Thursday, 22 August 2013

Wednesday, 21 August 2013

AMALAN DOA PEMBUKA KUNCI LANGIT & BUMI


حزب الجيلاني البغدادي / HIZIB JAILANI


AMALAN SELAWAT AL-FATEH

Tujuan baca selawat atas Nabi SAW :

• Beribadah, kerana memenuhi perintah Allah S.W.T seperti yang di sebut dalam kitab
suci al-Quran, Allah SWT berfirman yang maksudnya.
“ Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya solawat kepada Nabi, Hai orang orang
yang beriman bersolawatlah kamu kepadanya dan ucaplah salam penghormatan
kepadanya ”
( Surah al-Ahzab: ayat : 56 )
• Memuliakan Nabi Muhamad SAW dengan mengakui kerasulannya dan mengikuti ajaran
yang dibawanya serta memohon kepada Allah SWT untuk memberi rahmat,
penghormatan, kemuliaan kepada Baginda, dan kedudukan yang tinggi atas ahlinya dan
sahabatnya..

Selawat al-Fateh:

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ الْفَاتِحِ لِمَا أُغْلِقَ وَالْخَاتِمِ لِمَا سَبَقَ نَاصِرِ الْحَقِّ بِالْحَقِّ وَالْهَادِى إِلَى صِرَاطِكَ الْمُسْتَقِيمِ وَعَلَى آلِهِ وصحبه حَقَّ قَدْرِهِ وَمِقْدَارِهِ الْعَظِيمِ.
Ertinya:
“ Ya Allah limpahkanlah rahmat keatas junjungan kami Nabi Muhammad yang membuka
kunci sesuatu yang dikunci dan penyudah bagi Nabi yang terdahulu daripadanya dan yang
menolong (membela) kebenaran dengan kebenaran dan memberi petunjuk ke jalan yang
benar dan lurus dan kurniakanlah rahmat dan sejahtera keatas keluarganya dan sahabat
sahabatnya dengan kurnia yang layak dengan kadarnya dan makamnya yang mulia .”

Ringkasan Sejarah.

Selawat al- Fateh adalah berasal daripada al-Qutub Sayyid Muhammad Syamsuddin bin
Abul Hasan al-Bakry r.a. yang mendapat ilham kurniaan setelah bermunajat pada Allah
SWT selama 18 tahun di Makkah. Selawat ini juga di sebut penghulu segala selawat kerana
mengandung rahsia segala selawat dan rahsia zikir dan nama nama Allah yang maha agung.

Cara cara untuk Mengamalkan Selawat al-Fateh:

Sebagai amalan harian selepas solat lima waktu dan pada hari Jumaat ditingkatkan bilangan
bacaan selawat.kepada 300 x:
1. Fatehah kepada Rasulullah SAW Baca ( l x)
2. Istighfar (Mohon ampun pada Allah) (100x )
3. Selawat al-Fateh (100/300x )
4. Zikir (100 x)
5. Doa ( l0 x)


Jika mempunyai sesuatu hajat yang penting hendaklah dimulakan dengan solat sunat hajat 2
rakaat
atau 12 rakaat sebaik baiknya dan amalkan selama 120 hari dengan bilangan bacaan
selawat 1000 setiap hari :

1. Hadiah al-Fatihah kepada Rasulullah Baca (l x)
2. Istighfar (Mohon ampun pada Allah) (100 x)
3. Selawat al-Fateh (1,000x )
4. Zikir (1,000x )
5. Doa (10 x).


Amalan selawat al-Fateh mesti di niatkan dengan tujuan beribadah kerana Allah dan
memuliakan Rasulullah sahaja dan mohonlah pada Allah SWT dengan keberkatan bacaan
selawat untuk minta di sampaikan apa yang dihajati.

Fadhilat dan kelebihan Amalan Selawat al-Fateh:

***Orang yang kekal mengamalkan solawat al-Fateh secara istiqamah akan mendapat anugerah
33 fadhilat dan karamah di dunia dan di akhirat.Antara kelebihan yang diperoleh di dunia di
antaranya ialah :
• Mendapati diri dihormati oleh masyarakat
• Mendapat pertolongan dan dijauhkan musibah serta musuh.
• Menerima rezeki besar atau kenaikan pangkat yang tiada di sangka sangka.
Antara kelebihan diperolehi di alam akhirat ialah mendapat syafaat iaitu pertolongan dan
pembelaan dari Rasulullah SAW,khas bagi orang orang yang beriman pada Allah SWT dan
kekal membaca selawat, dengan demikian mendapat:-
• Dapat bersama sama dan berdamping dengan Rasulullah SAW di alam akhirat
• Kekal kasih di antara kita dengan Rasulullah SAW.
• Terlepas dari seksa dan huru hara di alam akhirat.


