“ Dan Kami turunkan daripada Al-Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman dan Al-Quran itu tidaklah menambah kepada orang-orang yang zalim selain kerugian ” Surah Al-Israk: Ayat 82
Friday, 27 December 2013
BUKU AMALAN RUQYAH AYAT 33 - TERBITAN TERBARU
Friday, 20 December 2013
Syeikhuna Sahibul Fadhilah Dato Nik Abdul Kadir (Timbalan Mufti Negeri Kelantan).
Majlis Daurah Bulanan Pengajian Ilmu Hadis Secara Talaqqi Bersanad Di Pondok Darul Ilmi Bukit Gading, Tanah Merah
Syeikhuna Ustaz Hj. Hamzah Muhammad Bukit Tanah, Kelantan (Anak Murid Syeikh Sayyid Amin Kutubi al-Makki)
Bacaan Hadis Sunan Ibnu Majah
Syeikhuna Ustaz Hj. Hamzah Muhammad
Syeikhuna Ustaz Hj. Hamzah Muhammad
Biodata Syeikh:
Syaikh Sayyid Muhammad Amin Al-Kutbi Al-Hasani
Al-Makki Beliau adalah Muhammad Amin bin Muhammad
Amin bin Muhammad Shalih bin Muhammad Husein Al-Kutbi Al-Hasani Al-Hanafi.
Tahun 1338 beliau berhasil menghapal
Al-Qur’an ditangan Syaikh Hasan As-Sanari Al-Maki, kemudian masuk ke Madrasah
Al-Falah dan belajar kepada Syaikh-Syaikh sampai selesai tahun 1346 H. Beliau
kemudian diangkat menjadi pengajar disana.
Guru-guru beliau :
Syaikh Muhammad Al-Arabi At-Tabani
Syaikh Muhammad Yahya Aman Al-Hanafi
Syaikh Ahmad Nadhirin
Syaikh ‘Isa Rawas
Syaikh Salim Syafi
Syaikh Muhammad Thayib Al-Markasyi
Syaikh Sayyid Abdullah Hamdawah
Syaikh Umar ibn Hamdan Al-Mahrusi
Syaikh Abdul Ghani Al-Hanafi
Syaikh Muhammad Abdulbaqi Al-Kanawi
Syaikh Amin Faudah
Syaikh Sayyid Abdullah ibn Thahir
Al-Haddad
Syaikh Ahmad At-Taiji
Syaikh Mushtofa Al-Hamami
Syaikh Abdulqadir Syalabi
Syaikh Sayyid Mushtofa Al-Muhdhor
Syaikh Muhammad Abu Khair Al-Maidani
Syaikh Muhammad Abdulhay Al-Katani
Syaikh Sayyid Muhammad Ibrahim Al-Fasi
Syaikh Sayyid Ahmad Asy-Syatiri
Syaikh Muhammad Ali ibn Husein Al-Maliki
Syaikh Sayyid Muhammad Al-Marzuq Abu
Husein
Syaikh Sulaiman Ghazawi dan lainnya
Kegiatan Ilmiah :
Beliau mengajar di Masjidil Harom bersama
para ulama lainnya, juga di Madrasah Al-Falah, Madrasah Tahdhir Al-Ba’atsat dan
di Ma’had ‘Idad Al-Mu’alimin.
Tulisan beliau :
Diantara tulisan beliau adalah Diwan
Nafih Al-Thib Fi Madah Al-Habib Shallallahu ’alaihi wasalam, Basyir Al-Karam
‘Ala Bulughul Marom dan lainnya.
Lahir :
di Mekkah Al-Mukaramah tahun 1327 H.
Wafat :
Hari Isnin tanggal 4 Muharram 1404 H dan
dikuburkan di samping makam sahabatnya, Syaikh Alawi.
Sumber : Biografi Ulama Sunnah
Sumber : Biografi Ulama Sunnah
CERAMAH KHAS: AMALAN RUQYAH AYAT 33 SEBAGAI PERISAI MUKMIN DI MASJID WAKAF BHARU, KELANTAN
Syeikhuna Ustaz Wan Hj. Abdul Rasyid Bin Hj. Wan Muhammad(Keturunan Syeikh Tok Wan Ali Kutan)
SYEIKH WAN ALI KUTAN PENYUSUN LUM'ATUL AURAD
Syeikh
Wan Ali Kutan - Guru Para Ulama Melayu

Keluarga
Besar
Sebagaimana
Syeikh Jalaluddin al-Kalantani mempunyai hubungan keturunan yang luas, demikian
pula halnya Syeikh Wan Ali al-Kalantani, kerana Syeikh Wan Ali al-Kalantani
mempunyai beberapa orang adik beradik. Mereka ialah: 1. Haji Wan Seman, 2. Wan
Bulat, 3. Wan Hawa, 4. Wan Kaltsum, 5. Wan Siti Hajar, dan yang bungsu ialah
Syeikh Wan Ali. Haji Wan Seman bin Wan Abdur Rahman mendapat tiga orang anak,
iaitu Nik Sah, Wan Timun dan Nik Wan Zainab. Melalui anaknya Wan Timun, anak
perempuan Wan Timun bernama Wan Embong, anak perempuan Wan Embong bernama Nik
Wan Zainab kahwin dengan Tengku Hamzah Tengku Setia Maharaja, anaknya bernama
Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li). Wan Hawa binti Wan Abdur Rahman berkahwin
dengan Wan Muhammad bin Wan Musa, memperoleh 4 orang anak. Salah seorang di
antaranya Wan Salamah yang berkahwin dengan Wan Ya'qub bin Wan Sulaiman,
memperoleh anak bernama Wan Kaltsum yang kahwin dengan Wan Ahmad Hakim bin
Ibrahim (Hakim di Besut, Terengganu), keturunannya di Terengganu. Di antara
anaknya ialah Wan Muhammad Ali, ayah kepada Haji Wan Abdur Rahim Kamil, salah seorang
tokoh perbankan Islam. Wan Kaltsum binti Wan Abdur Rahman berkahwin dengan
ulama bernama Haji Abdus Shamad Kutan, yang kemudian dikenali dengan gelar Tuan
Tabal. Beliau adalah guru kepada Bentara Guru Haji Wan Saleh, iaitu Dato'
Bentara Guru Mufti Terengganu. Mengenai Tuan Tabal yang bererti saudara ipar
kepada Syeikh Wan Ali Kutan diperoleh maklumat daripada keluarga ini di
Terengganu, secara terperinci akan diceritakan pada siri-siri berikut dalam
judul yang tersendiri.
Wan Siti Hajar binti Wan Abdur Rahman mempunyai anak
iaitu Haji Muhammad Sa'id. Beliau berhijrah ke Langkat, belajar dan berkhidmat
kepada Mursyid Thariqat Naqsyabandiyah yang terkenal, iaitu Syeikh Abdul Wahhab Rokan
di Besilam perintis tarikat Nakshabandi di Langkat. Akhirnya Haji Muhammad
Sa'id menjadi murid kesayangan dan orang kanan ulama yang terkenal itu. Haji
Muhammad Sa'id memperoleh enam orang anak, di antaranya ialah Khalifah Haji
Abdul Hamid. Anak beliau ialah Haji Muhammad Saleh Hamid, Ketua Majlis Ulama
Indonesia, Kabupaten Langkat dan Drs. Haji Usman Hamid, bekas dosen/pensyarah
FPOK, IKIP, Medan, Sumatera Utara.
Kelahiran
Kelahiran
Sheikh Wan Ali bin Wan Abdur Rahman merupakan saudara bongsu enam beradik yang
diriwayatkan ini, oleh itu dalam surat menyurat Syeikh Ahmad al-Fathani
memanggil ulama Kelantan tersebut dengan panggilan 'Pak Cu Wan Ali'. Syeikh Wan
Ali adalah ayah saudara sepupu kepada Syeikh Ahmad al-Fathani. Syeikh Wan Ali
al-Kalantani pula berkahwin dengan saudara sepupunya bernama Wan Aisyah binti
Wan Muhammad Saleh al-Fathani, adik beradik dengan Wan Cik binti Wan Muhammad
Saleh al-Fathani, ibu kepada Syeikh Ahmadal-Fathani.
