Thursday 22 August 2013

KENALI ULAMAK: Syeikh Abu Al-Faydh Muhammad Yasin bin Muhammad Isa Al-Fadani Al-Makki Musnid Ad-Dunya

Syeikh Abu Al-Faydh Muhammad Yasin bin Muhammad Isa Al-Fadani Al-Makki Musnid Ad-Dunya.




SANAD IJAZAH Syeikh Muhammad Yasin bin Muhammad Isa Al-Fadani Al-Makki Musnid Ad-Dunya
SYEIKHUNA MUHAMMAD NURUDDIN MARBU ABDULLAH AL-BANJARI AL-MAKKI

ZIARAH MAKAM ULAMAK KELANTAN- TOK BACHOK

                                      Kubur Tok Bachok, di Berhadapan Pantai Irama Bachok


                                                  Kubur Tok Ayah Zain di Badak,Bachok


SEJARAH TOK BACHOK:

Uthman bin Haji Muhammad (1868 – 1953) atau lebih dikenali sebagai Tok Bachok merupakan salah seorang tokoh ulamak di nusantara yang terkemuka. Uthman bin Haji Muhammad atau nama penuhnya Haji Uthman bin Haji Muhammad merupakan salah seorang daripada ulamak Melayu yang bertanggung jawab mengembangkan syiar Islam di nusantara.

Ulama tersebut yang diberi nama julukan Tok Bachok dan tinggal di Bachok, Kelantan Darul Naim. Nama sebenarnya adalah Uthman bin Hj Muhammad.Tok Bachok adalah seorang guru agama yang seangkatan dengan Tok Kenali, Tok Selehor dan beberapa orang lagi yang bergiat aktif di Kelantan dalam keagamaan. Beliau pernah menubuhkan sekolah pondok untuk mengajar agama. Sehingga sekarang tapak tinggalan pondok tersebut masih boleh dilihat di sekitar tapak perkuburan besar Bandar Bachok

Keluarga Tok Bachok
Pada hayatnya, Tok Bachok telah berkahwin dengan beberapa orang, antaranya ialah Che Membunga (TOK JI), Hjh Zabidah dan Che Embun

Anak beliau adalah seperti berikut :
Yasin (Ustaz Yasin), Che Mariam, Hj Mohd Amin (BABA), Hj Mustaffa, Hj Mohd Zain (Allahyarham Tok Ayah Zain), Hj Mohd Nor, Abd Aziz (Pak Jid), Hj Hassan, Hj Hussin, Hj Abd Khir, dan Hj Mohd Rashidy.

Mereka yang bertaraf ulamak biasanya pernah melanjutkan penggajian ke Semenanjung Arab seperti di Mekah, atau Universiti Al-Azhar. Di sana mereka juga terdedah kepada kebudayaan Parsi, Rom dan Turki sebagaimana yang dapat dikesan dalam sastera golongan istana seperti Hikayat Amir Hamzah, dan juga oleh kebudayaan China seperti mana yang terdapat dalam Hikayat Hang Tuah, dan Syair Siti Zubaidah.

SEKOLAH PONDOK
Pendidikan Islam Peringkat Awal 

Pendidikan atau Pengajian Islam di Kelantan dipercayai bermula seawal-awal abad ke 16 Masihi untuk anak-anak keluarga Diraja, anak-anak pembesar dan orang ramai dengan menggunakan kitab-kitab dari Mekah.  Pendidikan Islam pada peringkat awal adalah dititikberatkan kepada soal Fardu Ain, Rukun Iman, Rukun Islam dan lain-lain bersabit dengan ibadah seharian.
Pendidikan Islam di Kelantan bermula di Istana kemudian di surau-surau, madrasah dan  masjid-masjid.  Masjid-masjid yang terawal yang dibina di Kelantan adalah Masjid Kg. Laut, Masjid Muhammadi dan juga Masjid Langgar.  Memandangkan Masjid Kg. Laut berusia lebih 300 tahun, adalah dipercayai pendidikan Islam di Kelantan bermula sejak 300-400 tahun yang lalu.
Adalah dipercayai Syeikh Haji Abdul Halim adalah orang yang paling awal menyampaikan pendidikan Islam di Kelantan, setelah menamatkan pelajaran di Mekah. 

