“ Dan Kami turunkan daripada Al-Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman dan Al-Quran itu tidaklah menambah kepada orang-orang yang zalim selain kerugian ” Surah Al-Israk: Ayat 82
Wednesday, 11 July 2012
Doa Penghulu Istighfar
Perjalanan Hidup Ulamak Kelantan - Mufti Haji Nor al-Kelantani
Dato' Hj Mohd Noor bin Ibrahim adalah seorang ulama’ Kelantan yang
terkemuka dan dianggap tokoh paling masyhur selepas Tok Kenali. Dilahirkan pada
20hb. Ogos 1905 di Kota Bharu, beliau adalah anak kepada Haji Ibrahim Yusuff,
Mufti Kerajaan Kelantan antara 1928-1941. Setelah menamatkan persekolahan
awalnya di Madrasah Muhammadiah, Majlis Agama Islam Kelantan, beliau
melanjutkan pelajaran ugamanya di Mekah pada tahun 1923. Bidang ilmu yang
beliau pelajari meliputi bukan sahaja ilmu-ilmu agama tradisional seperti
usuluddin, fiqh, hadith dan tafsir, tetapi juga ilmu-ilmu falak dan qiraat.
Guru-guru beliau di Mekah antara lain ialah Syaikh Hasan al-Masyath, Tok
Senggora, Syeikh Nuh Jamaludin Kelantan, Syeikh Mohd. Nor Patani, Tengku Mahmud
Zuhdi al-Fatani, Chek Pak Ya al-Ramani dan lain-lain. Jawatan beliau yang
pertama selepas pulang ke Kelantan ialah menjadi Qadhi Besar Kelantan pada
tahun 1937.
Pernah memangku jawatan Mufti Khas antara 1hb. September 1941 hingga 28hb.
Oktober 1944, iaitu sehingga jawatan berkenaan dihapuskan. Antara 1949 hingga
pertengahan 1965, beliau menjadi guru di Jami’ Merbau al-Ismail (kemudiannya
Maahad Muhammadi) dan sekaligus mengajar di Masjid Muhammadi. Selang waktu
antara pertengahan 1965 hingga April 1968, beliau habiskan di Masjid Negara
Kuala Lumpur, berkhidmat di Kelas Tahfiz al-Qur’an yang baru ditubuhkan
sekarang (Dar-al-Qur’an) dan menyusun tafsir pimpinan ar-Rahman yang terkenal
itu.Dilantik menjadi Mufti pada 1hb. Mei 1968 berikutan kematian sahabatnya
Dato’ Haji Ahmad Maher. Jawatan ini beliau sandang sehingga ke akhir hayatnya
pada 13hb. Februari 1987. Lebih dari seorang ulama’, beliau adalah seorang
hafiz dan ahli falak yang terkenal, pun juga seorang penulis dan orang alim
yang menguasai bahasa Inggeris. Kemasyhuran beliau lebih banyak terserlah dalam
bidang-bidang qiraat, falak, tafsir dan usuluddin, ketimbang bidang fiqh
sebagaimana layaknya seorang Mufti.
Sumber: http://bahrusshofa.blogspot.com/2006_03_01_archive.html
Perjalanan Hidup Ulamak Kelantan - Datuk Nik Mahmud - Perdana Menteri Paduka Raja Kelantan
Datuk Nik Mahmud - Perdana Menteri Paduka Raja Kelantan
NAMA lengkapnya ialah
Nik Mahmud bin Haji Nik Ismail Qadhi bin Haji Mahmud bin Cik Seman. Beliau
meninggal dunia pada 1384 Hijrah/1964 Masihi. Ibunya bernama Wan Aisyah binti
Wan Utsman.
GURU-GURUNYA
Ayahnya, Haji Nik Wan
Ismail Qadhi bin Haji Nik Wan Mahmud adalah sahabat Syeikh Ahmad al-Fathani.
Kedua-duanya adalah ulama besar. Oleh itu Nik Mahmud mendapat pendidikan awal
daripada ayahnya sendiri di Kelantan.
Setelah ayahnya wafat
pada 1315 Hijrah/1898 Masihi, dalam tahun itu juga ibunya Wan Aisyah membawa
Nik Mahmud dan tiga orang anaknya yang lain ke Mekah. Nik Mahmud diserahkan
pengurusannya kepada Syeikh Ahmad al-Fathani.
Oleh sebab ilmu-ilmu
dalam bidang keislaman yang dipelajari oleh Nik Mahmud daripada ayahnya
dipandang sudah memadai, maka al-Fathani hanya mendidik Nik Mahmud dalam
bidang-bidang ilmu khusus, terutama ilmu pentadbiran dan siasah, serta
diperlengkapkan lagi dengan ilmu pertahanan diri.
Sepanjang pendidikan
pengkaderan putera-putera Melayu di Mekah yang dilakukan oleh al-Fathani, tidak
ramai yang berbakat dalam ilmu pentadbiran dan siasah. Tetapi yang pasti,
tercatat dua orang dari kerajaan Riau-Lingga, iaitu Raja Ali Kelana dan Raja
Khalid Haitami (cucu Raja Ali Haji). Mereka yang berasal dari Kelantan pula
ialah Nik Mahmud dan Haji Muhammad bin Muhammad Sa'id yang kemudian dikenali
memperoleh gelaran Datuk Laksamana.
Hubungan antara Nik
Mahmud dengan Muhammad bin Muhammad Sa'id selanjutnya adalah saudara ipar,
kerana Nik Mahmud berkahwin dengan Che Aisyah, adik kepada Haji Muhammad bin
Muhammad Sa'id.
Walaupun pendidikan di
Mekah yang diperoleh Nik Mahmud tidak begitu lama, namun semua guru kepada
ulama-ulama yang saya tulis dalam artikel terdahulu juga menjadi guru kepada
Nik Mahmud. Selanjut al-Fathani mengirim Nik Mahmud ke Mesir.
Pendidikan khusus untuk
Nik Mahmud diberikan oleh al-Fathani di Bukit Jabal Suaidan, Mekah. Pendidikan
siasah diberikan dengan menggunakan permainan catur. Sedangkan pendidikan
pertahanan diri diberikan di tanah lapang, di tempat yang sama dengan
menggunakan pedang, keris dan lainnya.
Untuk memahirkan ilmu
pertahanan diri, Nik Mahmud sentiasa membuat latihan di Bukit Jabal Suaidan
yang disaksikan sendiri oleh al-Fathani.
Sebelum menceritakan
pendidikan Nik Mahmud di Mesir, di sini saya petik satu peristiwa mengenai Nik
Mahmud, Tok Kenali dan lain-lainnya bersama guru mereka, al-Fathani dalam
perjalanan ke Beirut dan Mesir.
Sewaktu al-Fathani
mendapat mandat daripada ulama Mekah ke Beirut dan Mesir untuk menyelesaikan
peristiwa khilafiyah antara Sayid Yusuf bin Ismail an-Nabhani (Beirut) dengan
Syeikh Muhammad Abduh (Mesir), al-Fathani telah mengajak beberapa orang
muridnya menemui kedua-dua ulama tersebut.
Telah menjadi tradisi
al-Fathani dan ulama-ulama lainnya, jika akan menyelesaikan masalah-masalah
besar, mereka sentiasa bermunajat di tempat-tempat yang makbul. Oleh itu ketika
sampai di Tursina, beliau berdoa secara berjamaah. Untuk Nik Mahmud, al-Fathani
berdoa, ``minta supaya Allah memberinya kedudukan orang besar di kerajaan
Kelantan ... ``
Doa di Tursina ternyata
dikabulkan Allah, kerana setelah Nik Mahmud kembali ke Kelantan, akhirnya
beliau digelar sebagai Perdana Menteri Paduka Raja Kelantan.