Syeikh Wan Ali lahir dekat Kota Kubang Labu, di tepi
Sungai Kelantan. Ismail Awang dalam majalah Pengasuh menyebut bahawa beliau
lahir tahun 1253 Hijrah/1837 Masihi, tarikh inilah yang diikuti oleh kebanyakan
penulis. Penulis sendiri tetap mempertikaikan tahun yang disebutkan itu, jika
ditulis tahun 1235 Hijrah/1820 Masihi, barangkali lebih mendekati kebenaran.
Hujah-hujah penulis adalah bahawa di kalangan keluarga telah popular cerita
tentang Syeikh Wan Ali bin Abdur Rahman Kutan al-Kalantani adalah sebaya
umurnya dengan Syeikh Wan Muhammad Zain bin Mustafa al-Fathani.
Selain itu, antara beliau terjadi tukar menukar ilmu
pengetahuan dengan Syeikh Abdul Qadir bin Mustafa al-Fathani (adik Syeikh
Muhammad Zain al-Fathani). Adapun hubungan Syeikh Muhammad Zain al-Fathani
dengan Syeikh Wan Ali Kutan itu adalah berbirasan, kerana isteri kedua-duanya
adalah adik beradik. Isteri Syeikh Wan Ali Kutan bernama Wan Aisyah binti Wan
Muhammad Saleh al-Fathani dan isteri Syeikh Wan Muhammad Zain al-Fathani
bernama Wan Cik binti Wan Muhammad Saleh al-Fathani. Syeikh Ahmad al-Fathani
mencatat tahun kelahiran ayahnya itu pada tahun 1233 Hijrah/ 1817 Masihi dan
ibunya lahir pada tahun 1241 Hijrah/1825 Masihi. Sedangkan dalam riwayat bahawa
Wan Cik al-Fathani itu walaupun menjadi kakak ipar kepada Syeikh Wan Ali Kutan,
namun Syeikh Wan Ali Kutan lebih tua daripada Wan Cik. Wan Aisyah adik Wan Cik
pula dilahirkan pada tahun 1243 Hijrah/1827 Masihi, sedangakn Wan Ali Kutan
adalah lebih tua daripada isterinya itu.
Dengan fakta-fakta tersebut di atas, penentuan tarikh
lahir Syeikh Wan Ali Kutan adalah pada tahun 1253 Hijrah/1837 Masihi (yang
bererti lebih muda sekitar sepuluh tahun daripada isterinya) itu adalah suatu
kekeliruan. Diharapkan kepada para pengkaji sejarah dapat meneliti kembali
tahun-tahun yang tersebut itu, mudah-mudahan sejarah yang tepat dapat menjadi
pegangan yang tidak menjadi keraguan lagi.
Pendidikan
Pendidikan ketika di Kelantan tidak jelas, yang dapat
dikaji dimulai dari umur 12 tahun, kerana ketika usia itulah beliau dibawa ke
Mekah untuk belajar di sana. Pendidikan di Mekah itu merupakan penentuan bahawa
Syeikh Wan Ali al-Kalantani dapat dikategorikan sebagai ulama besar yang
lengkap dengan pelbagai ilmu pengetahuan keIslaman. Di antara gurunya di Mekah
dapat dicatat ialah Syeikh Muhammad bin Sulaiman Hasbullah al-Makki, Syeikh
Muhammad Haqqi an-Nazili an-Naqsyabandi. Kedua-dua ulama ini sangat terkenal.
Selain itu, Syeikh Wan Ali al-Kalantani belajar pula
kepada Syeikh Ahmad As'ad ad-Dihan, Syeikh Abdus Shamad Pulau Condong
seorang ulama sufi yang sangat berwibawa Kelantan dan lain-lain. Di Madinah
Syeikh Wan Ali belajar kepada Syeikh Muhammad Amin bin Sayid Ridhwan al-Madani,
terutama sekali menerima ijazah Shalawat Dalailul Khairat dengan sanad yang
bersambung sampai kepada pengasasnya Syeikh Sulaiman al-Jazuli.