<<< Risalah Wirid Khaujakan >>>

HIZIB NASHR - حزب النصر للامام الشاذلي رضي الله عنه



 HIZIB NASHR (Doa Mohon Pertolongan)


Doa ini sangat ampuh oleh sufi terkenal Syeikh Muhammad Ibn Nasir (meninggal dunia 1085H), telah dibacakan di Maghribi untuk menhapuskan pemerintahan Perancis. Begitu kuatnya itu, bahawa Presiden Perancis telah mengeluarkan arahan melarang pembacaan dari masjid. Tarikh Maghribi gerakan untuk kembali Raja Muhammad dari pelarangan Doa tersebut sesuai dengan keadaan umat islam sekarang. Ianya ditulis pada waktu itu Syaikh Abu Hassan sedang bertempur melawan para Tentera Salib, yang dipimpin oleh Raja Louis IX dari Perancis. Tentera Salib cuba untuk menyerang melalui bandar Mansura. Allah (SWT) memberi kemenangan kepada Muslim.

Doa ini merupakan suatu semangat jihad bagi mendapat kekuatan dan meraih kemenangan dalam perjuangan dan mendapatkan kekuatan dan bantuan untuk selamat dari bencana dan malapetaka.


 
 


حزب النصر للامام الشاذلي رضي الله عنه
وَھُوَلِتَدْ مِیْرِالظَّالِمِ وَقَھْرِالْاَعْدَآءِ یُسْتَعْمَلُ عَلى وَجْھٍ خَآصٍ كَمَالاَیَخْفى ذلِكَ عَلى
اَرْبَابِ الْخَوَآصِّ وَلَھُ سِرٌّعَجِیْبٌ وَاَمْرٌغَرِیْبٌ یُقْرَأُ فىِ الْمُھِمَّاتِ وَلِلتَبَرُّكِ فِيْ سَائِرِ
الْاَوْقَاتِ وَھُوَھذَا
بسم الله الرحمن الرحیم
اَللّھُمَّ بِسَطْوَةِ جَبَرُوْتِ قَھْرِكَ.
وَبِسُرْعَةِ اِغَاثَةِ نَصْرِكَ.
وَبِغَیْرَتِكَ لِاِنْتِھَاكِ حُرُمَاتِكَ.
وَبِحِمَایَتِكَ لِمَنِ احْتَمَى بِآیَاتِكَ.
نَسْئَلُكَ یَا اَللهُ یَاسَمِیْعُ. یَاقَرِیْبُ. یَامُجِیْبُ. یَاسَرِیْعُ. یَامُنْتَقِمُ. یَاشَدِیْدَ الْبَطْشِ. یَاجَبَّارُ. یَاقَھَّارُ یَامَنْ لاَ یُعْجِزُهُ قَھْرُ الْجَبَابِرَةِ.
وَلاَیَعْظُمُ عَلَیْھِ ھَلاَكُ الْمُتَمَرِّدَةِ. مِنَ الْمُلُوْكِ وَالْاَكَاسِرَةِ.
اَنْ تَجْعَلَ كَیْدَ مَنْ كَادَنِيْ فِيْ نَحْرِهِ.
وَمَكْرَ مَنْ مَكَرَبِيْ عَآئِدًا عَلَیْھِ.
.  وَحُفْرَةَ مَنْ حَفَرَلِيْ وَاقِعًا فِیْھَا
وَمَنْ نَصَبَ لِيْ شُبْكَةَ الْخِدَاعِ اِجْعَلْھُ یَاسَیِّدِيْ مُسَاقًا اِلَیْھَا
وَمُصَادًا فِیْھَا. وَاَسِیْرًا لَدَیْھَا.
اَللّھُمَّ بِحَقِّ كھیعص. اِكْفِنَا ھَمَّ الْعِدَا.
وَلَقِّھِمُ الرَّدَا. وَاجْعَلْھُمْ لِكُلِّ حَبِیْبٍ فِدَا.
وَسَلِّطْ عَلَیْھِمْ عَاجِلَ النِّقْمَةِ. فىِ الْیَوْمِ وَالْغَدَا.
اَللّھُمَّ بَدِّدْ شَمْلَھُمْ. اَللّھُمَّ فَرِّقْ جَمْعَھُمْ. اَللّھُمَّ قَلِّلْ عَدَدَھُمْ.
