin Muhammad bin Ataillah Tajuddin As-Sakandari Al-Maliki.
    Anak murid Abu Abbas Al-Mursi.
Menghasilkan karya yang banyak antaranya yang berharga yang telah beliau tinggalkan ialah: Al-Hikam,Tajul Arus, Allah Al-Qasdul Mujarrab, Laitul Manan.
Kitab beliau Al-Hikam adalah kitab yang paling banyak disyarahkan oleh alim ulamak Islam. Merupakan juga kitab tasauf yang paling banyak disyarahkan sehingga sebahagian ulamak mengira bahawa Syarah Kitab Al-Hikam mencapai angka 30 buah kitab.
Merupakan guru kepada Syeikh Taqiyuddin As-Subki.

(4)  KAMALUDDIN MUHAMMAD BIN AL-HUMAN

-     Merupakan ahli Fuqahak Mesir dari mazhab Imam Husaini.
-     Menghasilkan banyak karya antaranya At-Tahrir ( mengenai Usul Fiqh), Fathul Qadir(mengenai Fiqh).
-     Wafat pada tahun 681 H/ 1458 M.
-     Nesannta sentiasa berbau wangi asli

(5)  WALI KECIL

-     Nama beliau ialah Ashraf Rifai Al-Husaini.
-     Ketika berumur 3 tahun telah menghafal Al-Quran dan telah di   dengar (tasmie') oleh sheikh-sheikh Al-Azhar dan mendapati bahawa bacaan beliau tiada salah.
-     Wafat ketika berumur 4 tahun.

(6) MAKAM ABDULLAH ABI JAMRAH AL-ANDALUSI AL-MURSI

-     Merupakan Imam Al-Qudwah Ar-Rabbani.
-     Kuat berpegang dengan Sunnah Rasulullah S.A.W..
-     Seorang yang terkenal dengan sifat ikhlas, sentiasa membuat persediaan untuk menghadap maut dan menjauhkan diri dari manusia.
Menurut satu cerita, orang yang mengingkari akan pengakuannya   bahawa beliau pernah berjumpa dan bercakap-cakap dengan Rasulullah dalam keadaan jaga akan ditimpa malapetaka.
-     Diceritakan  Dari Sheikh Tajuddin Ibnu Ataillah As-Sakandari bahawa beliau pernah bermimpi berjumpa Rasulullah  S.A.W. .Rasulullah telah berkata  kepadanya: " Aku telah menziarahi  sultan yang menguasi timur dan barat ". Lalu beliau bertanya: " Wahai Rasulallah , siapakah yang menguasai timur dan barat itu ?".Lalu Rasulallah S.A.W.  menjawab:"Dia ialah Abdullah bin Abi jamrah".
-     Wafat pada tahun 675 H.

(7) MAQAM AS-SYAHID HASSAN AL-BANNA

-     Nama penuhnya ialah Hassan bin Ahmad bin Abd Rahman Al-Banna.
-     Dilahirkan pada tahun 1906 M, di Bandar Mahmudiah.
-     Salah seorang pencetus dan pejuang Islam di abad ini.
-     Kemudian berhijrah ke Bandar Ismailliyah dan mendirikan markaz Ikhwan Al-Muslimun yang pertama.
-     Dengan perkembangan yang berlaku, pihak pemenrintah khuatir akan lebih ramai lagi yang terpengaruh dengan gerakan beliau. Lalu mereka telah mencuba sedaya upaya untuk mengagalkan kerja-kerja beliau ini.
-     As-Syahid sedikit pun tidak merasa gentar akan ugutan demi ugutan dari pihak pemerintah. Malah semakin lantang menyuarakan bahawa Islam itu adalah aqidah, ibadah, negara, bangsa, kekuatan, akhlak, politik, undang-undang dan sebagainya.
-     Beliau telah menerbitkan akhbar harian Ihkwan Muslimun yang menjadi lidah rasmi Ihkwan dalam perjuangannya.
-     Ketika krisis Mesir-Israel, tentera-tentera Ikhwan Muslimun adalah yang paling berani dan gagah. Dan jika tidak kerana pngkianatan yang dilakukan oleh pemerintah Mesir ketika itu, sudah tentu mereka telah berjaya memasuki Tel Aviv(ibu negara Israel sekarang). Selepas Mesir berjaya menawan Semenanjung Sinai, tentera-tentera Ikhwan ramai yang telah dibunuh tanpa mengenal erti budi dan kihdmat bakti yang telah dicurahkan.
-     Pada tahun 1949 M, As-Syahid telah ditembak oleh orang upahan Raja Faraok dihadapan Persatuan Pemuda-Pemuda Islam. 2 jam kemudian, pergilah As-Syahid menemui tuhannya Rabul Izza.
-     Antara hasil karyanya yang terkenal ialah : Ad-Dakwah wa Daiyah, Majmuk Rasail, Allah Fi Aqidah Islamiah dan banyak lagi.