Dalam karangannya Lum'atul Aurad, Syeikh Wan Ali al-Kalantani menyebut bahawa beliau menerima ijazah Hizbul Bahri daripada Syeikh Ahmad bin As'ad ad-Dihan juga daripada Syeikh Abdus Shamad Pulau Condong, Kelantan. Syeikh Abdus Shamad Pulau Condong menerima daripada Syeikh Abdullah bin Muhammad Saleh, beliau menerima daripada ayahnya Syeikh Muhammad Saleh bin Abdur Rahman al-Fathani, beliau pula menerima daripada Syeikh Muhammad Saleh bin Ibrahim Mufti Syafi'ie di Mekah pada zamannya. Silsilah ini bersambung terus hingga kepada pengamal pertama Hizbul Bahri, iaitu Wali Allah Syeikh Abil Hasan asy-Syazili r.h. Syeikh Wan Ali al-Kalantani termasuk pengikut Thariqat Syaziliyah yang sanad/silsilahnya bersambung daripada Syeikh Abil Hasan asy-Syazili hingga kepada Hadhrat Baginda Rasulullah s.a.w.
Dalam karangannya Lum'atul Aurad, Syeikh Wan Ali al-Kalantani menyebut bahawa beliau menerima ijazah Hizbul Bahri daripada Syeikh Ahmad bin As'ad ad-Dihan juga daripada Syeikh Abdus Shamad Pulau Condong, Kelantan. Syeikh Abdus Shamad Pulau Condong menerima daripada Syeikh Abdullah bin Muhammad Saleh, beliau menerima daripada ayahnya Syeikh Muhammad Saleh bin Abdur Rahman al-Fathani, beliau pula menerima daripada Syeikh Muhammad Saleh bin Ibrahim Mufti Syafi'ie di Mekah pada zamannya. Silsilah ini bersambung terus hingga kepada pengamal pertama Hizbul Bahri, iaitu Wali Allah Syeikh Abil Hasan asy-Syazili r.h. Syeikh Wan Ali al-Kalantani termasuk pengikut Thariqat Syaziliyah yang sanad/silsilahnya bersambung daripada Syeikh Abil Hasan asy-Syazili hingga kepada Hadhrat Baginda Rasulullah s.a.w.
Syeikh Wan Ali al-Kalantani juga belajar berbagai-bagai
ilmu kepada Syeikh Abdul Qadir bin Abdur Rahman al-Fathani termasuk beliau
menerima Thariqat Syathariyah kepada ulama Patani itu. Syeikh Wan Ali
al-Kalantani juga termasuk pengamal Thariqat Ahmadiyah yang dinisbahkan kepada
Sayid Ahmad bin Idris. Dipercayai Syeikh Wan Ali al-Kalantani telah menerima
talqin bai'ah Thariqat Ahmadiyah itu daripada Syeikh Ibrahim ar-Rasyidi.
Syeikh Wan Ali bin Abdur Rahman, Kutan al-Kalantani meninggalkan beberapa karangan, yang senarai lengkapnya adalah sebagai berikut:
Syeikh Wan Ali bin Abdur Rahman, Kutan al-Kalantani meninggalkan beberapa karangan, yang senarai lengkapnya adalah sebagai berikut:
1. Al-Jauharul
Mauhub wa Munabbihatul Qulub, 1306 Hijrah/1888 Masihi. Kandungannya
merupakan terjemahan dan syarah Lubabul Hadits. Matan Lubabil Hadits adalah
karya Imam Jalaluddin as-Suyuthi. Cetakan pertamanya ditashih oleh Syeikh Ahmad
al-Fathani. Pada cetakan pertama tercantum puisi dalam bahasa Arab gubahan
Syeikh Ahmad al-Fathani yang terdiri daripada 27 bait, dua-dua rangkap.
2. Zahratul
Murid fi 'Aqaidit Tauhid, 1310 Hijrah/1892 Masihi. Kandungannya
membicarakan perkara tauhid menurut pegangan Ahlus Sunnah wal Jama'ah. Cetakan
pertama, juga ditashih oleh Syeikh Ahmad al- Fathani. Di bahagian muka dan
belakang cetakan Mathba'ah al-Miriyah al-Kainah, Mekah, 1315 Hijrah terdapat
keterangan Syeikh Ahmad al-Fathani. Kitab ini terdapat beberapa edisi cetakan
di antaranya dicetak oleh Mathba'ah al-Kamaliyah, Kota Bharu, Kelantan.