Perkembangan Pendidikan Pondok Sebelum 1910
Sistem Pendidikan Pondok telah bermula pada awal abad ke 19 Masihi.  'Pondok' dalam konteks pendidikan bererti satu institusi pendidikan Agama Islam yang bersedirian dan berasrama. Dipercayai pondok pertama di Kelantan wujud sekitar tahun 1820 Masihi oleh Hj. Abdul Samad bin Abdullah di Pulau Chondong.  Beliau dikenali sebagai Tok Pulai Chondong.  Pendidikan Pondok dipercayai berasal dari Pattani (Selatan Thai).  Kebanyakan guru-guru dan alim ulama di Kelantan pada abad ke 19 adalah lepasan daripada pondok-pondok di Pattani, contohnya:-
            i)      Haji Abdullah Kasim (Dikenali Syeikh Abdullah Kasim   Senggora Al-Fatani)
           ii)     Haji Daud bin Abdullah (Dikenali Syeikh Daud Abdullah Al-Fatani)
           iii)    Haji Muhamad bin Ismail Daud (Dikenali Syeikh Muhamad 
                   Al-Fatani) dan lain-lain lagi.


Di antara pondok-pondok yang didirikan di Kelantan sebelum tahun 1910 di antaranya: Pondok Tok Pulai Chondong didirikan oleh Hj. Abdul Samad bin Abdullah (1820), Pondok Tok Bachok didirikan oleh Hj. Othman bin Hj. Muhamad sekitar 1900, Pondok Hj. Ab Malek, Kg. Sungai Pinang, Tumpat didirikan oleh Hj. Ab. Malik bin Hassan (1907), Pondok Hj. Yusof, Pulau Ubi, Tumpat (1908), Pondok Kubang Pasu, Kota Bharu, Pondok Sungai Budur, Pondok Kg. Banggol, Pondok Tuan Padang dan Pondok Tok Semaian.

SUMBER RUJUKAN:
http://tokbachok.blogdrive.com/

Hizib An-Nashr: Al-Imam Abdullah bin Alwi Al-Haddad



بِسْمِ اللهِ الرَّ حْمَنِ الرَّ حِيمِ

( إِنَّا  فَتَحْنَا  لَكَ  فَتْحًا  مُبِينَا   .
Sungguh kami bukakan kemenangan bagimu dengan kemenangan yang seluas - luasnya,

  لِيَغْفِرَ  لَكَ  اللهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ  ذَنْبِكَ  وَمَا  تَأَخَّرَ .
Agar Allah memberikan limpahan pengampunan untukmu dari dosa - dosamu yang terdahulu dan yang akan datang,

 وَ يُتِمَّ   نِعْمَتَهُ  عَلَيْكَ وَ يَهْدِ يَكَ  صِرَ اطًا  مُسْتَقِيمًا  .
Dan menyempurnakan kenikmatan Allah SWT, untukmu wahai Muhammad dan memberimu jalan yang sebenar – benarnya,

  وَ يَنْصُرَ كَ  اللهُ نَصْرً ا عَزِيزً ا  )
Dan Dia Allah akan memberikan pertolongan kepadamu dengan pertolongan yang dasyat.

 ( وَكَانَ عِنْدَ اللهِ وَجِيْهًا )
Dan sungguh engkau itu disisi Allah, dan milik Allah -lah segala kewibawaan.

 ( وَجِيْهًا فىِ الدُّ نْيَا وَاْلأَ خِرَةِ وَمِنَ الْمُقَرَّ بِيْنَ )
Kewibawaan di dunia dan di akhirat dan kewibawaan yang ada pada hamba - hamba yang dekat kepada Allah.

( َوجَّهْتُ وَجْهِىَ لِلَّذِى فَطَرَ السَّمَوَتِ وَاْلأَرْضَ )
kuhadapkan jiwa hatiku kepada yang menciptakan langit dan bumi.