اَللّھُمَّ فُلَّ حَدَّھُمْ. اَللّھُمَّ اجْعَلِ الدَّائِرَةَ عَلَیْھِمْ.
. اَللّھُمَّ اَرْسِلِ الْعَذَابَ اِلَیْھِمْ
اَللّھُمَّ اَخْرِجْھُمْ عَنْ دَائِرَةِ الْحِلْمِ.
وَاسْلُبْھُمْ مَدَدَ الْاِمْھَالِ.
وَغُلَّ اَیْدِیَھُمْ. وَارْبِطْ عَلى قُلُوْبِھِمْ. وَلاَ تُبَلِّغْھُمُ اْلآمَالَ.
اَللّھُمَّ مَزِّقْھُمْ كُلَّ مُمَزِّقٍ مَزَّقْتَھُ لِاَعْدَآئِكَ.
اِنْتِصَارًا لِاَنْبِیَائِكَ وَرُسُلِكَ وَاَوْلِیَائِكَ.
اَللّھُمَّ انْتَصِرْلَنَا انْتِصَارَكَ لِاَحْبَابِكَ عَلى اَعْدَآئِكَ.
اَللّھُمَّ لاَتُمَكِّنِ الْاَعْدَآءَ فِیْنَا.
بِذُنُوْبِنَا. وَلاَتُسَلِّطْھُمْ عَلَیْنَا
حم حم حم حم حم حم حم
حُمَّ الْاَمْرُوَجَآءَ النَّصْرُ فَعَلَیْنَا لاَ یُنْصَرُوْنَ.
حم عسق حِمَایَتُنَا مِمَّانَخَافُ.
لَا لِلْبَلْوَى. اَللّھُمَّ قِنَا شَرَّالْاَسْوَاءِ. وَلاَتَجْعَلْنَا مَحَ
اَللّھُمَّ اَعْطِنَا اَمَلَ الرَّجَاءِ. وَفَوْقَ الْاَمَلِ
یَاھُوَ یَاھُوَ یَاھُوَ.
یَامَنْ بِفَضْلِھِ لِفَضْلِھِ نَسْئَلُكَ. الْعَجَلَ اَلْعَجَلَ اَلْعَجَلَ.
اِلھِيَ الْاِجَابَةَ اِلھِيَ الْاِجَابَةَ اِلھِيَ الْاِجَابَةَ.
یَامَنْ اَجَابَ نُوْحًا فِيْ قَوْمِھِ.
یَامَنْ نَصَرَ اِبْرَاھِیْمَ عَلى اَعْدَآئِھِ.
یَامَنْ رَدَّ یُوْسُفَ عَلى یَعْقُوْبَ.
یَامَنْ كَشَفَ ضُرَّ اَیُّوْبَ. یَامَنْ اَجَابَ دَعْوَةَ زَكَرِیَّا.
یَامَنْ قَبِلَ تَسْبِیْحَ یُوْنُسَ ابْنِ مَتّى.
نَسْئَلُكَ بِاَسْرَارِ اَصْحَابِ ھذِهِ الدَّعَوَاتِ اَنْ تَتَقَبَّلَ مَابِھِ دَعَوْنَاكَ.
وَاَنْ تُعْطِیَنَا مَا سَئَلْنَاكَ. اَنْجِزْلَنَا وَعْدَكَ الَّذِيْ وَعَدْتَّھُ لِعِبَادِكَ الْمُؤْمِنِیْنَ.
لاَاِلھَ اِلاَّ اَنْتَ سُبْحَانَكَ اِنِّيْ كُنْتُ مِنَ الظَّالِمِیْنَ.
اِنْقَطَعَتْ آمَالُنَا وَعِزَّتِكَ اِلاَّمِنْكَ.
وَخَابَ رَجَآؤُنَا وَحَقِّكَ اِلاَّفِیْكَ.
اِنْ اَبْطَأَتْ غَارَةُ الْاَرْحَامِ وَابْتَعَدَتْ. فَاَقْرَبُ شَّيْءِ مِنَّا غَارَةُ اللهِ. یَاغَارَةَ اللهِ جُدِّى السَّیْرَ مُسْرِعَةً.
فِيْ حَلِّ عُقْدَتِنَا یَاغَارَةَ اللهِ. عَدَتِ الْعَادُوْنَ وَجَارُوْا.
وَرَجَوْنَا اللهَ مُجِیْرًا. وَكَفى بِاللهِ وَلِیا.
وَكَفى بِاللهِ نَصِیْرًا.
وَلاَحَوْلَ وَلاَقُوَّةَ اِلاَّبِاللهِ الْعَلِيِّ . وَحَسْبُنَا اللهُ وَنِعْمَ الْوَكِیْلُ
الْعَظِیْمِ
اِسْتَجِبْ لَنَا آمِیْنَ. اِسْتَجِبْ لَنَا آمِیْنَ. اِسْتَجِبْ لَنَا آمِیْنَ.
فَقُطِعَ دَابِرُ الْقَوْمِ الَّذِیْنَ ظَلَمُوْا
وَالْحَمْدُ للهِ رَبِّ الْعَالَمِیْنَ
وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدنَا مُحَّمَدْ وَعَلَى اَلِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ تَسْلِيْمًا