3. Lum'atul
Aurad, 1311 Hijrah/1894 Masihi. Kandungannya mengenai selawat, wirid dan
pelbagai doa. Terdapat pelbagai edisi cetakan, di antaranya oleh Matba'ah
al-Miriyah, Mekah, cetakan kedua 1314 Hijrah. Edisi cetakan Matba'ah
Al-Ahmadiah, Singapura, 1346 Hijrah. Dan edisi yang terakhir ialah yang
diusahakan oleh cucunya, Haji Wan Abdul Qadir Daud al-Kalantani. Edisi yang
terakhir ini dicetak terus menerus dan masih beredar di pasaran kitab sampai
sekarang ini. Lum'atul Aurad ini sangat banyak diamalkan oleh para ulama dan
orang awam dunia Melayu, bagi pengamal-pengamalnya selalu menceritakan akan
keberkesanan amalan tertentu yang termaktub dalam kitab itu setelah mereka
mengamalkannya secara teratur dan rutin.
4. Majma'ul
Qashaid wal `Awaid, 1320 Hijrah/1902 Masihi. Kandungannya merupakan
kumpulan pelbagai qasidah. Cetakan pertama Mathba'ah al-Miriyah, Mekah, 1321
Hijrah.
5.
Ilmu Perubatan, ditulis dalam bahasa Arab, masih dalam bentuk manuskrip.
6.
Ilmu Perubatan, ditulis dalam bahasa Melayu, masih dalam bentuk manuskrip.
7. Catatan-catatan,
masih dalam bentuk manuskrip.
Sumber: Artikel tulisan Almarhoum Syeikh Wan Muhammad Saghir r.a 27/09/2004
Sumber: Artikel tulisan Almarhoum Syeikh Wan Muhammad Saghir r.a 27/09/2004
Syeikhuna Tuan Guru Hj Awang Bin Yusuf, Pondok Gelang Mas, Kelantan
Syeikhuna Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam al-Banjarial-Nadwi al-Maliki
Al-Fadhil Syaikh Ahmad Fahmi Zamzam Al-Banjari Al-Nadwi
Al-Maliki dilahirkan pada tahun 1959 di Amuntai, Banjarmasin, Kalimantan
Selatan, Indonesia. Beliau memasuki alam persekolahan di Amuntai sebelum
menyambung pengajian di Madrasah Darussalam Martapura, Kalimantan Selatan
sehingga Tingkatan 'Aliyah. Seterusnya beliau melanjutkan pendidikan di Yayasan
Pesantren Islam Bangil, Jawa Timur.
Pada
tahun 1980, beliau telah meneruskan pengajiannya di India, bersama dengan
ulama' terkenal asy-Syaikh Abul Hassan ‘Ali an-Nadwi di Nadwatul Ulama',
Lucknow. Pada tahun 1984, beliau menamatkan pengajiannya di India dan langsung
datang ke Malaysia dan berkhidmat di Madrasah Tarbiyyah Islamiyyah Derang di
Pokok Sena, Kedah sehinggalah ke hari ini.Pada tahun 1988, beliau berkesempatan
berguru dengan asy-Syaikh Muhammad Yasin al-Fadani dan juga as-Sayyid al-Habib
Muhammad bin ‘Alawi al-Maliki al-Hasani, sehingga beliau dianugerahkan dengan
gelaran keluarga "al-Maliki" pada tahun 2002.
Beliau juga merupakan Mudir, Pasentren Yayasan Islam Nurul
Hidayah (Yasin) di Banjar Baru dan Pasentren Yasin di Muarateweh, Kalimantan,
Indonesia yang dibuka pada tahun 2001 dan 2003. Disamping itu, beliau adalah
Ketua Umum Majelis Ulama' Indonesia Kabupaten Barito Utara, Kalimantan Tengah
untuk sessi 2004 – 2009.