(8)  MAQAM SYUHADA PAKISTAN

-     seramai 15 orang yang telah gugur syahid ketika membantu Mesir mendapatkan Semenanjung Sinai.
-     Sebagai mengenang jasa mereka, maka pihak kerajaan Mesir telah mengurniakan saru kawasan tanah perkuburan khas untuk mereka yang syahid.

(9) MAQAM AD-DANRAWI ABU ABBAS

-     Seorang ahli tasauf yang terkenal di Mekah pada awal abad ke-20.
-     Memimpin Tarekat Ahmadiah Ad-Dandarawi setelah kewafatan bapanya iaitu Sidi Muhammad bin Ahmad Ad-Dandarawi pada tahun 1327 H/1909 M.
-     Di  Mekah, beliau telah mengajar dan melatih murid-muridnya sehinggalah pada suatu masa yang memaksanya untuk keluar dari bumi Mekah. Perkara ini adalah disebabkan oleh sikap kaum Wahabi yang kurang senang melihat kegiatan beliau. Akhirnya beliau memilih Mesir sebagai tempat tinggal dam markaz gerakan untuk mengembangkan tarekatnya.
-     Beliau telah meninggal dunia pada tahun 1953 M.

(10)  MAKAM IMAM WAQIE'

-     Nama penuhnya ialah Waqie' bin Jarrah bin Malik bin Adi Al-Kufi.
-     Gelarannya ialah Abu Sufiyan.
-     Guru kepada As-Syafie.
-     Wafat pada tahun 196 H ketika pulang dari menunaikan haji di Mekah.

(11) MAKAM IMAM AS-SYAFIE

-     Nama penuh beliau ialah Abu Abdullah Muhammad bin Idris bin Al- Abbas bin Usman bin Syafei bin As-Sa'id bin Abid bin Abd. Yazid bin Hasyim bin Abd. Mutalib bin Abd. Manaf bin Qusai.
-     Nasab beliau bertemu dengan Rasulullah S.A.W. pada Abd. Manaf .
-     Dilahirkan di Ghazza pada tahun 150 H. Iaitu tahun di mana Imam Abu Hanifah meninggal dunia.
-     Ketika berusia 2 tahun, ibunya membawa beliau ke Mekah.
-     Merupakan seorang ahli Fiqh, Hadis, Lughah, Penyair, Sasterawan dan pengasas ilmu Usul Fiqh.
-     Wafat pada malam Jumaat bulan Rejab tahun 204 H.
-     Di dalam masjid Imam Syafie juga kelihatan 2 buah maqam yang muktabar iaitu makam Syeikh Zakaria Al-Ansari dan Muhammad bin Abdullah Al-Hakam.

(12)  MAKAM ZAKARIA AL-ANSARI.

