Setiap rumah perlu ada pagarnya samada pagar secara zahir atau melalui doa pelindung agar terselamat dari kejahatan manusia dan jin serta binatang.
Pagar Diri
1. Baca Surah al-Baqarah@al-Kahfi setiap kali selepas solat maghrib.(sekurang-kurangnya seminggu sekali)
2. Biasakan membaca sebelum tidur ayat2 berikut
a. Ayat Qursi 7x
b. Bismillah enam 11x
c. Doa Nabi Sulaiman 3x
Pagar rumah
1. Sediakan bahan-bahan berikut
a. Garam kasar secukupnya mengikut keluasan keliling rumah.
b. Air yang belum dijamah api atau air kolah masjid.
2. Bacakan kepada bahan tadi
a. Surah Yaasin 1x
b. Surah ad-Dukhan 1x
c. Ayat Qursi 17x
3. Larutkan air dan garam tadi kemudian direnjiskan kesegenap ruang di dalam rumah bermula dari ruang tamu. Adalah lebih baik jika diazankan dulu semua tempat sebelum merenjiskan air.
Ø Amalan memagar rumah boleh dilakukan seberapa kali yang kita suka. Bagi rumah yang mengalami gangguan yang kuat digalakkan memagarnya seminggu sekali atau sebulan sekali
Dulu bomoh siam jampi guna garam dan lada hitam untuk halau jin dan iblis.
ReplyDeleteGARAM SEBAGAI BAHAN/KAEDAH RAWATAN ISLAM:
ReplyDeleteDiriwayatkan dari Abdullah bin Mas'ud dia berkata, "Ketika Rasulullah SAW solat, ketika sujud beliau disengat oleh kalajengking pada jari-jarinya. Maka berpalinglah Rasulullah SAW dan beliau berkata, "Semoga ALLAH melaknati kalajengking itu, selama kau tinggalkan Nabi dan selainnya". Abdullah bin Mas'ud berkata, "Kemudian Nabi meminta bejana yang isinya air dan garam. Lalu beliau memulai meletakkan air dan garamnya tersebut ke tempat luka sengatan tadi dan beliau membaca Qul Huwallaahu Ahad dan Al-Mu'awwi-dzatain (Al-Falaq dan An-Nas) sehingga luka sengatan tadi menjadi tenang"
(Kitab At-Thibbun Nabawi halaman 141)