Beliau juga aktif didalam penulisan. Antara kitab yang
beliau susun adalah '40 Hadis Peristiwa Akhir Zaman', '40 Hadis Penawar Hati'
dan '40 Hadis Kelebihan Ilmu dan Ulama', 40 Nasihat Imam Zainuddin Ibnul Wardi
al-Kindi. Selain itu beliau juga telah mentahqiq dan menerbitkan semula kitab-kitab
karangan ulama' silam alam Melayu Nusantara iaitu kitab karangan asy-Syaikh
Abdusshamad al-Falimbani seperti 'Sairus Salikin' (4 jilid) dan 'Hidayatus
Salikin'. Al-Fadhil Syaikh juga aktif menterjemahkan kitab seperti, 'Bidayatul
Hidayah' dan 'Ayyuhal Walad' karangan Imam Al-Ghazali, 'Bustanul Arifin'
karangan Imam An-Nawawi dan Lamiyah Ibnu Wardi karangan Imam Zainuddin Ibnul
Wardi al-Kindi.
Sumber : Http://YayasanSofa.Blogsome.Com
Wednesday, 6 November 2013
اجازة سورة الفاتحة برواية حفص عن عاصم طريق الشاطبية
Tuesday, 5 November 2013
Seminar berTAJUK: SANTAU & KAEDAH RWATANNYA di TANAH MERAH KELANTAN
Wednesday, 9 October 2013
Syeikhuna Maulana Hussin bin Abdul Qodir (ULAMAK HADIS)
-Syeikhuna Maulana Hussin bin Abdul Qodir (ULAMAK HADIS)
-Hampir 30 tahun menetap di Malaysia.
-Maulana Hussin sangat alim Hadis , beliau memiliki Sanad Hadis hingga kepada
Imam Bukhari, Imam Mazhab empat dan terus bersanad kepada Rasululullah S.A.W .
-Beliau sekarang mengajar di pondok-pondok sekitar Kelantandan seluruh Malaysia.
-Beliau berguru dengan anak murid kepada al-Muhaddist Syeikh Zakaria bin Muhamad bin Yahya al-Kandahlawi al-Syahranpur (Sanad Riwayat Ayat manzil).
Syeikhul Hadith Maulana Muhammad Zakariyya al-Kandahlawi
RIWAYAT HIDUP:
Al-Syeikh Maulana
Muhammad Zakariyya bin al-Syeikh Maulana Muhammad Yahya bin al-Syeikh Maulana
Muhammad Ismail adalah dari keluarga yang memiliki asal usul yang mulia ini di
mana salasilah beliau bertemu dengan Saidina Abu Bakr al-Siddq r.a seorang sahabat
yang paling Nabi Muhammad s.a.w. kasihi. Beliau telah dilahirkan pada jam 11.00
malam pada malam bulan Ramadhan yang ke sebelas tahun 1315 Hijriah bersamaan 12
Februari 1898 Masihi di dalam suasana yang terbaik pada ketika itu di mana
amalan soleh mengatasi kemungkaran dan masayarakat di tempatnya berpegang teguh
dengan ajaran agama. Pada masa kelahiranya al-Syeikh Maulana Muhammad Yahya
menjawat jawatan sebagai tenaga pengajar di Madrasah Mazahir al-Ulum,
Saharanpur.
al-Syeikh Abu Hassan
Nadwi memberi komentar bahawa al-Kandalawi ditaqdirkan lahir di dalam keluarga
yang alim dan warak serta istiqamah dalam menjalankan seluruh perintah Allah
s.w.t ini terbukti apabila mereka mempunyai jiwa yang teguh serta kental, sabar
dalam menghadapi kesusahan dan bersyukur ketika menerima kurniaan yang
mengembirakan. Nenek Maulana merupakan seorang hafizah al-Quran di mana beliau
telah menamatkan hafalan keseluruhan al-Quran ketika mengasuh ayahanda Maulana
Muhammad Zakariyya.
