Habbatus sauda' adalah sejenis bijirin yang sangat terkenal khasiatnya dalam perubatan Islam, mempunyai dalil atau nas yang terlalu banyak dari Nabi saw sendiri dan ulama perubatan Islam.
Di antara sabda Rasulullah saw dalam hadis sahih diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, Baginda saw bersabda yang bermaksud: "Daripada hadis Abi Salamah (r.d.) bahawasanya Rasulullah saw bersabda: "Hendaklah kamu mengambil habbatus sauda' ini, kerana ianya penyembuh bagi setiap penyakit, melainkan mati".
Ibnu Sina dalam kitabnya "Al-Qanun Fi Al-Thibb" m.s. 856, menyatakan bahawa: "Habbatus sauda' dapat melegakan angin dalam badan, masalah paru-paru, sakit kerongkongan, sakit kepala, buah pinggang, kencing, gastrik, menguatkan jantung, menghilangkan keletihan dan membuang keracunan badan (toksin)".
No comments:
Post a Comment