Beberapa pucuk surat
al-Fathani di Mekah kepada Nik Mahmud ketika belajar di Mesir sebagai bukti
kesungguhan al-Fathani memberikan pendidikan untuk mengangkat martabat bangsa
Melayu, sebagaimana pesannya kepada Nik Mahmud, ``Dan mudah-mudahan anakanda
meninggikan hemah pada mendapatkan barang yang sayugia mendapatkan dia, bagi
seumpama diri anakanda di dalam ini masa, supaya terangkat dengan yang demikian
itu oleh nama jenis Melayu, berat dan terhebat dengan dia oleh kerajaannya pada
segala hati ajanib (orang asing, pen:). Dan tertamadun dengan dia oleh siasah mereka
itu sebagai tamadun yang muafakat dengan syara.'' (Surat bertarikh 19
Rabiulakhir 1324 Hijrah/11 Jun 1906 Masihi).
Surat yang sama
maksudnya dengan bahagian yang saya petik ini juga pernah dikirim kepada Sultan
Zainal Abidin III, Sultan Terengganu, dan sultan-sultan dalam negeri Melayu
lainnya.
Bukti kesungguhan dan
penuh rasa tanggungjawab al-Fathani terhadap Nik Mahmud dapat kita pelajari
daripada kalimat beliau, ``Dan tatkala sampai surat anakanda kepada bonda
anakanda, daripada kenyataan minta tambah lima junaih itu, maka ia beri kepada
Abang Awan Kenali dua junaih sahaja. Maka Abang Awan Kenali pun terima hendak
pergi kirim kepada anakanda atas tangan Syeikh Abdul Hamid Kudus. Maka sampai
khabar itu kepada ayahanda. Maka ayahanda hentikan dia dahulu. Dan ayahanda
suruh akan dia minta tambah biar cukup lima junaih. Kemudian datang bonda
anakanda ke rumah ayahanda bermusyawarat pada demikian itu, lalu ayahanda minta
daripadanya kirim cukup juga kerana takut kepayahan hendak mengirim ...''
(Surat bertarikh 19 Rabiulakhir 1324 Hijrah/11 Jun 1906 Masihi).
AKTIVITI DI KELANTAN
Nik Mahmud sewaktu
bergelar Dato' Bentara Setia, bersama-sama Tok Kenali dan Haji Muhammad bin
Haji Muhammad Sa'id, berhasil menubuhkan Majlis Ugama Islam dan Adat Istiadat
Melayu Kelantan. Perisytiharan oleh Sultan Muhammad IV di Istana Balai Besar
pada 24 Disember 1915.
Majlis Ugama Islam dan
Adat Istiadat Melayu Kelantan berhasil menerbitkan majalah Pengasuh, Tok Kenali
sebagai Ketua Pengarang yang pertama. Terbitan pertama 11 Julai 1918. Majalah
Pengasuh masih terbit sampai sekarang, bererti majalah inilah majalah Islam di
dunia Melayu yang paling lama dapat bertahan.
Nik Mahmud secara rasmi
sebagai pentadbir dan diplomat tertinggi Kelantan mulai 29 April 1921, dengan
gelar Dato' Perdana Menteri Paduka Raja. Beliau menggantikan Che Hassan bin
Mohd. Salleh yang memegang jawatan Dato' Menteri Kelantan yang meninggal dunia
pada 22 Januari 1921. Datuk Nik Mahmud meletak jawatan pada 27 Disember 1945,
diganti oleh anaknya Nik Ahmad Kamil hingga tahun 1953. Istilah yang digunakan
setelah terbentuk Persekutuan Tanah Melayu tidak lagi memakai Perdana Menteri,
diganti dengan Menteri Besar.
Sangat banyak aktiviti
Datuk Nik Mahmud sewaktu memegang jawatan Perdana Menteri Paduka Raja Kelantan
saya tinggalkan saja, saya berkesimpulan bahawa beliau adalah Perdana Menteri
Kelantan/Menteri Besar yang paling terkenal dalam sejarah Kelantan sama ada
sebelum atau pun sesudahnya.
KARYA-KARYA
Walau pun Datuk Nik
Mahmud merupakan tokoh dan ulama sebagai pentadbir tertinggi di dalam
pemerintahan kerajaan negeri Kelantan pada zamannya, namun beliau sempat juga
menghasilkan beberapa buah karya. Di antaranya yang sempat diterbitkan ialah:
* Cahaya Purnama Bagi
Menerangkan Jalan Ugama. Ia diselesaikan di Kota Bharu, Kelantan pada 1 Syaaban
1336 Hijrah/12 Mei 1918 Masihi. Dicetak oleh Mathba'ah Majlis Ugama Islam dan
Istiadat Melayu Kelantan. Kandungannya membicarakan perkara-perkara fardu ain,
dimulai perbicaraan ilmu tauhid dan disudahi mengenai mengerjakan haji.
* Tajuk Kemuliaan.
Diselesaikan pada 21 Syaaban 1350 Hijrah/31 Disember 1931 Masihi. Dicetak oleh
Majlis Ugama Islam dan Istiadat Melayu Kelantan dan Mathba'ah Asasiyah,
Kelantan, 1350 Hijrah/1932 Masihi. Kandungannya membicarakan akhlak.
* Ringkasan Cetera
Kelantan Mengandungi Silsilah Raja-raja Dan Tarikhnya. Diselesaikan pada 8
Ramadan 1351 Hijrah/4 Januari 1933 Masihi. Dicetak oleh Mathba'ah al-Asasiyah
Company Kelantan, tanpa dinyatakan tarikh. Kandungannya menceritakan asal usul
keturunan raja-raja Kelantan, Patani, raja-raja yang memerintah dari peringkat
awal hingga ke zaman pengarangnya (Datuk Nik Mahmud Perdana Menteri Paduka Raja
Kelantan) dan lain-lain. Pada kata Pendahuluan/dinyatakan bahawa sejarah ini
disalin daripada tulisan Pak Wan Mahmud, Menteri Besar yang ditulis dalam tahun
1197 Hijrah, diambil daripada perkataan Pak Bedulah (Abdullah). Dinyatakan oleh
pengarang bahawa beliau telah membandingkan dengan naskhah yang lain dengan
cermat, maka yang diatur ini adalah yang lebih sahnya.
* Perbendaharaan
Mustika. Diselesaikan hari Isnin, 2 Jamadilawal 1363 Hijrah. Cetakan pertama
Ismailiyah Press, Kota Bharu, Kelantan (tanpa tahun cetak). Dicetak atas
kebenaran Nik Mustafa Fadhil (Datuk Seri Amar Diraja) bin Nik Mahmud.
Ditandatangani oleh Raja Muda, Yang Dipertua Majlis Ugama Islam, Pejabat Majlis
Ugama Islam Kelantan pada tarikh 21 Julai 1946 Masihi. Kandungannya mengupas
Al-Asmaul Husna, menghuraikan ilmu hikmah yang diamalkan oleh golongan khas.
* Pati Rahsia.