MAKSUDNYA; Ya Allah,demi kekuasaan dari Maha Kuasa-Mu dan demi pantasnya bantuan dari Kemenangan-Mu dan demi Kemurkaan-Mu pada larangan dengan perlindungan-Mu yang tak terganggu-gugat kepada sesiapa saja yang mencari perlindungan pada ayat-ayat Mu kami meminta pada-Mu. Ya Allah, Ya Allah, Ya Allah, Wahai Yang Mendengar, Yang Mahadekat, Yang Mengabulkan, Yang Maha Berupaya, Yang Maha Membalas, Yang Maha Memurkai, Yang Maha Kuasa, Yang Maha Menakluk, Yang takkan mampu dilemahkan oleh kuasa tirani dan bagi-Nya, menghancurleburkan zalimnya raja-raja dan penjajah bukanlah suatu kesukaran Kami memohon pada-Mu, jadikan perangkap mereka yang merancang kemusnahan kami, menjadi penyebab kemusnahannya sendiri dan rancangan mereka yang memusuhi kami berbalik pada diri mereka sendiri dan buatkan mereka yang menyediakan lubang perangkap bagi kami untuk jatuh ke dalamnya sendiri dan bagi mereka yang memasang jaringan tipuan jadikan bagi mereka, Ya Allah, terdorong ke dalamnya terperangkap di dalamnya dan terpenjara di dalamnya. Ya Allah, dengan Haq Kaaaf Ha Ya Aiiin Saad, Selamatkan kami dari pendudukan lebih awal oleh musuh kami Binasakan mereka dan timpakan pengajaran yang sebenarnya ke atas mereka dan akibatkan balasan yang maha dahsyat untuk mereka Hari ini dan esok
Ya Allah, leburkan kesatuan mereka, hamburkan perhimpunan mereka kurangkan bilangan mereka, tumpulkan muncung senjata mereka, kepungi mereka, sampaikan kemurkaan ke atas mereka, usirlah mereka dari lingkaran kemurahan-Mu dan halangi mereka dari ruang untuk berehat dan belenggukan tangan dan kaki mereka dan tambatlah hati mereka dan jangan biarkan mereka mendapatkan cita-cita mereka. Ya Allah, hancur luluhkan mereka menjadi koyakan-koyakan yang bertaburan sebagaimana Engkau seret musuh-musuh Mu, untuk mengurniakan kemenangan, bagi Rasul-rasul-Mu bagi nabi-nabi-Mu, bagi wali-wali-Mu Ya Allah, kirimkan kemenangan sebagaimana telah Engkau menangkan kekasih-Mu ke atas musuh-Mu
Ya Allah, jangan izinkan musuh berkuasa ke atas kami dan jangan jadikan mereka menakluki kami hanya kerana dosa-dosa kami. Ya Allah, jangan izinkan musuh berkuasa ke atas kami dan jangan jadikan mereka menakluki kami hanya kerana dosa-dosa kami
Ya Allah, jangan izinkan musuh berkuasa ke atas kami dan jangan jadikan mereka menakluki kami hanya kerana dosa-dosa kami. Nasr min Allahi wa fathun Qarib, wa Bashiril Mu’minin
“Pertolongan itu dari Allah and Kemenangan itu Dekat, dan Sampaikan Khabar Gembira bagi Golongan yang Beriman.” [Surah as-Saff (61):13].


 www.munahamzan.blogspot.com