 بِسْمِ اللهِ الرَّ حْمَنِ الرَّ حِيمِ 
Dengan Nama Allah yang maha melimpahkan kasih sayang kepada seluruh makhluknya, dan kasih sayang kepada hambanya yang beriman.

 ( نَصْرٌ مِّنَ اللهِ وَفَتْحٌ قَرِيْبٌ وَبَشِّرِ الْمُؤْ مِنِيْنَ .
Pertolongan dari Allah segera datang dan kemenangan sudah dekat waktunya,
Dan beri kabar kepada orang - orang yang beriman,

 يَأَ يُّهَا الَّذِ يْنَ ءَامَنُوْا كُوْنُوا أَنْصَارَ اللهِ
Wahai orang-orang yang beriman, jadilah kalian orang - orang yang menolong agama Allah,

كَمَا قَالَ عِيسَى ابْنُ مَرْيَمَ لِلْحَوَارِيِّنَ مَنْ أَنْصَارِى إِلَى اللهِ
Sebagaimana berkata Isa bin Maryam (as) kepada kaumnya yaitu kaum Hawari, Siapa yang menolong aku kejalan Allah,

قَالَ الْحَوَارِيُّونَ نَحْنُ أَنصَار للهِ )
maka berkatalah kaum Hawari “kamilah yang akan menolong agama Allah”.

( الله لآ اِلَهَ اِلاَّهُوَ الْحَيُّ الْقَيُّوْمُ
Allah, tiada Tuhan selain Dia, Maha Hidup dan Maha berdiri sendiri dan Maha menegakkan

لاَ تَاْخُذُهُ سِنَةٌ وَلاَ نَوْمٌ
Tiadalah Allah SWT itu lupa dan tiadalah Allah SWT itu tidur

 لَهُ مَا فِى السَّمَوَاتِ وَمَافِى اْلاَرْضِ
Miliknyalah apa - apa yang ada dilangit dan apa-apa yang ada di bumi

 مَنْ ذَالَّذِيْ يَشْفَعُ عِنْدَهُ اِلاَّ بِإِذْنِهِ
Siapa yang memiliki kekuatan memberi pertolongan di sisi Allah kecuali dengan izin –Nya

 يَعْلَمُ مَا بَيْنَ اَيْدِ يْهِمْ وَمَا خَلْفَهُمْ
Dialah Allah yang Maha tau apa - apa yang ada didepan mereka dan apa - apa yang dibelakang mereka (yang akan datang dan yang telah lalu)

 وَلاَ يُحِيْطُوْنَ بِشَيْءٍ مِنْ عِلْمِهِ اِلاَّ بِمَا شَاءَ
Tiadalah seseorang itu bisa merangkul dan memahami segala sesuatu dari ilmu - ilmu Allah terkecuali dengan kehendak Allah

 وَسِعَ كُرْسِيُّهُ السَّمَوَ اتِ وَاْلاَ رْضَ
Seluas kursinya Allah itu seluas langit dan bumi

 وَلاَ يَؤُدُهُ حِفْظُهُمَا وَهُوَ اْلعَلِيُّ اْلعَلِيُّ اْلعَظِيْمُ )
Dan Allah tidak merasa berat memelihara keduanya, dan Allah Maha Tinggi lagi Maha Besar.

بِسْمِ اللهِ الرَّ حْمَنِ الرَّ حِيمِ
Dengan Nama Allah yang maha melimpahkan kasih sayang kepada seluruh makhluknya dan kasih sayang kepada hambanya yang beriman

 ( لَوْاَنْزَلْنَا هَذَا الْقُرْآنَ عَلَى جَبَلٍ لَرَاَيْتَهُ
Kalau sekiranya kami menurunkan Al Qur’an ini kepada sebuah gunung

خَاشِعًا مُتَصَدِّعًا مِنْ خَشْيَةِ اللهِ
pasti kamu akan melihatnya tunduk terpecah belah disebabkan takut kepada Allah

وِتِلْكَ اْلاَمْثَالُ نَضْرِبُهَا لِلنَاسِ لَعَلَّهُمْ يَتَفَكَّرُوْنَ.
Dan perumpamaan-perumpamaan itu kami buat untuk manusia supaya mereka berfikir.

 هُوَاللهُ الَّذِيْ لاَاِلَهَ اِلاَّ هُوَعَالِمُ اْلغَيْبِ وَالشَّهَادَةِ
Dialah Allah Yang Tiada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia, yang mengetahui yang ghaib dan yang nyata

هُوَ الرَّحْمَنُ الرَّحِيْمُ
Dialah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

هُوَاللهُ الَّذِيْ لآ اِلَهَ اِلاَّ هُوَاْلمَلِكُ اْلقُدُّوْسُ السَّلاَمُ اْلمُؤْمِنُ اْلمُهَيْمِنُ اْلعَزِيْزُ اْلجَبَارُ اْلمُتَكَبِّرُ سُبْحَانَ اللهِ عَمَّا يُشْرِ كُوْنَ
Dialah Allah yang tiada Tuhan (yang berhak disembah) selain Dia, Raja, Yang Maha Suci, Yang Maha Sejahtera, Yang Mengaruniakan Keamanan, Yang Maha Memelihara, Yang Maha Perkasa, Yang Maha Kuasa, Yang Memiliki Segala Keagungan, Maha Suci Allah dari apa yang mereka persekutukan.

هُوَ اللهُ اْلخَالِقُ اْلبَارِئُ اْلمُصَوِّرُلَهُ اْلاَسْمَاءُ اْلحُسْنَى يُسَبِّحُ لَهُ مَا فِى السَّمَوَاتِ وِاْلاَرْضِ وَهُوَ الْعَزِيْزُ اْلحَكِيْمِ )
Dialah Allah Yang Maha Menciptakan, Yang Mengadakan, Yang Membentuk rupa, Yang mempunyai Nama – Nama yang paling baik, Bertasbih kepadaNya apa yang ada di langit dan di bumi, Dan Dia-lah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. 

اُعِيْذُ نَفْسِيْ بِاللهِ تَعَا لَى مِنْ كُلِّ مَايَسْمَعُ بِاُذُنَيْنِ
Aku memperlindungkan diriku dengan Allah ta’ala, Dari semua yang mendengar dengan dua telinga (aitu manusia, jin dlL)

وَيُبْصِرُبِعَيْنَيْنِ وَيَمْشِيْ بِرِجْلَيْنِ وَيَبْطِشُ بِيَدَيْنِ وَيَتَكَّمُ بِشَفَتَيْنِ,
Dan melihat dengan kedua mata, dan berjalan dengan dua kaki dan yang membela diri dan menyerang dengan kedua tangan, dan berbicara dengan dua bibirnya

 حَصَّنْتُ نَفْسِيْ بِاللهِ الْخَالِقِ اْلاَ كْبَرِ
Aku memperlindungkan diriku dengan Allah Yang Maha pencipta, Yang  Maha agung

مِنْ شَرِّ مَا اَخَافُ وَاَحْذَرُ . مِنَ الجِنِّ وَاْلاِنْسِ . وَاَنْ يَحْضُرُوْنِ .
Dari semua keburukan - keburukan yang aku risaukan dan aku takutkan, Dari kaum jin dan kaum manusia, Dan dari kedatangan jin dan manusia musuh - musuh kami.

عَزَّجَارُهُ وَجَلَّ ثَنَاؤُهُ
Dialah Allah selalu membela hamba - hambanya yang dekat kepadaNya,
Dan Allah itu Maha memuliakan orang - orang yang memujiNya

 وَتَقَدَّ سَتْ اَسْمَاؤُ ه
Dan Maha Agung dan suci nama - nama Allah

ولاَ اِلَهَ غَيْرُهُ اَللَّهُمَّ اِنِّيْ اَجْعَلُكَ فِى نُحُوْرِ اَعْدَاِئِي
Tiada Tuhan SelainNya, Wahai Allah aku jadikan Kau mencengkram semua leher musuh - musuhku

 وَاَعُوْذُبِكَ مِنْ شُرُوْرِهِمْ  وَتَحَيُّلِهِمْ وَمَكْرِهِمْ وَمَكَا ئِدِهِمْ
Dan aku berlindung kepadamu dari segala kejahatan mereka,
Dan dari semua fitnah - fitnah mereka, dan dari tipu daya mereka,
Dan apa yang mereka rencanakan untuk mencelakakanku.