Diselesaikan pada 1 Rejab 1363 Hijrah. Cetakan yang ketiga Haji Daud bin Haji
Abu Bakar al-Ahmadi, 3296-B, Jalan Tengku Petra Semerak, Kota Bharu, Kelantan,
1389 Hijrah/1969 Masihi. Dicetak atas perbelanjaan Nik Ahmad Kamil (Datuk Seri
Setia Raja) bin Nik Mahmud, dan dicetak atas kebenarannya. Ditandatangani oleh
Raja Muda, Yang Dipertua Majlis Ugama Islam, Pejabat Majlis Ugama Islam
Kelantan pada tarikh 15 Jun 1946 Masihi, bilangan (3) 136/46. Kandungannya
mengupas ilmu hikmah menggunakan berbagai-bagai, isim, wirid, doa, dan
lain-lain.
KETURUNANNYA
Di antara anak Datuk
Nik Mahmud yang menjadi tokoh atau pembesar sama ada di Malaysia mahupun
peringkat antarabangsa ialah Tan Sri Datuk Nik Ahmad Kamil (meninggal dunia 20
Disember 1977). Di antara anak Tan Sri Datuk Nik Ahmad Kamil pula ialah Tan Sri
Datuk Nik Ibrahim Kamil, sekarang Pengerusi Southern Investment Bank Berhad,
Kuala Lumpur.
Sumber: Utusan
Malaysia (ARKIB : 15/03/2004)
Perjalanan Hidup Ulamak Kelantan - Tok kenali
Nama Sebenar: Muhammad Yusuf bin Ahmad
Muhammad
Yusuf bin Ahmad atau lebih dikenali sebagai Tok Kenali (1868 – 1933)
ialah seorang tokoh tokoh ‘Ulama’ , guru, tokoh pembangun pemikiran umat
Islam di dunia sebelah sini, di awal abad ke-20. Beliau seorang alim
Rabbani yang dalam hidupnya banyak berpandukan kitab Suci Al-Quran
disamping Sunnah Nabi Shallallaahu alaihi wasallam. Beliau disebut juga
sebagai seorang yang memilih hidup sederhana . dan juga seorang wali
keramat dan mendapat ilham daripada Allah dan ilmu laduni (Ilmu Kurniaan
Ilahi tanpa belajar).
Tokoh Besar Ulama Kelantan
Bagi
seseorang yang mengkaji sejarah tanah air, lebih-lebih lagi menyelidiki
“sejarah kelantan’ maka dia secara langsung atau tidak, akan menemui
nama Tuk kenali’. Mengikut perkembangan sejarah, Tuk Kenali adalah
merupakan seorang pembangun fikiran umat Islam di dunia sebelah sini
menerusi pengajaran kepada murid-murid yang bertebar padabeberapa tempat
di Alam Melayu, juga melalui fikiran-fikirannya yang membina menerusi
majalah “Pengasuh”, keluaran Majlis Agama Islam dan Adat istiadat Melayu
kelantan dan majalah “Al-Hikmah” sebuah majalah pengatahuan yang antara
lain yang sedang bersemarak di masa ini.
Sesuatu
perkara yang menarik perhatian kita ialah perjuangan dan penghidupan
Tuk kenali adalah agak nyata. Beliau banyak menerima pengaruh dari
ajaran-ajaran Failasuf islam Al-Iman Ghazali , (1058-1111M) seorang
pembangun dan pembina fikiran umat Islam yang banyak membuat pembaharuan
dalam acara mengupas soal-soal agama berdasarkan ajaran-ajaran kitab
suci Al-Quran dan hadis di samping memperoleh ilmu ladunni di zaman
silam. Melihat kepada perjuangannya, kita mendapati cara perjuangannya
hampir-hampir sama dengan perjuangan Syaikh Muhammad Abduh (1849-1905M),
seorang pembawa pembaharuan pemikiran umat Islam yang meletakkan kitab
Al-Quran sebagai asas perjuangannya dan perjuangannya adalah secara
melyeluruh menyedar dan membina masyarakat dalam aspek hidup, agama,
ilmu pengatahuan, politik, sosial ekonomi dan lain-lain yang secara
kebetulan di masa Tuk kenali berada di kota Suci Makkah dan semasa
beliau melawat ke Mesir 1322H (1904M) merupakan akhir zaman Syaikh itu.
Kelahiran Tok Kenali
Beliau
dilahirkan di Kampung Kenali, Kubang Kerian, Kota Bharu, Kelantan
kira-kira pada tahun 1287H (1870M*) dengan nama Muhammad Yusof (pernah
disebut sebagai Awang sahaja) iaitu di penghujung pemerintahan Sultan
Muhammad II (1837-1886M). Bapanya seorang petani bernama Ahmad, manakala
Fatimah, ibunya adalah seorang insan yang sopan dan bercita-cita tinggi
dan murni.
Latar Belakangnya
Muhammad
Yusoff dilahirkan dalam keluarga yang sederhana, dan ini adalah
membentukkan sifat peribadinya yang tidak menonjol. Bapanya seorang
petani manakala ibunya bagaimana kebiasaan orang-orang di kampungnya
adalah bekerja menolong pekerjaan suaminya.
Sebelum
melanjutkan pelajaran ke luar negeri, Muhammad Yusof telah mula belajar
pada datuknya sendiri Encik Salleh (Tok Leh) iaitu dalam pelajaran
membaca kitab suci Al-Quran dan pelajaran tulis-menulis. Sesudah itu dia
menyambungkan pelajaran ke masjid Besar Al-Muhammadi, Kota Bharu dan
tempat-tempat pengajian lain di sekitar kota Bharu dalam pelajaran
Bahasa Arab, nahu, saraf juga pengetahuan agama.
Isterinya
ialah Cik Ruqayyah Mahmud. Beliau dikurniakan empat orang anak, iaitu
Ahmad, Muhd Shaalih, Mahmud dan Abdullah Zawaawi. Keempat-empat anak Tok
Kenali kesemuanya mengikut jejak langkah ayah mereka dengan bergelar
Tok Guru.
Perlu
disebutkan bahawa datuknya adalah seorang yang lebai, warak, mempunyai
sedikit sebanyak ilmu-ilmu agama untuk panduan hidup, seorang yang
mempunyai kesedaran, mematuhi peraturan-peraturan agama dan gemar
berbuat ibadat semata-mata mencari keredaan Allah.
Bapanya
meninggal dunia sewaktu umurnya baru meningkat 5 tahun. Beliau dilantik
di bawah pengawasaan datuknya menyebabkan pengaruh bapanya kurang
terasa dalam corak hidupnya. Di samping itu, nenek perempuan tirinya,
Tuk Mek ngah turut memberikan pendidikan yang baik kepadanya termasuk
pengawasan terhadap punca-punca makanan yang hendak disajikan.
Menurutnya pengaruh-pengaruh makanan-makanan yang haram adalah membawa
akibat yang buruk dalam penghidupan di dunia ini, lebih-lebih lagi di
akhirat.
Menyambung Pelajaran Ke Kota Bahru
Sewaktu
berusia antara sembilan ke sepuluh tahun, Muhammad Yusof telah
mengambil langkah bagi menyambung pelajarannya ke Kota Bharu. Tempat
pertama yang ditujunya ialah ke masjid Al-Muhammadi, di mana terdapat
beberapa orang guru agama dan beratus-beratus orang murid dari seluruh
ceruk Negeri Kelantan menyembung pelajaran mereka ke sini. Sekitar
masjid besar ini, dewasa ini penuh dengan pondok-pondok (asrama)
penuntut.
