Tuesday 8 October 2013

HERBA ALAMIAH- POKOK TULASI/POKOK RUKU-RUKU

HERBA ALAMIAH (Khasiat Pokok Tulasi) :

Pokok tulasi atau di negara kita lebih dikenali sebagai pokok ruku-ruku, tersangat popular di kalangan masyarakat India, khususnya masyarakat luar bandar.Pokoknya tidak terlalu tinggi. Jenis pokok renek. Banyak tumbuh di tepi-tepi jalan dan juga di tempat terbuka yang terdedah kepada cahaya matahari.
Daun pokok ni sering digunakan sebagai ubat melega batuk di kalangan kanak-kanak.

Antara khasiat kegunaan:

1.Daunnya dipercayai mempunyai khssiat sebagai tonik saraf, dan membantu menguatkan memori.
2. Membantu mengeluarkan lendir-lendir atau hingus atau gelema dari bahagian salur pernafasan
3.Daunnya membantu menguatkan dinding perut dan membantu mencetuskan peluh.
4.Pucuk ruku-ruku yang muda boleh di rebus bersama daun teh ,diminum air , boleh bertindak mengawal demam.
5. Jus daun ruku--ruku juga boleh membantu suhu badan kanak-kanak yang demam
6. Mengawal batuk di kalangan kanak-kanak. Daunnya, jika dikunyah boleh melegakan selsema
7. Jika sakit kerongkong, minum air rebusan daun ruku-ruku. Air ni juga boleh digunakan untuk kumur.
8. Rebus daun ruku-ruku bersama bunga cengkeh, garam dalam setengah liter air. Biarkan sehingga tinggal separuh. Meminum air rebusan ini boleh melegakan selsema
9. Melegakan batu karang! Sekiranya kita mengamalkan meminum jus atau perahan daun ruku-ruku dengan madu lebah secara berterusan selama 6 bulan, ia boleh membantu mengeluarkan batu karang melalui saluran kencing.
10. Mengambil daun ruku-ruku secara berkala dapat membantu menurunkan kadar kolesterol dalam darah.
11. Mengunyah sehingga 12 helai daun ruku-ruku sehari dapat mengurangkan stres. Ia membantu mencuci darah
12. Ulser atau radang dalam mulut dapat di kurangkan dengan mengunyah beberapa helai daun ruku-ruku sehingga sembuh.
13. Daunnya boleh di pupuk untuk menghilangkan gatal sengatan serangga dan juga pacat
14. Ia juga dapat melegakan kurap serta panau

7 comments: