Wednesday 11 July 2012

Syeikhuna Ustaz Haji Sa'ari B. Hussein Wakil Khalifah Ahmadiah Idrissiah Kelantan

Syeikhuna Ustaz Haji Sa'ari B. Hussein Wakil Khalifah Ahmadiah Idrissiah Kelantan

Tarekat Ahmadiah Idrisiah Di Kelantan buat masa sekarang ini diterajui oleh Al-Fadhil Ustaz Haji Sa'ari B. Hussein. Beliau adalah seorang guru yang sudah lama mendalami Tarekat ini sejak tahun 1978 lagi. Beliau pernah berbaiah dengan Rabiatul Adawiah (anak kepada Said Linggi) dan juga dengan Sidi Hamid Mambau.
Pada awal 90-an beliau bersama isterinya (Wan Zainun Bt. Wan Jaafar) telah dijemput ke Dandara, Mesir untuk berjumpa dengan Amir Fadh (Amir Usrah Dandarawiah di Mesir) untuk diberi beberapa jalan penyelesaian bagi menyelesaikan masalah yang menimpa Ikhwan Tarekah Ahmadiah di Negeri Kelantan amnya. Amir Fadh telah menyampaikan 2 wasiqoh kepada Ustaz Hj Sa'ari iaitu Wasiqatul-Amal dan Wasiqatul Baidho'.
Anak kedua Ustaz Hj Sa'ari iaitu Assoc. Prof Dr. Che Zarrina Saari, yang sekarang ini memegang jawatan Ketua Jabatan Akidah dan Pemikiran Islam, U. Malaya banyak menghasilkan buku dan jurnal mengenai Tarekah Ahmadiah Idrisiah di Rantau Malaysia ini. Zikir Tarekat Ahmadiah masih lagi dilaksanakan di Surau Haji Awang Alim, Kota Bharu pada Hari Khamis, malam Jumaat yang diketuai oleh Haji Sa'ari sendiri. Sambutannya amat menggalakkan. 




No comments:

Post a Comment