Dalam masa menuntut di sini beliau berguru kepada Tuan Haji Wan Ismail (ayahnda Datuk Perdana Menteri Paduka Raja,
Kelantan, Dato' Nik Mahmud) Beliau belajar bersama-sama Encik Idris
yang kemudiannya menjadi “Mufti Kerajaan Kelantan”’ Selain iatu beliau
berguru kepada Tuan Guru Hj. Ibrahim, penambang (Mufti kerajaan
Kelantan) Syaikh Muhammad Ali bin Ab. Rahman (Wan Ali) Kutan dan kepada
Tuan Guru Padang (Hj. Ahmad) Kota Bharu.
Melanjutkan Pelajaran Ke Tanah Suci Mekah
Sebagai
seorang pelajar, Tok Kenali telah menaruh cita-cita yang kuat untuk
melanjutkan pelajaran ke Mekah. Pada tahun 1887M (1305H). Menjelang
umurnya kira-kira 18 tahun, Tok Kenali menjejak Tanah Suci Mekah untuk
meninggikan pelajaran agamanya di samping menunaikan rukun islam yang
kelima, ibadat Haji iaitu sesudah enam bulan mengalami kesusahan di
Lautan Hindi disebabkan kerosakan kapal yang ditumpanginya.
Pulang ke Tanah Air
Pada
tahun 1909M (1327 H) iaitu sesudah menjalani pengajian selama 22 tahun
di tanah suci mekah, maka Tuk kenali pun pulang ke tanah air iaitu ke
Kelantan seterusnya pada tahun 1911M (1329M) beliau mula membuka pondok
Kenali, sebuah tempat pengajian yang kemudiannya menjadi pusat pengajian
agama di semenanjung ini. Dua tahun kemudian , beliau menjadi guru di
masjid Besar Al-Muhammadi, kota Bharu yang waktu itu menjadi pusat
pengetahuan agama terbesar di kelantan, malahan juga dikenali di
Semenanjung sebagai Serambi Mekkah.
Murid-murid
dari seluruh kelantan telah membanjiri pondok-pondok yang terletak
berderet-deret di sepanjang jalan di kawasan masjid dan di kawasan
Kubang Pasu. Selain itu, bukan sedikit murid-murid dan pelajar-pelajar
dari luar negeri datang yang menceduk pengetahuan agama daripada
guru-guru yang terkenal . Selain daripada Tuk kenali, mereka belajar
pada Tuan Guru Hj. Nik Abdullah, Tuan Guru Hj.Idris (yang kemudiannya
berjawatan “Mufti kelantan) dan lain-lain.
Memandang
hak-hak kemasyarakatan di kampung sendiri perlu pula dititik beratkan,
maka Tuk kenali terpaksa pula menetap di kampungnya sendiri iaitu
sesudah lima tahun mengajar di Masjid Besar Al-Muhammadi. Dewasa itu
pondok kenali kembali bersemarak sehingga namanya termasyur ke serata
ceruk rantau Semenanjung ini, malah sampai ke Indonesia (terutama
Sumatera) kemboja, Patani dan lain-lain. Jumlah pelajar-pelajar yang
menetap di asrama (Pondok) meningkat 400 orang suatu jumlah yang besar
dalam pertumbuhan pengajian Islam dikala itu.
Dalam
menjalankan tugasnya, Tuk kenali menetapkan beberapa buah kitab
pelajaran (teks) dalam berbagai-bagai jurusan, iautu pengajian Bahasa
dan pengetahuan-pengetahuan Agama islam dalam berbagai-bagai peringkat
pelajaran. Beliau sendiri banyak mengambil peranan dalam mengembangkan
pengetahuan Bahasa Arab, manakala pelajaran-pelajaran lain
diperkembangkannya selaras dengan kehendak-kehendak masyarakat dewasa
itu. Murid-murid beliau yang telah matang dalam pengajiannya dilantiknya
menjadi kepala telaah (guru Kumpulan) disamping itu, kitab-kitab agama
dalam tulisan jawi diajarkan juga kepada pelajar-pelajar dan orang-orang
kampung. Menerusi pengajian-penjagian kepada orang-orang dewasa inilah
lahirnya cerita-cerita tauladan yang kadang-kadang mengggelikan, sebagai
suatu cara untuk menarik perhatian murid-murid kepada pelajaran yang
sedang ditumpukan. Suatu hal yang agak luar biasa bahawa dalam masa
mengajar itu, Tuk kenali mengajar tanpa kitab, di hadapannya tiada
kitab-kitab pelajaran sedangkan muridnya mempelajarinya dengan
menggunakan kitab. Inilah menunjukkan bahawa Tuk kenali adalah seorang
yang mempunyai daya ingatan yang kuat.
Kemasyuhuran
Tuk kenali telah menarik ramai pelajar Islam dari serata ceruk
semenanjung. Antara mereka ini ada yang telahpun mempunyai kematangan
dalam pengetahuan Agama islam datang untuk mengenal wajah dan mengikuti
sebahagian pelajaran yang diajar oleh Tuk Kenali. Antara mereka ada yang
datang kira-kira seminggu, sebulan, tiga atau empat tahun seterusnya.
Ini bergantung kepada keadaan masing-masing, sebab di antara mereka ada
yang sudahpun bekerja sebagai guru agama. Qadi atau sebagainya. Untuk
meminta Tuk Kenali membaca kitab, cukuplah dengan meminta izin beliau di
mana si peminatnya sendiri yang akan disuruh membacanya di hadapan
kumpulan pelajar-pelajar. Sesudah itu Tuk kenali memainkan peranan
memberi kefahaman dan mensyarahkan isi kitab itu, juga memberi
peluang-peluang bertanya.
Menghembus Nafas Terakhir
Setelah
kira-kira 65 tahun menyedut udara dunia ini, maka Tuk kenali pun
dipanggil tuhan, kekasihnya iaitu pada Ahad 19 November 1933M, berikutan
suatu penyakit di kakinya.
Majalah “Pengasuh” keluaran 11 disember 1933M. Mencalitkan berita tentang kematian Tuk kenali antara lain berbunyi; “ kembali ke Darul-Baqa 1352 yang meredupkan alam Kelantan dendan dukacita. Innalillaahi wa innaa ilaihi raaji’uun:.
“Hari
wafatnya; dilawati oleh tidak kurang daripada 2,500 orang dan
disembahyang jenazahnya lebih daripada 1,000 orang dan disembahyang
jenazahnya lebih seribu orang yang khalis liwajhillaahi Ta’ala.
Tuk
Kenali dikebumikan di perkuburan yang sekarang terkenal dengan nama
Kubur Tuk Kenali’ kilometer 5 jalan Pasir Puteh, Kota Bharu, tidak jauh
dari istana negeri. Kuburnya selalu dizarahi oleh Duli yang maha Mulia
Al-marhum Sultan Ibrahim (nenekanda kepada Duli Yang mulia Sultan Ismail
Putera Sekarang) apa lagi oleh ramai terutamnya bekas murid-murid
beliau yang ada berselerak di negeri ini, juga oleh pelawat-pelawat.
Dari desa pergi ke kota mencari sahabat nan berbudi kematiannya tanpa mewarisi harta tapi meninggalkan ilmu dana bakti.