 اَطْفِئْ نَارَ مَنْ اَرَادَ.بِي عَدَاوَةً مِنَ الْجِنِّ وَاْلاِنْسِ
Padamkan api kemarahan mereka yang memusuhi aku dari kaum jin dan manusia

 يَا حَافِظُ يَا حَفِيْظُ
Wahai yang Maha Menjaga, wahai yang Maha menguasai segala penjagaan

 يَا كَافِى يَا مُحِيْطُ
Wahai yang Maha mencukupi, wahai yang maha melindungi

سُبْحَانَكَ يَا رَبِّ.
Maha Suci Engkau wahai Rabb, Yang Memiliki alam semesta

مَا اَعْظَمَ  شَاْنَكَ وَاَعَزَّ سُلْطَانَكَ.
Betapa Agung PenciptaanMu dan betapa Dasyatnya KerajaanMu

تَحَصَّنْتُ بِاللهِ وَبِأْسْمَاءِ اللهِ وَبِاَيَاتِ اللهِ وَمَلاَ ئِكَةِ اللهِ وَاَنْبِيَاءِ اللهِ وَرُسُلِ اللهِ وَالصَّالِحِيْنَ مِنْ عِبَادِ اللهِ
Aku menjadikan Allah sebagai bentengku, dengan nama - nama Allah sebagai bentengku, dengan ayat - ayat Allah sebagai bentengku dan malaikat - malaikat Allah sebagai bentengku, dan nabi - nabi Allah sebagai bentengku, dan Rasul - rasul Allah sebagai bentengku, dan sholihin sebagai bentengku

حَصَّنْتُ نَفْسِيْ بِ لاَاِلَهَ اِلاَّاللهُ مُحَمَّدٌ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَاَلِهِ وَسَلَّم )
Aku membentengi diriku dengan Laaillahaillahu muhammadarrasulullah saw,

اَللَّهُمَّ اُحْرُسْنِيْ بِعَيْنِكَ الَّتِىْ لاَتَنَامُ ,
Wahai Allah jagalah diriku dengan penglihatanMu yang tidak pernah tertidur

وَاكْنُفْنِيْ بِكَنَفِكَ الَّذِ يْ لاَيُرَامُ,
Dan lindungilah aku dengan perlindunganMu yang tiada pernah terfikirkan kehebatan dan kesempurnaannya

وَارْحَمْنِيْ بِقُدْرَتِكَ عَلَيَّ فَلاَ اَهْلِكُ وَاَنْتَ ثِقَتِيْ وَرَجَائِيْ
Dan sayangilah aku dengan ketentuan - ketentuanMu atasku hingga tiadalah aku celaka selama aku berharap kepadaMu dan berpegang teguh kepadaMu

يَاغِيَاثَ اْلمُسْتَغِيْثِيْنَ ( ثلاثا )
Wahai yang Maha mendengar semua yang memohon pertolongan 3x

يَادَرَكَ الْهَا لِكِيْنَ ( ثلاثا )
Wahai Yang Maha Menjawab semua orang - orang dalam kesulitan 3x

اِكْفِنِيْ شَرَّكُلِّ طَارِقٍ يَطْرُقُ بِلَيْلٍ اَوْنَهَارٍ,
cukupkanlah segala kejahatan semua orang - orang yang akan datang menuju kepadaku diwaktu siang ataupun malam

اِلاَّطَارِقًا يَطْرُقُ بِخَيْرٍ
Terkecuali mereka yang datang dengan kebaikan

اِنَّكَ عَلَي كُلِّ شَيْءٍ قَدِيْرٌ

Sungguh Engkau berkuasa atas segala sesuatu

بِسْمِ اللهِ اَرْ قِيْ نَفْسِيْ مِنْ كُلِّ مَا يُؤْذِيْ وَ مِنْ كُلِّ حَاسِدٍ ,
Dengan nama Allah aku menjadikannya sebagai pelindung diriku dari semua yang menggangguku dan dari semua yang hasad dan iri kepadaku

