Wednesday, 21 August 2013

AMALAN SELAWAT AL-FATEH

Tujuan baca selawat atas Nabi SAW :

• Beribadah, kerana memenuhi perintah Allah S.W.T seperti yang di sebut dalam kitab
suci al-Quran, Allah SWT berfirman yang maksudnya.
“ Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya solawat kepada Nabi, Hai orang orang
yang beriman bersolawatlah kamu kepadanya dan ucaplah salam penghormatan
kepadanya ”
( Surah al-Ahzab: ayat : 56 )
• Memuliakan Nabi Muhamad SAW dengan mengakui kerasulannya dan mengikuti ajaran
yang dibawanya serta memohon kepada Allah SWT untuk memberi rahmat,
penghormatan, kemuliaan kepada Baginda, dan kedudukan yang tinggi atas ahlinya dan
sahabatnya..

Selawat al-Fateh:

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ الْفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ وَالْخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ نَاصِرِ الْحَقِّ بِالْحَقِّ وَالْهَادِى إِلَى صِرَاطِكَ الْمُسْتَقِيمِ وَعَلَى آلِهِ وصحبه حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ الْعَظِيمِ.
Ertinya:
“ Ya Allah limpahkanlah rahmat keatas junjungan kami Nabi Muhammad yang membuka
kunci sesuatu yang dikunci dan penyudah bagi Nabi yang terdahulu daripadanya dan yang
menolong (membela) kebenaran dengan kebenaran dan memberi petunjuk ke jalan yang
benar dan lurus dan kurniakanlah rahmat dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat
sahabatnya dengan kurnia yang layak dengan kadarnya dan makamnya yang mulia .”

Ringkasan Sejarah.

Selawat al- Fateh adalah berasal daripada al-Qutub Sayyid Muhammad Syamsuddin bin
Abul Hasan al-Bakry r.a. yang mendapat ilham kurniaan setelah bermunajat pada Allah
SWT selama 18 tahun di Makkah. Selawat ini juga di sebut penghulu segala selawat kerana
mengandung rahsia segala selawat dan rahsia zikir dan nama nama Allah yang maha agung.

Cara cara untuk Mengamalkan Selawat al-Fateh:

Sebagai amalan harian selepas solat lima waktu dan pada hari Jumaat ditingkatkan bilangan
bacaan selawat.kepada 300 x:
1. Fatehah kepada Rasulullah SAW Baca ( l x)
2. Istighfar (Mohon ampun pada Allah) (100x )
3. Selawat al-Fateh (100/300x )
4. Zikir (100 x)
5. Doa ( l0 x)


Jika mempunyai sesuatu hajat yang penting hendaklah dimulakan dengan solat sunat hajat 2
rakaat
atau 12 rakaat sebaik baiknya dan amalkan selama 120 hari dengan bilangan bacaan
selawat 1000 setiap hari :

1. Hadiah al-Fatihah kepada Rasulullah Baca (l x)
2. Istighfar (Mohon ampun pada Allah) (100 x)
3. Selawat al-Fateh (1,000x )
4. Zikir (1,000x )
5. Doa (10 x).


Amalan selawat al-Fateh mesti di niatkan dengan tujuan beribadah kerana Allah dan
memuliakan Rasulullah sahaja dan mohonlah pada Allah SWT dengan keberkatan bacaan
selawat untuk minta di sampaikan apa yang dihajati.

Fadhilat dan kelebihan Amalan Selawat al-Fateh:

***Orang yang kekal mengamalkan solawat al-Fateh secara istiqamah akan mendapat anugerah
33 fadhilat dan karamah di dunia dan di akhirat.Antara kelebihan yang diperoleh di dunia di
antaranya ialah :
• Mendapati diri dihormati oleh masyarakat
• Mendapat pertolongan dan dijauhkan musibah serta musuh.
• Menerima rezeki besar atau kenaikan pangkat yang tiada di sangka sangka.
Antara kelebihan diperolehi di alam akhirat ialah mendapat syafaat iaitu pertolongan dan
pembelaan dari Rasulullah SAW,khas bagi orang orang yang beriman pada Allah SWT dan
kekal membaca selawat, dengan demikian mendapat:-
• Dapat bersama sama dan berdamping dengan Rasulullah SAW di alam akhirat
• Kekal kasih di antara kita dengan Rasulullah SAW.
• Terlepas dari seksa dan huru hara di alam akhirat.


<<< Risalah Wirid Khaujakan >>>

2 comments: