Wednesday 9 October 2013

Syeikhuna Maulana Hussin bin Abdul Qodir (ULAMAK HADIS)

-Syeikhuna Maulana Hussin bin Abdul Qodir (ULAMAK HADIS)

-Berusia tahun 50an.
-Hampir 30 tahun menetap di Malaysia.
-Maulana Hussin sangat alim Hadis , beliau memiliki Sanad Hadis hingga kepada
 Imam Bukhari, Imam Mazhab empat dan terus bersanad kepada Rasululullah S.A.W .
-Beliau sekarang mengajar di pondok-pondok sekitar Kelantandan seluruh Malaysia.
-Beliau berguru dengan anak murid kepada al-Muhaddist Syeikh Zakaria bin Muhamad bin Yahya al-Kandahlawi al-Syahranpur (Sanad Riwayat Ayat manzil).

                                                  Sanad Riwayat Hadis Daripada Ulamak India

                                  Syeikhul Hadith Maulana Muhammad Zakariyya al-Kandahlawi

RIWAYAT HIDUP:
Al-Syeikh Maulana Muhammad Zakariyya bin al-Syeikh Maulana Muhammad Yahya bin al-Syeikh Maulana Muhammad Ismail adalah dari keluarga yang memiliki asal usul yang mulia ini di mana salasilah beliau bertemu dengan Saidina Abu Bakr al-Siddq r.a seorang sahabat yang paling Nabi Muhammad s.a.w. kasihi. Beliau telah dilahirkan pada jam 11.00 malam pada malam bulan Ramadhan yang ke sebelas tahun 1315 Hijriah bersamaan 12 Februari 1898 Masihi di dalam suasana yang terbaik pada ketika itu di mana amalan soleh mengatasi kemungkaran dan masayarakat di tempatnya berpegang teguh dengan ajaran agama. Pada masa kelahiranya al-Syeikh Maulana Muhammad Yahya menjawat jawatan sebagai tenaga pengajar di Madrasah Mazahir al-Ulum, Saharanpur.

al-Syeikh Abu Hassan Nadwi memberi komentar bahawa al-Kandalawi ditaqdirkan lahir di dalam keluarga yang alim dan warak serta istiqamah dalam menjalankan seluruh perintah Allah s.w.t ini terbukti apabila mereka mempunyai jiwa yang teguh serta kental, sabar dalam menghadapi kesusahan dan bersyukur ketika menerima kurniaan yang mengembirakan. Nenek Maulana merupakan seorang hafizah al-Quran di mana beliau telah menamatkan hafalan keseluruhan al-Quran ketika mengasuh ayahanda Maulana Muhammad Zakariyya.

KELUARGA:
al-Kandahlawi dibesarkan di dalam sebuah keluarga yang zuhud dan sederhana. Ibu bapa serta neneknya sangat menyayanginya dan mempunyai aspirasi yang tinggi bagi menjadikan beliau seorang insan yang benar-benar beriman kepada Allah s.w.t dengan memiliki ilmu-ilmu agama dan tidak mencintai dunia sehingga bakhil dalam membelanjakan harta di jalan Allah s.w.t dan menjual ilmu agama bagi mendapatkan keuntungan dan kesenangan duniawi yang sementara. Ayahandanya mempunyai kaedah dan caranya yang tersendiri dalam memastikan beliau memiliki ciri-ciri kepimpinan yang intelektual, keterampilan yang progresif dengan paduan antara akhlak dan kewibawaan Rasulullah s.a.w. Tamparan, tengkingan dan pukulan yang menyakitkan lagi memedihkan daripada ayahnya merupakan perkara biasa bagi dirinya sehingga beliau menyatakan dalam kitabnya Aap Beeti berkat dan hasil daripada pukulan ayahandaya serta kesabaran dan ketabahan beliau menghadapinya adalah faktor tercetusnya kebijaksanaan dan kepakaran beliau dalam ilmu agama khususnya dalam bidang hadis. Beliau beruntung disebabkan sempat hidup sezaman dengan al-Imam al-Rabbani al-Syeikh al-Gangohi dan berpeluang bergaul serta bermuamalah dengan al-Gangohi juga ulama yang lain. Oleh itu beliau telah memperolehi keberkatan menerusi doa dan keberkatan daripada para ulama yang berpegang teguh dengan agama Allah s.w.t yang maha suci yang terdiri daripada golongan fuqaha, muhaddithin dan mereka yang hatinya hampir dengan Allah s.w.t. Oleh yang demikian keadaanya, al-Kandahlawi berpotensi besar menjadi seorang pemuda yang soleh, bertaqwa, berkarisma menarik serta memiliki hati sanubari yang suci dan murni dengan terpelihara daripada anasir-anasir yang boleh merosakkannya dengan berperisai dengan kubu yang kukuh.