KELUARGA:
al-Kandahlawi
dibesarkan di dalam sebuah keluarga yang zuhud dan sederhana. Ibu bapa serta neneknya
sangat menyayanginya dan mempunyai aspirasi yang tinggi bagi menjadikan beliau
seorang insan yang benar-benar beriman kepada Allah s.w.t dengan memiliki ilmu-ilmu
agama dan tidak mencintai dunia sehingga bakhil dalam membelanjakan harta di
jalan Allah s.w.t dan menjual ilmu agama bagi mendapatkan keuntungan dan
kesenangan duniawi yang sementara. Ayahandanya mempunyai kaedah dan caranya
yang tersendiri dalam memastikan beliau memiliki ciri-ciri kepimpinan yang
intelektual, keterampilan yang progresif dengan paduan antara akhlak dan
kewibawaan Rasulullah s.a.w. Tamparan, tengkingan dan pukulan yang menyakitkan
lagi memedihkan daripada ayahnya merupakan perkara biasa bagi dirinya sehingga
beliau menyatakan dalam kitabnya Aap Beeti berkat dan hasil daripada pukulan
ayahandaya serta kesabaran dan ketabahan beliau menghadapinya adalah faktor
tercetusnya kebijaksanaan dan kepakaran beliau dalam ilmu agama khususnya dalam
bidang hadis. Beliau beruntung disebabkan sempat hidup sezaman dengan al-Imam
al-Rabbani al-Syeikh al-Gangohi dan berpeluang bergaul serta bermuamalah dengan
al-Gangohi juga ulama yang lain. Oleh itu beliau telah memperolehi keberkatan
menerusi doa dan keberkatan daripada para ulama yang berpegang teguh dengan
agama Allah s.w.t yang maha suci yang terdiri daripada golongan fuqaha,
muhaddithin dan mereka yang hatinya hampir dengan Allah s.w.t. Oleh yang
demikian keadaanya, al-Kandahlawi berpotensi besar menjadi seorang pemuda yang
soleh, bertaqwa, berkarisma menarik serta memiliki hati sanubari yang suci dan
murni dengan terpelihara daripada anasir-anasir yang boleh merosakkannya dengan
berperisai dengan kubu yang kukuh.
Semasa beliau berumur 19 tahun Allah s.w.t
telah menetapkan ayahandanya pulang ke rahmatullah pada 10 Zul al-Qacedah 1334
H yang mana beliau mewariskan kepadanya sebuah kedai buku. Dengan perniagaan
buku tersebut ayahandanya menyara kehidupan mereka sekeluarga mekipun
ayahandanya berkerja sebagai guru di Madrasah Mazahir al-‘Ulum, Saharanpur
beliau tidak mengambil sebarang upah atau gaji bulanan walaupun telah didesak
beberapa kali untuk menerimanya kerana niatnya yang suci dan murni semata-mata
untuk mendapatkan keredhaan dan keampunan Allah s.w.t. Dengan kematian ayahnya
juga sebagai guru dan mentornya beliau terpaksa berdikari dan mencari sumber
pendapatan sendiri bagi menyara diri dan keluarganya.
Kehidupan beliau sibuk dengan perkara-perkara yang bermanfaat yang
berlegar di sekitarnya. Beliau menjaga masanya setiap detik dan ketika. Selepas
beliau solat fajar beliau duduk sekejap. Beliau sibuk berzikir dan berdoa
dengan himpunan doa masnun. Kemudian beliau balik ke rumahnya dan duduk bersama
orang ramai sambil minum teh tanpa sarapan dan makan. Kemudian beliau masuk ke
biliknya dan sibuk mengulangkaji dan mengarang. Pada masa ini tidak ada
sesiapapun yang menziarahinya kecuali orang yang ingin belajar atau mereka yang
datang sebagai tetamu. Biliknya lengang dari segala macam perhiasan dan
seseorang itu akan terasa berat hati untuk menyusahkan beliau dengan
menziarahinya dan berurusan dengan kesibukannya. Selepas solat Zohor beliau
sibuk dengan menulis risalah dan jarang sekali beliau tidak melakukan demikian.
Kemudian beliau keluar untuk mengajar. Beliau sibuk mengajar selama 2 jam
sebelum solat asar. Selepas solat asar beliau duduk bersama orang ramai dan
memberi mereka minum teh dan mereka terdiri daripada bilangan orang yang besar.
Orang yang menziarahinya menyangka beliau mengadakan kenduri kecil tetapi ia
adalah perkara biasa. Selepas solat Maghrib beliau sibuk dengan amalan-amalan
sunat dan wirid. Biasanya beliau tidak makan malam kecuali untuk meraikan
tetamu yang besar. Beliau seorang yang pintar membahagiakan waktu antara masa
mengulangkaji, mengarang buku ilmiah, menyambut tetamu dan lain-lain lagi.