 اللهُ شِفَا ئِيْ ,
Allah yang menyembuhkan aku dari segala apa yang mereka perbuat

بِسْمِ اللهِ رُقِيْتُ
Dengan nama Allah, aku menjadikannya pelindung

اَللَّهُمَّ رَبَّ النَّاسِ . اَذْهِبِ الْبَأسَ اِشْفِ اَنْتَ الشَّافِى وَعَافِ اَنْتَ اْلمُعَافِيْ , لاَ شِفَاءَ اِلاَّ شِفَاؤُكَ , شِفَاءً لاَ يُغَادِرُ سَقَمًا وَلاَ اَلَمًا
Wahai Allah singkirkanlah segala musibah dan berilah kesembuhan dan engkaulah yang Maha memberi kesembuhan dan berilah afiah dan Engkaulah yang memiliki afiah  dan tiada kesembuhan kecuali kesembuhan yang datang dariMu, kesembuhan yang tidak membawa penyakit lagi sesudahnya dan tidak membawa kepedihan sesudahnya

 يَا كَافِي يَا وَافِي يَا حَمِيْدُ يَا مَجِيْدُ .
Wahai yang Maha mencukupi, Wahai yang Maha melimpahkan, Wahai yang Maha terpuji, wahai yang Maha mulia

 اِرْفَعْ عَنِّيْ كُلَّ تَعَبٍ شَدِ يْدٍ ,
Singkirkan dariku segala kelelahan yang dasyat

 وَاكْفِنِيْ مِنَ الْحَدِّ وَالْحَدِ يْدِ وَالْمَرَضِ الشَّدِيْدٍ , وَاْلجَيْشِ الْعَدِ يْدِ  
Jagalah aku dari pada serangan - serangan besi dan pedang dan penyakit yang dasyat, dan pasukan yang banyak

وَاجْعَلْ لِيْ نُوْرًامِنْ نُوْرِ كَ وَعِزًّامِنْ عِزِّكَ وَنَصْرًامِنْ نَصْرِكَ
Jadikan aku cahaya dari cahayaMu, dan pertolongan dari pertolonganMu , dan perlindungan dari perlindunganMu

وَبَهَاءً مِنْ بَهَاءِكَ
Dan keagungan kewibawaan dari kewibawaanMu

 وَعَطَاءً مِنْ عَطَاءِكَ وَحِرَاسَةً مِنْ حِرَاسَتِكَ
Dan pemberian dari pemberianMu, dan penjagaan dari penjagaanMu

 وَتَأْ يِيْدِا مِنْ تَأْ يِيْدِكَ . يَاذَا الْجَلاَلِ وَاْلاِكْرَامِ
Dan bimbingan dari bimbinganMu, Wahai Yang Maha agung keagunganNya dan Mulia ,

 وَالْمَوَا هِبِ الْعِظَامِ .
Yang Maha memiliki limpahan - limpahan anugrah yang besar

 اَسْاَ لُكَ اَنْ تَكْفِيَنِي مِنْ شَرِّ كُلِّ ذِيْ شَرٍّ ,
Agar Kau jauhkan aku dari segala yang jahat

اِنَّكَ اَنْتَ اللهُ الْخَا لِقُ اْلاَكْبَرُ .
Sungguh Engkaulah yang Maha menciptakan dan Maha besar

 وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِدِنَا مُحَمَّدٍ وَاَلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ تَسْلِيْمًا كَثِيْرًا طَيِّبًا مُبَارَكًا فِيْهِ
Salam dan Selawat tercurahkan pada Sayyidina Muhammad saw, dan keluarganya, sahabatnya salam dengan sebaik - baiknya salam, Selawat dan salam yang membawa keberkatan, kemuliaan dan membawa keluhuran

وَالْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ اْلعَا لَمِيْنَ ظَاهِرًا وَبَا طِنًا وَعَلَى كُلِّ حَالٍ .
Segala puji bagi Allah Rabbul’alamin, zahir dan batin atas segala kejadian.