Tuesday, 10 April 2012

Tanda-tanda gangguan jin saka


Di antara tanda-tanda yang menunjukkan seseorang itu ada saka adalah seperti yang dinyatakan berikut:

1. Gejala pada waktu tidur:
  • Mimpi melihat budak kecil. Bermimpi budak kecil menyusu dan rasa sayangkannya (ini berlaku kepada golongan wanita).
  • Mimpi melihat orang tua (berjubah @ lain2) yang datang hendak memberi sesuatu. ini biasa berlaku kepada golongan lelaki).
  • Susah tidur malam, tidak boleh tidur kecuali setelah besusah payah.
  • Sering terjaga pada waktu malam dalam keadaan cemas dan takut.
  • Mimpi buruk yang dikenali kabus seperti mimpi melihat sesuatu yang mengancamnya lantas menjerit meminta pertolongan, malangnya tiada siapa mendengar. Biasanya terjadi dalam keadaan ‘kena tindih’.
  • Mimpi perkara yang menakutkan dan menyeramkan.
  • Mimpi melihat binatang seperti kucing, anjing, unta, ular, serigala, tikus dan sbagainya. Kalau bermimpi dipatuk ular, kemungkinan petanda bahawa sihir telah pun masuk ke dalam jasadnya.
  • Bunyi gigi berlaga ketika tidur.
  • Ketawa, menangis dan menjerit-jerit ketika sedang tidur.
  • Berdiri dan berjalan ketika tidur.
  • Mimpi jatuh dari tempat tinggi.
  • Mimpi berada di kawasan kotoran atau kawasan perkuburan.
  • Mimpi berada di tempat sunyi.
  • Mimpi terserempak atau melihat makhluk dengan rupa yang menakutkan atau diistilahkan sebagai hantu.
  • Mimpi melihat salib atau gereja.
  • Mimpi bertemu paderi.
  • Merintih dan menangis ketika tidur.
2. Gejala pada waktu jaga:
  • Selalu pening, para pengamal perubatan moden tidak dapat mengesan penyakit dan dikatakan penyakit misteri.
  • Sentiasa terasa sakit di belakang terutama di tulang belakang
  • Selalu lalai daripada mengingati Allah s.w.t.
  • Hilang ingatan dan mungkin mnjadi gila. Gila adalah berpunca dari jin. Dalam bahasa arab, orang gila digelar ‘majnun’. majnun bermaksud dijinkan iaitu isim maf’ul.
  • Sering lesu dan malas.
  • Rasa sakit di salah satu anggota badan dan doktor tidak berupaya mengubatinya.
  • Sentiasa terasa sakit di belakang terutama di tulang belakang.
  • Lenguh di sendi-sendi utama.
  • Melihat sesuatu yang pelik semasa jaga.
  • Terasa seolah-olah terdapat sesuatu di bawah tapak kaki. Seperti terpijak batu atau telur.
  • Mudah panik dan kaget apabila berhadapan dengan sesuatu ujian.
  • Jiwa sentiasa lemah dan tiada motivasi untuk meneruskan kehidupan.
  • Sentiasa mengantuk teutamanya dalam majlis ilmu.
  • Mudah marah dan panas baran.
  • Emosional dan terlalu sensitif.

No comments:

Post a Comment