Jawatan-jawatan Tok Kenali
Tuk
kenali ada di antara orang-orang yang memikul tugas dan jawatan
terpenting dalam perkembangan pengajian islam dan pertubuhan kebudayaan
timur yang berteraskan islam di negeri Kelantan berdasarkan
jawatan-jawatan yang pernah disandangnya sebagai berikut:
1. Ahli Majlis Ulama Islam Kelantan (7 Disember 1951- 19 November 1933).
2. Ketua Pelajaran Agama (Pengarah Bahagian Ilmu Agama. Bertanggungjawab memimpin Madrasah Muhammadiyyah dan penerbitan buku teks.
3. Ketua Pengarang pertama majalah Pengasuh (lidah rasmi Majlis Agama Islam Kelantan dikeluarkan setiap Isnin, dijual 10 sen senaskah).
4. Anggota Majlis Agama Islam Kelantan dan Adat Istiadat Melayu Kelantan.
5. Pengasas Jamiyyah al-Ashriyyah - kumpulan ilmiah membincangkan isu agama dan semasa.
6. Penterjemah kitab dari Bahasa Arab ke Bahasa Melayu.
7. Guru agama di Masjid Besar al-Muhammadi, Kota Bharu.
8. Penasihat agama kepada Datuk Perdana Kelantan (Menteri Besar).
9.0 Kegiatan-kegiatan dan Jasa Tok Kenali
Selain
daripada mengajar, Tuk Kenali juga bergiat dalam lapangan-lapangan yang
berhubung dengan kemajuan agala dana kebudayaan islam. Datu Paduka
menteri Paduka Raja (Tuan haji mahmud bin ismail) dengan nasihat beliau
telah dapat membentuk Majis Agama Islam dan Adat istiadat melayu
kelantan pada 24 Disember 1915M (17 Safar 1334H). Ini adalah satu jasa
yang dapat dilihat buktinya sampai sekarang.
Semasa
hendak mengeluarkan majalah pengasuh 1918M iaitu warta majlis Agama
islam dan Adat Istiadat Melayu kelantan. Tuk kenali telah dipilih untuk
menjadi ketua pengarang kehormat . pada mulanya majalah ini dikeluarkan
berupa lembaran akhbar yang mempunyai bidang besar, diterbitkan setia
hari Isnin, senaskah berharga 10 sen. Penerbitan majalah ini juga adalah
daripada saranan dan dorongan-dorongan beliau.
Selain
itu beliau telah ditugaskan oleh pihak majlis Agama Islam kelantan
untuk menterjemahkan Tafsir Al-Khazin yang bertajuk “Lubaab at-Ta,wiil
fil Ma’aani At-Tanzil” ke dalam bahasa melayu. Tugas berat ini telah
dijalankan oleh beliau dan sebahagian daripada tafsir Al-khazin telahpun
siap diterjemahkan. Sayangnya, naskah ini tidak dapat dikesan sehingga
sekarang.
Juga
tidak dapat dilupakan bahawa majalah Al-Hikmah (lahir 1 julai 1923M) di
mana ketua Pengarang dan penerbitnya yang berbahagia tuan hj. Ahmad bin
Ismail (Datuk Lela negara) adalah kerap menerima nasihat-nasihat dan
fikiran-fikiran yang berguna daripada Tuk kenali. Majalah pengetahuan
ini diterbitkan tiga kali sebulan . pejabat penerbitan ini selalu
didatangi oleh Tuk kenali danaa merupakan salah satu tempat beliau
membaca surat-surat khabar dan majalah dewasa itu.
Tuk
kenali adalah seorang pencinta ilmu pengetahuan. Hal ini ternyata
sekali dalam sejarah hidupnya . Beliau juga pernah menyimpan sebuah buku
cetera Raja Muda . salah sebuah buku sejarah kelantan yang penting.
Buku ini kemudiannya telah diberikan kepada pengaranag buku Hikayat Seri
kelantan.
-
dalam kegiatan kemasyarakatan pula , beliau telah melancarkan suatu
getakan perhimpunan umat islam yang di namakan ‘Jam ,iyyatul Asriyyah]
‘[Perhimpunan semasa] yang kerap membicangkan perkara-perkara hangat
dalam masyarakat [Politik] , pebincangan=perbincangan ilmu dan
perhimpunan kerana ibadat. Sebagai megekal gerakan tersebut ,maka satu
bangunan telah didirikan di tebgah-tengah ibu kota dengan nama yang
sama, terletak di Jalan Tengku Petra Semarak , Kota Bharu.
Perkembangan Pondok Sekolah Agama dan Sekolah Melayu
Sistem
persekolahan yang diutaamakan oleh Tuk kenali dalam masa hayatnya ialah
sistem pondok, Sistem pondok yang menggunakan bahan-bahan pelajaran
yang berdasarkan kitab dengan mengkelas-kelaskan kitab kepada pengajian
peringkat rendah, menengah atas dana tinggi yang dipelajari secara
berkelompok (berhalqah) di masjid atau madrasah (balaisah) . Manakala
pelajar-pelajar yang tinggal di pondok-pondok (Asrama) di bawah
bimbingan Tuk kenali, telah melahirkan beberapa orang tokoh ulamak.
Tuan-tuan guru (tok guru_, pendakwah, pengarang yang terkenal yang
datang dari beberapa tempat di seluruh tanah Melayu , sumatera, kemboja
dan lain-lain.
Guru-guru
pondok lepasan kenali inilah kemudiannya tersebar keseluruhan rantau
ini di mana mereka menghidupkan pula sistem pondok.
Adalah
agak luar biasa, di samping menggalakkan sistem pondok, Tuk kenali
sebagai pencinta ilmu, tidaaklah menghalang wujudnya sistem
persekolahan.
Tertubuhnya Agama islam dan adat istiadat melayu kelantan padaa tahun 1915M yang sudahpun mempunyai rancangana mendidikan sekolah-sekolah Agama islam di kelantan , adalah juga dengan mendapat nasihat daripada Tuk kenali. Maka pada 5 Ogos 1917M ditubuhkan sebuah Sekolah Agama berbahasa pengantar melayu yang menitik beratkan Bahasa Arab, dengan nama “Al-Madrasah Al-Muhammadiyyah Al-Kilantaniyyah”. Sekolah ini juga mengadakan pelajaran bahasa inggeris di sebelah petangnya.
Tertubuhnya Agama islam dan adat istiadat melayu kelantan padaa tahun 1915M yang sudahpun mempunyai rancangana mendidikan sekolah-sekolah Agama islam di kelantan , adalah juga dengan mendapat nasihat daripada Tuk kenali. Maka pada 5 Ogos 1917M ditubuhkan sebuah Sekolah Agama berbahasa pengantar melayu yang menitik beratkan Bahasa Arab, dengan nama “Al-Madrasah Al-Muhammadiyyah Al-Kilantaniyyah”. Sekolah ini juga mengadakan pelajaran bahasa inggeris di sebelah petangnya.
Jadi,
Tuk Kenali sebagai Ketua Pelajaran Agama Islam di Kelantan adalah
memainkan peranan dalam pembukaan dan perlaksaan sekolah ini. Sekolah
ini lebih dikenal dengan nama “ Sekolah Agama Majlis”.
Kemudian
pada tahun 1937 bila lahirnya sekolah aliran bahasa arab di Majlis
dengan nama “Majlis Al-Muhammadiyyah Al-Arabiyyah” barulah Sekolah Agama
Majlis tadi bertukar nama dengan “Sekolah Melayu Majlis”, manakala
sekolah yang baru tadi disebut “Sekolah Arab Majlis”. Akhir sekolah
aliran melayu ini diserapkan secara beransur-ansur ke dalam Bahasa Arab
sesudah dia dipindahkan ke bangunan Maahad Al-Muhammadi sekarang (
sebagai ekoran daripada sekolah aliran arab tadi )
Keberkatan
usaha beliau ini membawa Syaikh Uthman Jalaludin Al-Kilatani membuka
sekolah arab Manaabi’ Ai-’Uluum, Bukit mertajam pada tahun 1934 (1353).