Semasa beliau berumur 19 tahun Allah s.w.t telah menetapkan ayahandanya pulang ke rahmatullah pada 10 Zul al-Qacedah 1334 H yang mana beliau mewariskan kepadanya sebuah kedai buku. Dengan perniagaan buku tersebut ayahandanya menyara kehidupan mereka sekeluarga mekipun ayahandanya berkerja sebagai guru di Madrasah Mazahir al-‘Ulum, Saharanpur beliau tidak mengambil sebarang upah atau gaji bulanan walaupun telah didesak beberapa kali untuk menerimanya kerana niatnya yang suci dan murni semata-mata untuk mendapatkan keredhaan dan keampunan Allah s.w.t. Dengan kematian ayahnya juga sebagai guru dan mentornya beliau terpaksa berdikari dan mencari sumber pendapatan sendiri bagi menyara diri dan keluarganya. 


KEHIDUPAN MAULANA ZAKARIYA
Kehidupan beliau sibuk dengan perkara-perkara yang bermanfaat yang berlegar di sekitarnya. Beliau menjaga masanya setiap detik dan ketika. Selepas beliau solat fajar beliau duduk sekejap. Beliau sibuk berzikir dan berdoa dengan himpunan doa masnun. Kemudian beliau balik ke rumahnya dan duduk bersama orang ramai sambil minum teh tanpa sarapan dan makan. Kemudian beliau masuk ke biliknya dan sibuk mengulangkaji dan mengarang. Pada masa ini tidak ada sesiapapun yang menziarahinya kecuali orang yang ingin belajar atau mereka yang datang sebagai tetamu. Biliknya lengang dari segala macam perhiasan dan seseorang itu akan terasa berat hati untuk menyusahkan beliau dengan menziarahinya dan berurusan dengan kesibukannya. Selepas solat Zohor beliau sibuk dengan menulis risalah dan jarang sekali beliau tidak melakukan demikian. Kemudian beliau keluar untuk mengajar. Beliau sibuk mengajar selama 2 jam sebelum solat asar. Selepas solat asar beliau duduk bersama orang ramai dan memberi mereka minum teh dan mereka terdiri daripada bilangan orang yang besar. Orang yang menziarahinya menyangka beliau mengadakan kenduri kecil tetapi ia adalah perkara biasa. Selepas solat Maghrib beliau sibuk dengan amalan-amalan sunat dan wirid. Biasanya beliau tidak makan malam kecuali untuk meraikan tetamu yang besar. Beliau seorang yang pintar membahagiakan waktu antara masa mengulangkaji, mengarang buku ilmiah, menyambut tetamu dan lain-lain lagi. Semua itu tidak menyibukkannya dari kesibukan dengan tuhannya, berseorangan untuk beribadat, bermunajat, mendidik para pelajar dan tidak menyibukkan daripada mengahdiri perhimpunan besar jemaah tabligh serta tidak menyibukkan daripada mengarang kitab dan surat-surat di dalam pengislahan dan mengajak manusia kepada ajaran Allah yang sempurna.
PENDIDIKAN:
Pendidikan al-Kandahlawi bermula pada tahun 1325 H-1907 M hingga tahun 1336 H-1917 M. Di antara masyaikh yang telah menjadi guru dan pembimbing beliau ialah ayahandanya sendiri al-Syeikh Maulana Muhammad Yahya bin al-Syeikh Maulana Muhammad Isma’il, bapa saudaranya al-Syeikh Maulana Muhammad Ilyas, Syeikh Saharanpuri, Maulana ‘Abd al-Wahid Sanbuli, Maulana ‘Abd al-Latif dan ramai lagi. Beliau belajar membaca dengan Hakim ‘Abd al-Rahman Muzaffarnagar dan menghafal al-Quran melalui bimbingan ayahandanya serta belajar buku parsi dan asas bahasa Arab dengan bapa saudaranya al-Syeikh Maulana Muhammad Ilyas. Bapanya menitikberatkan pendidikan dan mengambil kira mengenainya sehingga al-Kandahlawi disuruh membaca setiap apa yang telah dihafalnya daripada al-Quran al-Karim sebanyak 100 kali dan melarang beliau dari bercampur-gaul dengan orang ramai. Beliau tinggal bersama ayahnya di rumah al-Syeikh Gangohi sehingga 8 tahun. Kemudian beliau bersama dengan bapanya pergi ke Mahazhir al-Ulum, Saharanpur menetap di sana di mana bapanya merupakasan salah seorang tenaga pengajar di situ. 
Sebelum memulakan pengajian hadis, bapanya al-Syeikh Maulna Muhammad Yahya akan mandi dan solat dua rakacat. Semasa berada di sini, minat al-Kandahlawi terhadap ilmu hadis semakin menebal ini menyebabkan beliau menjadikan hadis sebagai fokus dan matlamat utama kehidupan yang perlu dikuasainya seperti mana leluhurnya telah perolihi. Di bawah bimbingan dan tunjuk ajar bapanya beliau mahir dalam pengaplikasian Bahasa Arab, nahu, ilmu morfologi, kesusasteraan dan ilmu mantik. Bapanya al-Syeikh Maulana Muhammad Yahya mengajarnya kutub sittah dari pada awal hingga akhir, manakala al-Syeikh Maulana Khalil Ahmad Saharanpuri mengajarnya sahih al-Bukhari dan sunan al-Tirmidhi buat kali kedua. 


 Semasa di alam persekolahan lagi al-Kandahlawi telah mula berjinak dalam arena penulisan di mana beliau menjadi penulis dan penyunting kitab Baz al-Majhud syarah Sunan Abu Daud hasil karya al-Syeikh Maulana Khalil Ahmad Saharanpuri. Al-Kandahlawi berguru dengannya sehingga beliau meninggal dunia di Madinah al-Munawwarah pada 1346 H. Jenazah beliau dikebumikan di tanah perkuburan Baqi’. Sebelum wafat al-Saharanpuri telah menyatakan hasratnya kepada al-Kandahlawi supaya membantunya menghasilkan sebuah kitab Syarah Sunan Abi Daud yang diberi nama Baz al-Majhud ini kerana beliau tidak terdaya menghasilknya sendiri disebabkan faktor usianya yang telah lanjut dan uzur serta ganguan angota badannya yang kerap kali bergetar dan mengigil, halangan sebegini menyukarkannya menyiapkan kitab ini secara perseorangan. 
 Kitab-Kitab Syeikhul Hadis Muhammad Zakariyya

