Friday, 28 September 2012

Hukum Berkaitan Ibadah Korban (Udhuhiyyah)




MAKSUD KORBAN : dari segi bahasa (hampir), dari kata qaruba-yaqruhu-qurbaan, ertinya dekat/hampir, mendekat.

DARI SEGI ISTILAH : menyembelih binatang tertentu pada Hari Raya AidilAdha (haji),iaitu
10 Zulhijjah dan hari Tasyrik (11, 12, 13 Zulhijjah dengan tujuan beribadat atau menghampirkan diri kepada Allah SWT.

HUKUM KORBAN :: IALAH SUNAT MUAKKAD : iaitu sangat dituntut ke atas umat Islam yang BERKEMAMPUAN tetapi menjadi WAJIB BILA BERNAZAR.

* Tuntutan sunat muakkad adalah bagi orang yang cukup syarat-syaratnya (Islam, Sempurna Akal, dan Baligh)
* Orang yang berkorban dianjurkan menyembelih binatang itu sendiri atau (boleh diwakilkan kpd 'penyembelih') sekurang-kurangnya menyaksikan pada waktu penyembelihan dilakukan.

SYARAT & JENIS BINATANG YANG SAH DIKORBANKAN :

* Binatang yg hendak dikorban mestilah sempurna fizikalnya
(tidak cacat, tidak sakit/berpenyakit, tidak buta, tidak berkurap, dan tidak kurus)

Binatang yang sah dikorbankan adalah :
 
*UNTA (umur 5 tahun ke atas)
*LEMBU @ KERBAU (umur 2 tahun ke atas)
*KAMBING  (umur 2 tahun ke atas)
*BIRI-BIRI / KIBAS (umur 1 tahun ke atas)


 
PEMBAHAGIAN DAGING KORBAN:

Daging korban sangat afdal diberikan dalam keadaan mentah kepada fakir miskin Islam.
·        1/3 daging disedekahkan fakir miskin
·        1/3 daging untuk orang ramai (umum)
·        1/3 daging dimakan oleh orang yang berkorban serta keluarganya
 

HIKMAH KORBAN:


•         Mengingati dan menghayati pengorbanan Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail.
•         Memberi peluang fakir miskin menikmati daging korban.
•         Menimbulkan rasa kesyukuran kepada Allah.
•         Memupuk sifat ikhlas dan menambah taqwa.
•         Memupuk semangat berkorban menegakkan syiar Islam.
•         Merapatkan silaturrahim di kalangan umat Islam.


No comments:

Post a Comment