Demikian juga Tuan Guru Hj. Ali Salaahudin membuka madrasah Al-Falaah di
Pulau Pinang di mana kedua-dua madrasah ini lebih berbentuk pondok
(sistem pondok).
Di
samping itu beliau juga adalah dianggap sebagai pendorong pembukaan
sebahagian sekolah-sekolah Melayu di Kelantan ini seperti Sekolah Melayu
Kubang Kerian 1920M, Sekolah Melayu Mentuan, dan lain-lain. Beliau
tidaklah memusuhi pembukaan sekolah-sekolah seperti ini selagi pelajaran
yang diajar tidak menyelaweng daripada ajaran islam yang suci.
Tok Kenali dan Hal-hal Kemasyarakatan
Sewaktu
melancarkan pengajaran-pengajarannya, Tuk kenali didapati agak gemar
sekali membincangkan hal-hal politik tanah air. Semasa hayatnya Tuk
kenali tidak memisahkan politik daripada bidang pelajaran, malah beliau
tidak mengenal pemisahan antara. Agama islam yang difahami dengan
politik. Ini adalah merupakan suatu cara menyesuaikan pengajarannya
dengan masalah-masalah yang dihadapi masyarakat dengan alam keliling.
Kerana itu dalam pengajarannya beliau mengemukakan beberapa anjuran
melalui cerita-cerita tauladan yang berkesan antaranya: ikut bapamu,
tetapi takutkan Tuhan kuasailah pengetahuan agama dan politik ilmu itu
apa yang terguris dalam hati pengetahuan manusia terbatas. Mengaku salah
jika bersalah. Sunnah Tuhan sudahlah wajar biar mati adat, jangan mati
syarak. Di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung. Bertanya pada
yang tahu. Penjahat itu mencukupi dengan kejahatannya. Doa adalah
senjata orang mukmin. (Cerpen-cerpen Tuk Kenali” oleh AQHAS - halaman
76), Terbitan baru dengan tajuk cerpen-cerpen warisan Tuk Kenali).
Artikel disedut dari Tabung Amanah Tok Kenali
Perjalanan Hidup Ulamak Kelantan- Tuan Tabal
Tuan Tabal - Penyebar Tarikat Ahmadiyah
pertama di Nusantara
Hubungan Syeikh Wan Ali bin Abdur Rahman
al-Kalantani dengan Tuan Tabal yang diriwayatkan sebagai saudara ipar dalam
Ruangan Agama, Utusan Malaysia, Isnin, 13 September 2004/28 Rejab 1425H, masih
dirasakan perlu diberi keterangan lanjut. Nama sebenarnya ialah Haji Abdul Samad
bin Muhammad Saleh Tabal al-Fathani al-Kalantani. Sebelum bergelar Tuan Tabal
beliau juga pernah digelar Tuan Kutan.
Para penulis Kelantan selama ini menyebut
bahawa isteri Tuan Tabal itu bernama Wan Tsum atau Wan Kaltsum anak Tok Semian.
Maklumat daripada keluarga ini di Terengganu menyebut bahawa Tok Semian adalah
nama gelar kepada Haji Abdur Rahman. Apabila kita teliti maklumat ini, maka
salasilah yang diperoleh dari Terengganu ada benarnya, kerana ayah Syeikh Wan
Ali Kutan dan Wan Kaltsum, adiknya memang bernama Abdur Rahman. Cuma ayah Abdur
Rahman di sini bernama Abdul Ghafur, sedangkan ayah Abdur Rahman pada konteks
isteri Tuan Tabal sebelum ini dikatakan bernama Lebai Muda. Kemungkinan Lebai
Muda di sini adalah nama gelar juga bagi Abdur Ghafur pada konteks datuk kepada
Syeikh Wan Ali Kutan dan saudaranya Wan Kaltsum tersebut.
Untuk lebih jelas, dari tulisan al-marhoum
di Bicara Agama dalam tajuk Syeikh Wan Senik Karisiqi moyang Syeikh Daud Al-Fathani.
Syeikh Muhammad Yusya' bin Abdul Ghafur, ayah pada Syeikh Jalaluddin, adalah
adik -beradik dengan Syeikh Abdur Rahman bin Abdul Ghafur. Syeikh Abdur Rahman
bin Abdul Ghafur adalah orang yang sama dengan Syeikh Wan Abdur Rahman
al-Kalantani, yang ketika mudanya tinggal di Lorong Tok Semian Kelantan.
Beliau juga digelar dengan Tok Semian.
Syeikh Abdur Rahman bin Abdul Ghafur berkahwin dengan Hajah Wan Zainab binti
Wan Abdul Qadir, anak perempuannya bernama Hajah Wan Kaltsum, menjadi isteri
Tuan Tabal al-Kalantani. Hajah Wan Kaltsum adalah kakak Syeikh Wan Ali Kutan,
dapat disemak dalam artikel tarikh 27 September 2004 atau dalam koleksi lepas.
KELAHIRAN DAN PENDIDIKAN
Ada pertikaian pendapat tentang tahun
kelahiran Tuan Tabal. Yang pertama mengatakan bahawa beliau lahir tahun 1816
Masihi, dan pendapat yang kedua menyebut tahun 1840 Masihi. Nik Abdul Aziz bin
Haji Nik Hassan dalam buku Sejarah Perkembangan Ulama Kelantan menentukan
bahawa Tuan Tabal lahir pada tahun 1840 Masihi, yang diikuti oleh Hamdan Hassan
dalam bukunya Tarekat Ahmadiyah di Malaysia Suatu Analisa Fakta Secara Ilmiah
(DBP, 1990, hlm.72). Disebabkan ada dua pendapat di atas, maka penulis masih
ragu dengan kedua-dua tahun yang disebutkan itu. Kedua-dua tahun yang
disebutkan penulis-penulis lain tidak menyebutkan tahun Arabiyahnya. Padahal
pada zaman itu tidak ada ulama kita mencatatkan tahun kelahiran dan tahun wafat
menggunakan tahun Masihi. Pemindahan dari tahun Arabiyah kepada tahun Masihi
sering terjadi kekeliruan, sebagai contoh Nik Abdul Aziz dalam buku yang sama
tersebut di atas (lihat hlm. 99) menyebut bahawa Syeikh Ahmad al-Fathani lahir
tahun 1872, padahal hanya salah menyalinnya sahaja daripada tulisan penulis
dalam majalah Dian bil. 49, 1972, yang penulis tulis tahun 1272 Hijrah bukan
1872 Masihi.
Tulisan terawal Tuan Tabal ialah
Munabbihul Ghafilin yang beliau selesaikan dalam tahun 1285 Hijrah yang jika
dijadikan tahun Masihi lebih kurang tahun 1868 Masihi, bererti ketika itu Tuan
Tabal baru berusia 28 tahun. Kitab yang tersebut itu walaupun nipis sahaja,
namun mencorakkan falsafah mistik peringkat tinggi, yang menurut tradisi ulama
dunia Melayu, ilmu tasawuf semacam itu tidak pernah ditulis oleh orang-orang
yang berumur 28 tahun. Walaupun mereka menguasai ilmu tasawuf, namun mereka
lebih suka menulis ilmu-ilmu yang bercorak zahir saja. Oleh sebab hal-hal yang
tersebut di atas tahun 1840 Masihi itu perlu penyelidikan lebih lanjut.