-     Beliau ialah Sheikhul Islam Abu Yahya Zakaria Al-Ansari.
-     Dilahirkan di Sunaikah pada tahun 826 H.
-     Pada tahun 841 H beliau telah berpindah ke kaherah dan seterusnya menetap di Azhar As-Syarif.
-     Beliau pernah berguru dengan beberapa ulamak mesir antaranya Al-Hafiz Ibn. Al-Asqalani.
-     Banyak keramat yang telah Allah Taal anugerahkan kepada beliau antaranya:
Imam As-Sya'rani menceritakan : Pada suatu hari aku sedang  membaca kitab Syarah Sahih Al-Bukhari, beliau berkata kepadaku: "Berhenti dan ingatkan mimpimu malam tadi ". Memang benar malam tadi aku bermimpi bersamanya di dalam sebuah kapal layar dan talinya diperbuat dari sutera. Permaidaninya pula dari sutera hijau. Kerusi panjang dan penyandarnya juga dari sutera. Kelihatan Imam Syafie duduk di situ. Di kirinya pula ialah Syeikh Zakaria Al-Ansari. Lalu aku mengucup tangan Imam Syafie. Kapal terus membawa kami belayar di tengah-tengah perut kaut. Buah-buahannya kelihatan berjuntaian hingga ke laut. Kebunya pila dari Zaa'faran. Setelah mendengar cerita mimpiku, beliau pun berkata : ' Jika benar akan mimpimu itu, aku akan kebumikan berhampiran dengan maqam Imam Syafie".. Apabila beliau meninggal dunia, nereka telah menyediakan untuknya sebuah kubur di Bab Nasr( sebuah tempat yang jauh dari maqam Imam Syafie). Sheikh Jamaluddin dan Sheikh Abu Bakar Az-Zahiri dating Al-Amir Khairi Bey, Pemangku raja Mesir seraya berkata :" Raja dalam keadaan lemah dan tidak berdaya untuk dating ke sini untuk disembahyangkan, baginda memerintahkan supaya jenazah Sheikh di bawa ke sana untuk di sembahyangkan". Setelah di sembahyangkan, tiba-tiba saru perintah supaya jenazah dikebumikan di tempat berhampiran dengan maqam Imam As-Syafie. Beliau wafat pada tahun 925 H ketika berusia 100 tahun.
-     Banyak menghasilakan karya-karya yang menjadi rujukan para pencari ilmu hari.

13)      MAQAM MUHAMMAD BIN ABDULLAH AL-HAKAM

-     Dilahirkan pada tahun 183 H.
-     Ibn Huzaimah pernah berkata :"Aku tidak pernah melihat Fuqahak Islam yang lebih menegtahui perkataan-perkataan sahabat dan dan tabi'en selain dari Muhammad bin Abdullah Al-Hakam dan beliaulah orang yang paling alim dalam mazhab Maliki yang pernah aku lihat"
-     Selepas kewafatan Imam Syafie beliau telah kembali ke Mazhab lamanya iaitu mazhab Maliki. Walaupun beliau telah kembali ke mazhab lamanya tetspi sejarah hidupnya telah disebut di dalam kitab-kitab sejarah tokoh-tokoh ulamak Syafie. Antaranya ialah Imam Ar-Rafie pernah meriwayatkan satu masa dari beliau mengenai orang yang berpuasa wajib membayar kifarah apabila berisimtak secara mubasyarah selain dari faraj dan kemudian keluar mani.
-     Beliau wafat pada bulan Zulkaedah tahun 268 H. Disemadikan bersebelahan dengan maqam Imam As-Syafie.

14)      MAQAM IMAM AL-LAITH

-     Nama penuh beliau ialah Al-Laith bin Saad bin Abd. Rahman Al-Fahmi Abu Harith Al-Masri.
-     Dilahirkan di Qalqasyandah pada tahun94 H.
-     Beliau pernah meriwayatkan hadis dari Zuhri, Ataa', Nafie, dan Khalaq.
-     Antara orang pernah yang meriwayatkan hadis beliau Syuaib(puteranya) dan Ibn Mubarak.
-     Beliau seorang ulamak yang telah sampai ke darjat " Mujtahid Mutlak" sepertimana Imam Syafie, Imam Malik, Imam Hanafi, Imam Ahmad bin Hambal.
-     Beliau juga telah mengembangkan mazhabnya sendiri serta telah mempunyai pengikut dan pengaruh tersendiri. Akan tetapi, mazhabnya tidak dapat bertahan lama sebagaimana mazhab-mazhab yang lain.
-     Beliau pernah menulis sebuah risalah menolak pendapat Imam Malik yang berhujah dengan amalan ahli Medina. Didalam risalah tersebut jelas menunjukkan betapa kuat hujah, luas ilmu, sastera dan kelebihannya.
-     Beliau wafat pada hari Jumaat, 14 Syaaban 175 H.
15)      MAQAM RABIATUL ADAWIAH.