 
Hasil Karangan Syeikhul Hadis Muhammad Zakariyya

Rumah Syeikhul Hadis Muhammad Zakariyya

IJAZAH AYAT RUQYAH MELALUI SANAD HADIS




Dikeluarkan oleh Ibnu Majah dalam Sunannya (3539): daripada jalan riwayat Abu Janab dari Abdur Rahman bin Abu Laila dari ayahnya Abu Laila dia berkata, "Ketika aku sedang duduk di samping Nabi sallallahu 'alaihi wasallam, tiba-tiba datang seorang Arab Badwi seraya berkata, 'Sesungguhnya aku mempunyai saudara yang menderita sakit." Baginda
bertanya: "Apa sakit yang menimpa saudaramu?" Dia menjawab, "Dia terserang ayan (sawan babi)." Baginda bersabda: "Pergi dan bawalah dia ke sini." Maka dia pergi dan kembali semula bersama saudaranya dan mendudukkannya di depan baginda, maka aku dengar baginda memberikan perlindungan kepadanya dengan al-Fatihah, empat ayat dari permulaan surat al-Baqarah, dua ayat dari tengahnya dan (ayat) (dan Tuhan kalian adalah Tuhan yang satu), ayat kursi, tiga ayat dari penghujung surat al-Baqarah, dan satu ayat dari surat Ali 'Imran. Aku duga baginda mengucapkan: (Allah bersaksi bahwa tidak ada tuhan yang berhak disembah kecuali Dia) '. Baginda juga membaca satu ayat dari surat al-A'raf: (Sesungguhnya Tuhan kalian adalah yang menciptakan)', satu ayat dari surat al-Mu’minun: '(Dan barang siapa yang menyeru bersama dengan Allah iaitu tuhan yang lain, maka tidak ada petunjuk baginya), satu ayat dari surat al-Jin: (Dan bahawasanya Maha Tinggi kebesaran Tuhan kami, Dia tidak beristeri dan tidak (pula) beranak) '. Sepuluh ayat dari surat as-Saffat, tiga ayat dari akhir surat al-Hasyr, dan Qulhuwallahu Ahad, dan mu'awwizatain. Kemudian orang Arab Badwi itu bangun dan sembuh seakan-akan tidak menderita sakit."

Selain Ibn Majah, ia turut diriwayatkan oleh at-Tabarani, ‘Abdullah bin Ahmad, al-Hakim, Abu Ya‘la al-Mawsili dan Ibn as-Sunni (lihat takhrij di atas). Namun, pada kesemua sanadnya terdapat Abu Janab al-Kalbi, merupakan seorang perawi mudallis (pengkabur riwayat), walaupun ada yang mengatakan beliau tidak daif.Beliau mempunyai tiga jalur riwayat dalam meriwayatkan hadis ini iaitu; (1) dari ‘Abdur Rahman bin Abu Laila dari ayahnya Abu Laila, (2) dari ‘Abdullah bin ‘Isa dari ‘Abdur Rahman bin Abu Laila dari Ubay bin Ka‘ab RA, (3) dari ‘Abdur Rahman bin Abu Laila dari seorang lelaki dari ayahnya.






Tuesday 8 October 2013

Kenangan Abadi - Pondok Beta Hilir, Kelantan ( Madrasah Muhammadiah)

                                                Gambar Asrama Pelajar (Tholibul Ilmi)

                                Gambar Masjid/Tempat Pengajian di Pondok Beta Hilir Terbaru 2013

         Tuan Guru Haji Mohd Jalaluddin Assayuti Bin Tuan Guru Haji Mohamed (Mudir Pondok)

                           Gambar Tengah: Syeikhuna Tuan Guru Hj. Nazri Bin Tuan Guru Hj Mohamed
                            (Barisan Penuntut Ilmu (Pelajar-Pelajar Pondok Beta Hilir, Kelantan)
                           Barisan Tok-Tok Guru Pondok Di Kelantan (ULAMAK KELANTAN).

                   Gambar Kanan: Allahyarham Tuan Guru Syeikh Husin Siraj di Bukit Ajyad, Mekah
              - Beliau Tuan Guru kepada Syeikhuna Tuan Guru Hj. Nazri Bin Tuan Guru Hj Mohamed
                                    - Beliau meninggal pada 11 Jamadilakhir 1430H (5 Jun 2009)


                          Masjid Allahyarham Tuan Guru Syeikh Husin Siraj di Bukit Ajyad, Mekah