Setelah memperoleh ilmu di Patani, Tuan
Tabal melanjutkan pelajarannya ke Mekah. Oleh sebab ilmu Arabiyah beliau
kurang kemas sewaktu di Patani, beliau diperintah oleh gurunya Syeikh Muhammad
bin Sulaiman Hasbullah al-Makki memperdalam ilmu-ilmu Arabiyah itu daripada
Syeikh Ahmad al-Fathani, walaupun Syeikh Ahmad al-Fathani sendiri jauh lebih muda
daripada Tuan Tabal. Tuan Tabal lebih muda sedikit umurnya daripada Syeikh
Muhammad Zain al-Fathani, ayah kepada Syeikh Ahmad al-Fathani.
"...dipercayai Tuan Tabal adalah
orang pertama menyebarkan thariqat Ahmadiyah di Kelantan dan sekitarnya.."
Mengenai Tuan Tabal belajar kepada Syeikh
Ahmad al-Fathani itu sangat masyhur diceritakan oleh guru-guru pondok. Juga
telah dirakamkan berupa tulisan oleh beberapa orang di antaranya Muhammad
Uthman El-Muhammady, Hamdan Hassan (dalam buku yang sama di atas) dan
lain-lain. Namun demikian tulisan Hamdan Hassan mengenai kepulangan Tuan Tabal
dari Mekah sebelum tahun 1860 Masihi (lihat hlm. 74) masih meragukan. Sebab, dalam
tahun 1860 Masihi itu Syeikh Ahmad al-Fathani baru berumur 4 tahun, jadi dalam
tahun berapakah Tuan Tabal belajar kepada Syeikh Ahmad al-Fathani ? Sebab itu
mahu tidak mahu kita terpaksa memilih salah satu daripada dua, iaitu Tuan Tabal
benar pernah belajar kepada Syeikh Ahmad al-Fathani jauh sesudah tahun 1860
Masihi, atau Tuan Tabal tidak pernah belajar kepada Syeikh Ahmad al-Fathani
kerana ketika beliau turun dari Mekah pada tahun 1860 Masihi, Syeikh al-Fathani
masih kanak-kanak.
Tuan Tabal memang pernah belajar kepada Syeikh Ahmad al-Fathani, namun yang perlu penelitian ialah tahun-tahun yang bersangkutan dengan Tuan Tabal kerana masih banyak yang diragui. Ada pun tahun-tahun yang melibatkan Syeikh Ahmad al-Fathani mulai lahir, aktiviti kepelbagaian dalam kehidupan dan tarikh wafat semuanya cukup jelas kerana dokumen mengenai beliau memang tercatat secara teratur.
Dalam waktu yang sama Tuan Tabal, Syeikh Wan Ali Kutan dan Syeikh Ahmad al-Fathani menerima Thariqat Ahmadiyah daripada Sidi Syeikh Ibrahim ar-Rasyidi. Sidi Syeikh Ibrahim ar-Rasyidi adalah murid kepada Sidi Ahmad Idris, iaitu daripadanya dinisbahkan Thariqat Ahmadiyah yang tersebut. Oleh sebab Tuan Tabal pulang ke Kelantan sedangkan Syeikh Wan Ali Kutan dan Syeikh Ahmad al-Fathani tetap tinggal di Mekah, maka dipercayai Tuan Tabal adalah orang pertama menyebarkan thariqat tersebut di Kelantan dan sekitarnya, atau tempat-tempat lain di Nusantara.
Tuan Tabal memang pernah belajar kepada Syeikh Ahmad al-Fathani, namun yang perlu penelitian ialah tahun-tahun yang bersangkutan dengan Tuan Tabal kerana masih banyak yang diragui. Ada pun tahun-tahun yang melibatkan Syeikh Ahmad al-Fathani mulai lahir, aktiviti kepelbagaian dalam kehidupan dan tarikh wafat semuanya cukup jelas kerana dokumen mengenai beliau memang tercatat secara teratur.
Dalam waktu yang sama Tuan Tabal, Syeikh Wan Ali Kutan dan Syeikh Ahmad al-Fathani menerima Thariqat Ahmadiyah daripada Sidi Syeikh Ibrahim ar-Rasyidi. Sidi Syeikh Ibrahim ar-Rasyidi adalah murid kepada Sidi Ahmad Idris, iaitu daripadanya dinisbahkan Thariqat Ahmadiyah yang tersebut. Oleh sebab Tuan Tabal pulang ke Kelantan sedangkan Syeikh Wan Ali Kutan dan Syeikh Ahmad al-Fathani tetap tinggal di Mekah, maka dipercayai Tuan Tabal adalah orang pertama menyebarkan thariqat tersebut di Kelantan dan sekitarnya, atau tempat-tempat lain di Nusantara.
AKTIVITI
Maklumat mengenai Tuan Tabal, pengamal Thariqat Ahmadiyah yang tersebut dapat disemak daripada surat Raja Kelantan ibnu Sultan Muhammad kepada Syeikh Ahmad al-Fathani tarikh 14 Ramadan 1323 Hijrah, tertulis,''... orang yang dahulu beberapa banyak terima Thariqat Rasyidi, seperti Tuan Haji Abdus Shamad Tabal ...'' Dipercayai beliau telah mengajar thariqat yang tersebut terutama kepada anak-anak beliau.
Bagaimanapun pengajaran Thariqat Ahmadiyah yang disebarkan oleh Tuan Tabal bukanlah merupakan pengajian asas. Pengajian yang asas dan pemantapan beliau mula mengajarnya di kampung Kutan, Kelantan, selanjutnya pindah ke Terengganu. Di antara muridnya di Terengganu ialah Bentara Guru Haji Wan Saleh, iaitu Dato' Bentara Guru Mufti Terengganu. Selanjutnya beliau mengajar pondok di kampung Tempoyak Tabal. Setelah berpindah ke Kota Bharu, Kelantan, pengajaran dan dakwah lebih dipergiatkan lagi. Beliau telah berhasil membangun sebuah surau tempat beribadat dan mendidik umat di Lorong Semian.
Maklumat mengenai Tuan Tabal, pengamal Thariqat Ahmadiyah yang tersebut dapat disemak daripada surat Raja Kelantan ibnu Sultan Muhammad kepada Syeikh Ahmad al-Fathani tarikh 14 Ramadan 1323 Hijrah, tertulis,''... orang yang dahulu beberapa banyak terima Thariqat Rasyidi, seperti Tuan Haji Abdus Shamad Tabal ...'' Dipercayai beliau telah mengajar thariqat yang tersebut terutama kepada anak-anak beliau.
Bagaimanapun pengajaran Thariqat Ahmadiyah yang disebarkan oleh Tuan Tabal bukanlah merupakan pengajian asas. Pengajian yang asas dan pemantapan beliau mula mengajarnya di kampung Kutan, Kelantan, selanjutnya pindah ke Terengganu. Di antara muridnya di Terengganu ialah Bentara Guru Haji Wan Saleh, iaitu Dato' Bentara Guru Mufti Terengganu. Selanjutnya beliau mengajar pondok di kampung Tempoyak Tabal. Setelah berpindah ke Kota Bharu, Kelantan, pengajaran dan dakwah lebih dipergiatkan lagi. Beliau telah berhasil membangun sebuah surau tempat beribadat dan mendidik umat di Lorong Semian.