Semua itu tidak menyibukkannya dari kesibukan dengan tuhannya, berseorangan
untuk beribadat, bermunajat, mendidik para pelajar dan tidak menyibukkan
daripada mengahdiri perhimpunan besar jemaah tabligh serta tidak menyibukkan
daripada mengarang kitab dan surat-surat di dalam pengislahan dan mengajak
manusia kepada ajaran Allah yang sempurna.
PENDIDIKAN:
Pendidikan al-Kandahlawi bermula pada tahun 1325 H-1907 M hingga tahun 1336
H-1917 M. Di antara masyaikh yang telah menjadi guru dan pembimbing beliau
ialah ayahandanya sendiri al-Syeikh Maulana Muhammad Yahya bin al-Syeikh
Maulana Muhammad Isma’il, bapa saudaranya al-Syeikh Maulana Muhammad Ilyas,
Syeikh Saharanpuri, Maulana ‘Abd al-Wahid Sanbuli, Maulana ‘Abd al-Latif dan
ramai lagi. Beliau belajar membaca dengan Hakim ‘Abd al-Rahman Muzaffarnagar
dan menghafal al-Quran melalui bimbingan ayahandanya serta belajar buku parsi
dan asas bahasa Arab dengan bapa saudaranya al-Syeikh Maulana Muhammad Ilyas.
Bapanya menitikberatkan pendidikan dan mengambil kira mengenainya sehingga
al-Kandahlawi disuruh membaca setiap apa yang telah dihafalnya daripada
al-Quran al-Karim sebanyak 100 kali dan melarang beliau dari bercampur-gaul
dengan orang ramai. Beliau tinggal bersama ayahnya di rumah al-Syeikh Gangohi
sehingga 8 tahun. Kemudian beliau bersama dengan bapanya pergi ke Mahazhir
al-Ulum, Saharanpur menetap di sana di mana bapanya merupakasan salah seorang
tenaga pengajar di situ.
Sebelum memulakan pengajian hadis, bapanya
al-Syeikh Maulna Muhammad Yahya akan mandi dan solat dua rakacat. Semasa berada
di sini, minat al-Kandahlawi terhadap ilmu hadis semakin menebal ini
menyebabkan beliau menjadikan hadis sebagai fokus dan matlamat utama kehidupan
yang perlu dikuasainya seperti mana leluhurnya telah perolihi. Di bawah
bimbingan dan tunjuk ajar bapanya beliau mahir dalam pengaplikasian Bahasa
Arab, nahu, ilmu morfologi, kesusasteraan dan ilmu mantik. Bapanya al-Syeikh
Maulana Muhammad Yahya mengajarnya kutub sittah dari pada awal hingga akhir,
manakala al-Syeikh Maulana Khalil Ahmad Saharanpuri mengajarnya sahih
al-Bukhari dan sunan al-Tirmidhi buat kali kedua.
Semasa
di alam persekolahan lagi al-Kandahlawi telah mula berjinak dalam arena
penulisan di mana beliau menjadi penulis dan penyunting kitab Baz al-Majhud
syarah Sunan Abu Daud hasil karya al-Syeikh Maulana Khalil Ahmad Saharanpuri.
Al-Kandahlawi berguru dengannya sehingga beliau meninggal dunia di Madinah
al-Munawwarah pada 1346 H. Jenazah beliau dikebumikan di tanah perkuburan
Baqi’. Sebelum wafat al-Saharanpuri telah menyatakan hasratnya kepada
al-Kandahlawi supaya membantunya menghasilkan sebuah kitab Syarah Sunan Abi
Daud yang diberi nama Baz al-Majhud ini kerana beliau tidak terdaya
menghasilknya sendiri disebabkan faktor usianya yang telah lanjut dan uzur
serta ganguan angota badannya yang kerap kali bergetar dan mengigil, halangan
sebegini menyukarkannya menyiapkan kitab ini secara perseorangan.
Kitab-Kitab Syeikhul Hadis Muhammad Zakariyya
Hasil Karangan Syeikhul Hadis Muhammad Zakariyya
Rumah Syeikhul Hadis Muhammad Zakariyya |
Subscribe to:
Posts (Atom)