-     Seorang ahli sufi perempuan yang merupakan imam bagi selueuh kaum sufi yang dating kemudiannya.
-     Beliaulah yang bertangunggjawab menaikkan taraf kehidupan ZUHUD yang telah diajar oleh Hassan Al-Basri iaitu dari takut dan pengharapan kepada zuhud kerana cinta. Baginya, 'CINTA ' yang suci murni itu lebih tinggi kedudukannya dari takut dan pengharapan kerana cinta yang suci tidak mengharap sesuatu.
-     Imam Sya'rani pernah mengatakan bahawa sejadah tempat beliau sujud sentiasa dibasahi oleh air matanya.
-     Beliau hidup sezaman dengan Sufian At-Thauri ( Anak Murid Hassan Al-Basri) yang amat masyhur dan sering bertukar-tukar fikiran dengannya.
-     Antara keramatnya ialah : Suatu hari beliau pergi menemui Syaiban Ar-Ra'ei, beliau berkata kepadanya " Aku ingin menunaikan haji", lalu Syaiban Ar-Ra'ei mengeluarkan emas dari poketnya untuk perbelanjaan beliau ke Mekah. Kemudian Rabiah menadahkan pula tangannya ke langit, tiba-tiba dalam genggamamnya dipenuhi dengan emas. Dan beliau berkata," engkau mengambil dari poket akan tetapi aku mengambil nya dari ghaib."
-     Beliau tidak pernah berkahwin, seluruh kehidupannya dipergunakan untuk berzikir, bertilawah dan wirid.
-     Meninggal dunia tahun 185 H bersamaan 796 M.

16)      MAKAM ZIN AL MASRI

-     Beliau ialah Abul  Faidh Zin Al-Masri.
-     Berasal dari Naubah ( sebuah daerah yang terletak di antara Sudan dan Mesir ).
-     Beliau merupakan kemuncak kaum sufi di abad ke-3 H. Beliaulah yang banyak menambah jalan untuk menuju kepada Allah SWT.
-     Meninggal dunia pada tahun 245 H di Jizza.

(17)     MAKAM SIDI MUHAMMAD BIN AL-HANAFIAH
   
-     Beliau ialah anak kepada Imam Ali r.a dan isterinya yang bernama                        
Khaulah binti Jaafar bin Qais dari keturunan Bani Hanafiah .
-     Beliau telah didakwa oleh segolongan dari puak-puak Syiah sebagai
imam yang maksum.

(18)    MAKAM SAYYIDAH FATIMAH AL-AINA

-     Merupakan Ahli Bait Rasulullah S.A.W..
-     Nama penuhnya ialah Fatimah Al-Aina' binti Kasin Attayyib bin Muhammad Al-Makmun bin Jaafar As-Sadiq.
-     Antara keramatnya : Dapat membetulkan bacaan Al-Quran dari dalam kuburnya ketika terdapat seorang pemuda yang tersilap bacaan semasa membaca surah Al-Kahfi.
-     Wafat pada tahun 240 H.
(19)  MAKAM SIDI UQBAH BIN AMIR AL-JUHNI
  
-     Salah seorang dari kibar sahabat Nabi S.A.W..
-     Pernah menjadi Amir Muawiyah di Mesir.
-     Wafat pada tahun 58 H.
-     Di dalam masjidnya ada serpihan batu ka'bah yang dibawanya semasa beliau datang ke Mesir.

  (20)      MAKAM ABDULLAH BIN AMRU AL-ASS.

-     Beliau ialah Abu Muhammad Abdullah bin Amru Al-Ass Al-Quraisyi
Al-Sahmi. Nasabnya bertemu Rasulullah S.A.W. pada Kaab bin Lu'ai.
-     Memeluk Islam sebelum bapanya sendiri (Amru Ibn Al-Ass).Bapanya
lebih tua darinya 13 tahun.
-     Menjadi penulis hadis Rasulullah S.A.W. dan beliau menamakan
himpunan hadisnya dengan As-sadiqah.
-     Diriwayatkan dari Imam Bukhari, Abu Hurairah pernah berkata:
" Tiada seorang pun yang lebih banyak meriwayatkan hadis dariku
kecuali Abdullah bin Amru.Maka sesungguhnya dia seorang yang pandai menulis sedangkan aku sebaliknya.
-     Hadis yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Amru adalah lebih kuat
kedudukannya jika dibandingkan dengan hadis-hadis Abu Hurairah,akan tetapi kebanyakannya tidak sampai kepada perawi-perawi hadis .
-     Di kalangan para sahabat yang berada di Mesir,maka beliaulah yang
paling banyak sekali meriwayatkan hadis-hadis Nabi S.A.W..