PENULISAN
Karya Tuan Tabal yang telah ditemui ialah:
Karya Tuan Tabal yang telah ditemui ialah:
1. Munabbihul Ghafilin, diselesaikan hari
Sabtu, 2 Muharam 1285 Hijrah/ 1868 Masihi. Kandungannya membicarakan tasawuf,
merupakan petikan daripada kitab Ihya Ulumid Din dan Masyariqul Anwar. Naskhah
yang dicetak berasal daripada salinan anak beliau, Nik Abdullah pada hari
Sabtu, 29 Syaaban 1320 Hijrah.
2. Jalalul Qulub bi Zikrillah,
diselesaikan pada waktu Zuhur, hari Rabu, 18 Muharam 1287 Hijrah/1870 Masihi.
Kandungannya juga mengenai tasawuf. Cetakan pertama oleh Majlis Ugama Islam
Kelantan, 29 Zulhijjah 1254 Hijrah/ 1935 Masihi. Cetakan yang kedua, Mathba'ah
al-Kamaliyah, Kota Bharu, Kelantan. Diberi kata pendahuluan oleh Tuan Guru Haji
Nik Daud bin Ahmad Jambu, di Bukit Rahmah Tanah Merah, Kelantan.
3. Kifayatul `Awam fima Yajibu `alaihim min Umuril Islam, diselesaikan 14 Safar 1295 Hijrah/1878 Masihi. Manuskrip kitab ini telah penulis miliki pada 3 Syawal 1411 Hijrah, dihadiahkan oleh salah seorang keturunan Tuan Guru Haji Ahmad bin Abdul Manan (ulama Kelantan murid Syeikh Ahmad al-Fathani). Manuskrip tersebut tidak lengkap dan merupakan salinan yang dilakukan pada akhir bulan Syawal 1321 Hijrah/1903 Masihi. Selain manuskrip penulis juga memiliki cetakan batu yang diperoleh di Senggora (1991). Tempat dan tarikh cetakan tiada tersebut dalam cetakan huruf batu tersebut.
3. Kifayatul `Awam fima Yajibu `alaihim min Umuril Islam, diselesaikan 14 Safar 1295 Hijrah/1878 Masihi. Manuskrip kitab ini telah penulis miliki pada 3 Syawal 1411 Hijrah, dihadiahkan oleh salah seorang keturunan Tuan Guru Haji Ahmad bin Abdul Manan (ulama Kelantan murid Syeikh Ahmad al-Fathani). Manuskrip tersebut tidak lengkap dan merupakan salinan yang dilakukan pada akhir bulan Syawal 1321 Hijrah/1903 Masihi. Selain manuskrip penulis juga memiliki cetakan batu yang diperoleh di Senggora (1991). Tempat dan tarikh cetakan tiada tersebut dalam cetakan huruf batu tersebut.
4. Mun-yatu Ahlil Auwab fi Bayanit Taubah,
oleh sebab saya tidak dapat merujuk kitab asli, maka tidak dapat memastikan
yang mana sebenarnya judul yang betul, apakah seperti yang penulis tulis itu
atau yang satu lagi tertulis "... al-Awbah ...'' bukan " ... Auwab
...''. Tertulis Auwab berdasarkan senarai tulisan tangan yang penulis peroleh
daripada salah seorang keturunan Tuan Tabal, dalam senarai Nik Abdul Aziz juga
sama demikian. Yang menulis al-Awbah ditulis oleh beberapa penulis termasuk
Hamdan Hassan (lihat hlm. 238). Daripada senarai Hamdan Hassan diperoleh
maklumat bahawa kitab ini pernah diterbitkan oleh Mustafa Press, Kota Bharu
(tanpa tahun).
5. Bab Harap, dicetak oleh Mathba'ah
al-Kamaliyah, Kota Bharu, 1359 Hijrah/ 1940 Masihi.
6. Bidayatu Ta'limil `Awam fi Tarafi min
Arkanil Islam, tanpa menyebut tarikh. Pernah dicetak oleh Mathba'ah al-Miriyah,
Mekah, 1323 Hijrah/1906 Masihi. Cetakan kelima oleh Mathba'ah al-Kamaliyah,
Kota Bharu.
7. Manhatul Qaribil Mujib wa Mughnir Raghibin fit Taqrib, diselesaikan pada Jumaat, 10 Zulhijjah 1300 Hijrah/1882 Masihi. Kandungan kitab ini ialah usuluddin, fikah dan tasawuf. Tetapi yang terpenting ialah fikah. Cetakan yang kedua oleh Mathba'ah al-Kamaliyah, Kota Bharu, 1354 Hijrah/ 1935 Masihi. Kitab ini adalah karya Tuan Tabal yang paling tebal, 327 halaman menurut ukuran model kitab-kitab Melayu/Jawi.
8. Mun-yatul Muridin fi Ba'dhi Ausafi Saiyidil Mursalin, kitab ini tidak sempat diselesaikan kerana beliau meninggal dunia. Kitab ini pernah diterbitkan oleh Mathba'ah al-Kamaliyah, Kota Bharu, 1345 Hijrah/1926 Masihi.
Beberapa orang anak dan keturunan Tuan Tabal yang menjadi ulama, di antaranya Mufti Haji Wan Muhammad Bin Haji Abdul Samad (1870M-1920M) mufti ketiga kerajaan Islam Kelantan abang kepada Mufti Haji Wan Musa Bin Haji Abdul Samad menjadi mufti ke empat kelantan selepas menggantikan adiknya(1875M-1939M).
7. Manhatul Qaribil Mujib wa Mughnir Raghibin fit Taqrib, diselesaikan pada Jumaat, 10 Zulhijjah 1300 Hijrah/1882 Masihi. Kandungan kitab ini ialah usuluddin, fikah dan tasawuf. Tetapi yang terpenting ialah fikah. Cetakan yang kedua oleh Mathba'ah al-Kamaliyah, Kota Bharu, 1354 Hijrah/ 1935 Masihi. Kitab ini adalah karya Tuan Tabal yang paling tebal, 327 halaman menurut ukuran model kitab-kitab Melayu/Jawi.
8. Mun-yatul Muridin fi Ba'dhi Ausafi Saiyidil Mursalin, kitab ini tidak sempat diselesaikan kerana beliau meninggal dunia. Kitab ini pernah diterbitkan oleh Mathba'ah al-Kamaliyah, Kota Bharu, 1345 Hijrah/1926 Masihi.
Beberapa orang anak dan keturunan Tuan Tabal yang menjadi ulama, di antaranya Mufti Haji Wan Muhammad Bin Haji Abdul Samad (1870M-1920M) mufti ketiga kerajaan Islam Kelantan abang kepada Mufti Haji Wan Musa Bin Haji Abdul Samad menjadi mufti ke empat kelantan selepas menggantikan adiknya(1875M-1939M).
Oleh WAN MOHD. SHAGHIR ABDULLAH
Tuesday, 10 July 2012
Logo Pusat Rawatan Islam Darul Naim - دار عيادة الاسلام دار النعيم
Monday, 9 July 2012
Gambar Peserta Muslimin Seminar Perubatan Islam Siri-3 Di KIAS
Subscribe to:
Posts (Atom)




.jpg)








